Aril yang "Nakal" meninggalkan Akademi

April 25, 2009 § 18



25 April 2009.
Insan bernama Khairil Azam Pilus pasti akan sentiasa mengingati detik ini dalam hidupnya.
Dia..salah seorang peserta AF7.
Yang baru ingin aku kenali.

Aku?..aku tak minat pun Akademi Fantasia ni.
Tapi..naluri aku telah guide aku tengok Konsert ke-7 secara live hari ni.
Kenapa?
Sebab ada kejutan yang menanti aku.
Kejutan manis.
Yang aku perlukan pada ketika aku yang bersedih.
(bukan kerana Aril keluar ye..)



Aku komen persembahan pelajar-pelajar malam ini :



Aril
Kau buat aku enjoy.
Aku boleh rasa kau punya nakal melalui lagu ni.
Buat pertama kali aku memuji kau..TERBAEK WOK!
Showmanship kau power.Sempoi bro~

Lagu Tugasan Aril - Nakal


Akim
Awal tu aku heran tak heran je.
Aku kenal pun tak sangat ngan budak ni.
Almaklum la jarang ikut sangat AF ni.Then. dia start buat aku impressed sikit demi sikit melalui persembahan dia.
Boleh dibanggakan.Tapi kelakar la gesture dia kadang-kadang.
Ada terkucil di akhir lagu..
Aku faham..audience faham.Dia penat.
Tapi tetap hebat.

Lagu Tugasan Akim - Situasi


Claudia
Takde perasaan sangat la aku tengok dia.
Err..bias gile aku.Hahaha.
Nyanyian dia memang la OK.
Tapi tak ada benda lain yang buat dia nampak outstanding dari yang lain.
Macam mana nak jadi bintang kalau tak ada ciri tu.
Vocally, just alright.
Yang lain, tolong la improve.
Astro habis duit banyak dah buat gigi kau Claudia..bagi la persembahan yang memorable~
Aku masih tak nampak kenapa dia perlu ke final.
Jadi Claudia, ubahlah pendapat negatif aku mengenai anda!
Buktikan anda hebat.

Lagu Tugasan Claudia - When You're Gone


Aishah
Satu je..LAGU DIA DAPAT TAK BEST.
Adeh..tapi dia tetap cute.
Dia tak bagi satu aura meremang kat aku la..
Minggu ni dia hanya OK.
Tapi tak hebat.
Masih menunggu Aishah yang telah mengalami TRANSFORMASI sebenar.
Ni pun sorang gi yang dah perabeh duit Astro buat gigi.
Hahaha.
Usaha,usaha Aishah!
Lagu Tugasan Aishah - Flora Cinta


Yazid
Dia buat aku menguap di awal performance.Hahaha.
No offense beb!.Aku yang mengantuk kot.
Masa dia nyanyi pun aku tukar channel TV9.
Tengok Konsert Di Hatiku..Hoho.
Tetiba bila aku tune in balik ke Astro Ria, pengkritik tengah syok puji dia.
Alamak !
Aku terlepas satu performance yang best ke?Aiyoyoyoyo..
Sori Yazid.Aku janji aku tengok balik Konsert Ulangan.
Silap la pi ubah..
Keep In View dulu untuk Yazid.

Lagu Tugasan Yazid - With or Without You


Hafiz
Persembahan yang paling aku takut nak tengok malam ni.
Worst Case Scenario adalah kalau dia lupa lirik.
Aku cukup allergic la kalau orang lupa lirik ni..Hilang mood.
Takde nafsu dah nak tengok.
Tengok-tengok,starting lagu tu dia cam composed.Tapi ada lupa lirik jugak.
Muncul pulak Najwa penyanyi asal lagu ni.
Nice voice ho..Best.
Kalau Hafiz tak lupa lirik maybe dia akan dipuji-puji melambung ke langit.
Tapi ada slack.
Dan mungkin dia kurang attitude rapper.
Ada tu ada, cuma tak cukup.
Ye la, dia tak pernah dengar lagu-lagu camni.
So aku tak kisah sangat.
Oh,and Aril was nice as his backup singer.~
Overall..Hafiz OK la malam ni.

Lagu Tugasan Hafiz - Kau Yang Punya


Isma
Kejutan yang dibuat untuk Isma semestinya membuatkan aku juga terkejut.
Bukan Isma sahaja emosi.
Malah aku juga emosi.
Turut sekali dalam permainan AF menggunakan Fazura sebagai penampilan khas untuk kejutan Isma.
Aku kaku.
Maunye tak terbeliak mata aku nampak Fazura berlakon jadi pembantu rumah baru Isma&Zul.
Aiyayayya!
Sangat comel berbaju kebaya.
Manis senyumannya seperti biasa.
Walaupun aku sangat mengerti bahawa dia mungkin nak promote Anak Wayang ( Program realiti baru Astro yang bakal menggandingkan dia dan Rusdi Ramli sebagai pengacara ), tapi aku tetap terkejut nak mampus.
I've never expected that it'll be this soon?!.
Aku tak ready wei untuk apa-apa kejutan mengenai Fazura di AF..
..Tidaaakk...Hahaha.



Eh..aku tak komen pun pasal persembahan Isma.Hahaha.
Sebab aku tak bagi perhatian langsung kat Isma.
Aku sibuk melayan perasaan aku yang bertanya habis-habisan pada diri aku tentang..
"Yon, apa yang kau nampak tadi?".


Tak cukup sebagai VT, dia muncul pula di pentas.
Oh..begitu sekali kejutan Astro.
Aku tak pernah rasa macam ni dalam kejutan-kejutan AF sebelum-sebelum ni.
Lepas 7 taun AF ditayangkan, kali ni memang sentap gile la kejutan dia.
Bukan untuk Isma atau Zul,
Tapi aku pulak yang terasa bahangnya yang hangat.
HOT!aku yang Hot.bukan Isma.
Ahh..adilkah kalau aku menuduh Astro kejam..
Hahahaha.kan aku dah emo..Ekekekke.
Orait,back to AF!
Tinggalkan isu Tanti-si pembantu rumah anggun sebentar.
and by the way, Lagu Tugasan Isma - Tak Mungkin Kerna Sayang

Sebenarnya lepas persembahan Isma, aku dah tak alert lagi dengan apa-apa sahaja yang berlaku di sekeliling aku.
Aku terkunci dalam dimensi otak aku yang lembap akibat makan udang mentega bakar tadi.
Ahh..mengapa Fazura?
(Yon tak dapat lupakan isu Tanti lagi.LOL)
Ekekekke..tak habis-habis ye, Yon..Haha.

Sampai aku tak perasan bila diorang nyanyi lagu Menuju Puncak?!.

Sebab tu la aku macam tak perasan yang rupa-rupanya Aril adalah peserta yang diumumkan terkeluar?Oh?
Kenapa malam ini?
Sebab aku mula sukakan persembahannya.
Begitulah..program realiti tak menjanjikan ianya berlaku seperti yang kita harapkan.
Ada hikmah mungkin bila Aril terkeluar.


Faedah Aril terkeluar :


-Kawan aku, Fasya Diana tak payah habiskan kredit dia untuk Afundi Aril lagi.
Simpan ke duit tu buat beli album nanti.

-Dia boleh produce album awal.
Mesti dah ada producer yang target dia kat luar sana tu.
(Ye ke?Aku main serkap jarang je ni)

-Semangat dia untuk membuktikan bahawa dia boleh jadi bintang yang berjaya lebih tinggi.
Macam Aizat,dia tak perlu menang AF untuk membuktikan bahawa dia penyanyi lelaki yang berbakat di Malaysia.
Faizal Tahir juga tak menang OIAM.
Tapi berapa kerat orang yang kenal Suki?
Yang kenal Faizal AF4?Yang kenal Zahid?.Tak semua orang kenal..
Budak muda tau la.Yang tengok AF,OIAM tau la.
Rezeki Aril mungkin bukan di sini.
Tak pernah terbukti AF adalah platform yang terbaik untuk juara-juara yang berkualiti.
Macam Mila AF5.Suaranya masih ..err..tak matang?
Ah,terus terang je la.
Kadang-kadang elok,kadang-kadang sumbang.
Walaupun 3 tahun bergelar penyanyi.
So,apa lagi yang nak dibuktikan?
Terpulang kepada orang itu sendiri.
Hasrat dia.
Azam yang tinggi.
Disiplin hidup.
Matlamat.
It's up to Aril untuk lakarkan Kanvas Hidup Aril yang tersendiri.
Warnakan lakaran-lakaran itu dengan kebanggaan.
Bukan kekecewaan.


Ya..cukuplah merapu setakat ini.
Pada Fazura..anda chantek malam ini.
Lagu Anggun oleh Bau aku tujukan pada Aril dan juga Fazura.
Buat menyatakan perasaan aku pada penyingkiran Aril.
Dan kemunculan cik Fazura yang tiba-tiba.

Aku jiwang malam ini.
Sebab aku terkejut malam ini.
Hahahhaha.

Terbaek Wok!



Info dari laman web Astro.
Kudos to Astro!
Kudos to me also kerana mencilok.!
Hahaha.Semangat pencuri hebat.


Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

ISMA - 24
YAZID - 19
HAFIZ – 14
ARIL - 12
AKIM - 11
CLAUDIA - 10
AISHAH - 10


Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

HAFIZ - 17
ISMA - 17
AISHAH – 15
YAZID – 15
AKIM – 14
CLAUDIA - 11
ARIL – 11



Oh..dan pada artis-artis yang sempat aku kutuk sikit kat atas tadi.
Err..tu pendapat peribadi.
OK?
Kalau ada peminat baca,awal-awal aku nak say sorry la.
Semua orang ada opinion sendiri kan.
Betulkan la aku kalau aku salah.
Yang buruk datang dari aku, yang baik datang dari Allah.



by Yon Yusuff.
tak stabil.kau yang anggun.Tanti.haha~

Aku tersangkut dengan ini Survey~

April 24, 2009 § 2

Can you name 13 people you can think of right off the top of your head?
Don't read the questions underneath until you write the names of all 13 people...
This is a lot funnier if you actually randomly list the names first...No Cheating!!!

-------------------------------------------------------------------

1. Beat
2. Bebeh
3. Ainul Hazira
4. Auni Farhah
5. Nur Syazwani
6. Elissa Eriana
7. Fasya Diana
8. Nurul Izaty
9. Syahanim
10. Trex
11. Haizumul Jannah
12. Nurul Aqidah
13. Nurul Hayati






Elissa Eriana.Tiada dalam gambar.Sorry.Give me one,then!Hahah.



-------------------------------------------------------------------

How did you meet 10?
Kita satu ostel.Satu kelas muzik.Satu study room.Tak ingatlah mcm mana jumpak.Hari orientasi la kot?

Have you ever seen 4 cry?
Er..no.I've only heard her cry on the phone.

Would 11 and 2 make a good couple?
They dont suit each other?.haha. :)

Are you good friends with 13?
Hm..yep.We are alike in a different way.

Do you think 5 is cute?
Eheh.Dia jelita..tidak kiut.

Something about number 1?
My best buddy around.No replacements dude..

How did you meet 8?
We went to the same high school.But, recently baru rapat through YM.hahaha.hidup tentera bujang!one of my important Admirals!

What's 7's favorite color?
Hmm..terbaek wok!Pink?Purple?ahhaha.wild guess!She never told me about her fav colour.I never asked?

What would you do if 6 just confessed that they liked you?
I smile.Honestly..I'll smile.

Fact about 9?
We share the same cravings.GUITAR.She's quiet,yet talkative.

What does 1 do for a living?
Surirumah sepenuh masa.Akan menyambung pelajaran.

Would you ever live with 12?
Why wont I?She's nice..and a great friend.Oh no..pity her.Aku ni penyemak sket.How can we live together?Dia sangat kemas.

Is 2 single?
Currently..maybe..yes!

Where does 7 live?
Alor Star.Do I have to write down her address?

What do you think about 2?
She understands me.We can talk about everything.

Whats the worst and best thing about 5?
The worst is..she keeps complaining about her physiques.e.g : How she looks..
btw,She looks fine to me!haha.
The best is..she's been a great friend all this while.

Who is 11 going out with?
Hehehe..dunno.Still goin out with that restaurant owner or not?

What do you like about number 3?
Hmm..I like everything about her.Tak ada segan-segan kalau hang out together.I can be myself.She can be herself.

by Yon Yusuff.
suddenly agreed to do this.aiyayaya.

Kita Bukan Untuk Kita.

§ 4

Suara kecil itu.
Suara itu.

Dialah yang mengajar aku berdiri dengan kaki.
Kerana dulunya aku seperti bayi.
Fizikal seorang dewasa mental anak tadika.
Dia yang mengajar memahami jahatnya dunia.

Kehadirannya..
Buat aku fikir.
Perlukah aku memiliki dunia jika aku dah ada dia?.

Saat aku butuh kehadiran seseorang untuk curhat.
Dia ada.
Genggam tangan aku tak pernah lepaskan.
Menyeka air mata bila hormon aku mengalahkan ego yang aku bangga.
Beri aku udara bila aku tak tahu bernafas untuk hidup.

Namun segalanya berubah bila..

Dia bukan dia lagi.
Aku juga bukan aku lagi.

Sedih,derita,seksa.
Aku dan juga dia.

Hati ini tak rela..
Arghh!Argh!



Dia tak tukar nama.
Bukan hilang dari dunia.
Mungkin sampai waktu dia ingin selesa.

Tangan ini dia lepaskan.
Dan tidak dia toleh lagi ke aku.
Tidak hadir lagi bila aku perlu.
Aku sendiri kini.
Dikelilingi kawan tapi hilang seorang teman.
Aku menggagau mencari kasih yang diculik.
Mengumpul kata-kata pujukan sebagai tebusan.
Menukar kerisauan kepada perlakuan.
Jadi gila untuk sementara.
Mengejar dia.
Mencari dia.
Merayu dia.

Lalu dituduhnya aku gombal seantero dunia.
Apa?




Bila aku jujur.
Bila aku ikhlas.
Kau pula tak mahu bagi kerjasama.

Kau tak akan kembali?
Hati ini tak pernah rela.

Kau nak pergi?
Hati ini tak pernah cuba memahaminya.
Lebih senang nak faham soalan kimia daripada dia!

Aku dah mati.
Khayal tentang kita juga tidak lagi.
Selamat tinggal dunia..seperti tajuk album Butterfingers.
Selamat tinggal dia.
Bukan aku terhenti nyawa.
Tapi aku sudah mati dalam hidup dia.
Tiada nama.
Tiada kenangan dalam jiwa.

.........................................


Tulus datang dari hati :

Maaf.Maaf untuk segala.Untuk airmata.Untuk kenangan kita.Untuk saat gembira.Untuk saat hiba.

Aku dah cuba.Kita dah cuba.
Kita bukan untuk Kita.



by Yon Yusuff.
petik gitar untuk dia.nada bergomol dengan irama.

Tukar kaler la pulakkk!

April 20, 2009 § 4

Adeh..sejak pakai UOX neh aku jarang topup dah.
Sebab aku jarang guna handset.
Dulu boleh la.
Masa belum bujang.
Memang pakcik kedai topup pun tak larat tengok muka aku.
Hahahahah~

Sekarang ni nak mesej sapa la sangat.
Kawan-kawan je la kan.
Tapi takde la pagi petang siang malam.Ekekekekeke~

Kemarin.
Aku pergi beli topup.
Rupa-rupanya dah bertukar wajah.
Tak tau la baru ke..lama ke.
Tapi aku memang 1st time tengok.
Tudia lama sangat tak beli.




Satu je aku nak tanya kat Celcom.

"TAK ADA KALER LAIN KE?".

Yang tu topup RM10.
Yang lain punya (RM30@50 dan ke atas) aku tak tau la kaler apa.
Adeh.
Hilang semangat wei nak beli topup.
Ada ke patut bubuh kaler tu.
Dah la aku bayar RM10 nak beli benda alah ni.
Alih-alih kaler pink!.
Payah betul la kalau hati dah tak suka kaler pink ni.
Lepas ni nak beli topup RM30 pulak.
Tengok kaler pa dia nak bagi.
Hahahahaha.~

Aku selongkar kotak simpan barang aku yang lama-lama dulu tadi.
Terjumpak surat cinta waktu remaja la..
Adeh.
Tapi surat yang orang hantar kat aku takde la.
Ni surat-surat yang aku tak jadi nak hantar kat orang.
Hahaha.
Tak jumpak posmen yang sesuai.

Bila baca balik.
Err..biar betul.
Aku ke yang tulis?
Ayat memang tak leh blah la.
Lucu betul..




Hehehe.
Gambar hiasan je tau kat atas tu.
Takkan nak publish yang betul.
Malu eh.
*senyum*



Pasal kesihatan aku ni.
Ahh...

Gatal hidung la.
Selsema pulak.Penat la macam ni.
Selang seminit bersin.
Macam robot bersin pun ada dah ni.
Merah sudah hidung macam badut.Adeh~

Almaklum la takde orang nak care pasal aku.
Heh.

Kenapa aku agak jiwang dan sinis hari ini?
Jeng3X.
Kes surat ni la.
Tapi hanya sebentar sahajaa!!!
Satgi elok la balik.
Saja nak jadi poyo.


Btw,Amylea dah tak ada dalam OIAM.
Hmm..so up to Tomok and Esther je la nak menang.
Aku takde masalah dengan Nine.
Tapi..dia macam tak dapat challenge yang dua orang lagi tu la.
Macam ada tajuk satu blog, ni URL dia.
(http://www.rotikaya.com/amylea-keluar-oiam-bukan-kejutan-tetapi-kesilapan-pengundi/)

Dia cakap Amylea keluar bukan kejutan tapi silap pengundi.
Aku rasa..
Silap jugak kot orang macam aku yang minat dia tapi tak mengundi.
Hahhaha.
Rugi duit je la.
Baik aku beli album dia kan.
Even kalau dia dapat RM1 Juta tuh bukan dia nak kongsi dengan aku.
Bukan dia nak bagi diskaun beli album dia kan.
Ekekekekeke..
But she's a good performer.
Tak boleh deny tu.
Aku rasa artis(penyanyi) kat Malaysia ni yang aku boleh terima :

Faizal Tahir,Aizat,Amylea,Stacy,Bau,Butterfinger.(ni yang ahli mainstream la.)
of course aku lebih suka dengar geng-geng acoustic/indie.



Kan bagus kalau Aizat masuk OIAM.
Sure akan jadi sejarah buat kedua kali aku vote orang dalam rancangan realiti.
Hahahaha.
Bila 1st time aku plak?
Hehe.
Ya..aku pernah vote Faizal Tahir di OIAM dulu.
Tapi sekali je.
Dia tak menang sebab aku tak undi masa konsert final kot.
Walau apa pun,dia berjaya sebagai seorang penyanyi sekarang.


orait.
Dari kad topup ke Faizal Tahir.
Blogpost kali ni juga akan berakhir!
HOhoh.

Sekian.





by Yon Yusuff
tengah makan biskut.bukak kotak lama.

Meninggikan Tinggi.

April 19, 2009 § 9



Tinggi..

Perkataan yang memberi maksud kepada sesuatu yang sangat aku tak puas hati.
Yang ada pada orang lain.
Kenapa aku tertarik dengan perkataan yang agak-agak macam bagus ni?
Kenapa aku tak cuba huraikan perkataan lain yang lebih layak?
Sebab aku rasa sangat dekat dengan "tinggi".
Wahai pembaca..jangan cepat membuat konklusi.
Ia tak ada kaitan dgn fizikal penulis ini.
Aku hanya mahu menarik kepala,mata,dan telinga anda untuk cuba letakkan perkataan "tinggi" ini sebagai satu perkataan yg lebih subjektif.
Sepertimana dari sudut pandangan aku ini.
Lebih menyimpang kepada personaliti.

Ya...
Sebelum otak ini mula lemas dalam meng'elaborasi".
Aku nak kata, ini bukan satu PROVOKASI.



mempersembahkan..




"MENINGGIKAN TINGGI"

Sesuatu yang tinggi,
Tinggi setinggi tinggi yang bisa kita katakan.."Ya, ia tinggi !"

Aku melaung dengan muka bangsat-ku..
Ada apa dengan tinggi?Hah??!

Adakah aku bangang?
Sebab aku sesuka aku mempersoalkan ketinggian tinggi?
Perlukah aku menampar wajahku sendiri.
Sampai-sampainya hancur teres gigi aku sendiri?
Perlu ke?




Hey..
Ke mana aku dah pergi..
Kembali !
Kembali ke dimensi realiti !
Pijakkan tapak kaki !
Lega..mujur lagi aku ada disini.

Tinggi..harapan
Tinggi....impian
Tinggi.....angan-angan

Terbang tinggi-lah selalu itu pari-pari.
Mencari erti mencari apa lagi.
Aku mau tau.
Kenapa perlu ia menyendiri?
Memeluk tubuh kecil itu sendiri.
Apa pula ertinya peran ia sebagai pari-pari?


Panggillah aku.
kenapa tidak aku?



......apa?
alasan-mu kerna aku tak tinggi?



Si pari-pari..
Kau tolak aku ke tepi?
Salah apa sampai aku,
kau perkotak-katikkan sebegini?
Berani-beraninya kau tonyoh-tonyoh..kau tunjal-tunjal kepalaku ini?

HEY!dasar pendusta gombal si pari-pari!

Aku tidak kepingin mengemis padamu lagi!
Sekarang aku keras!
Guna!gunalah!..
Guna sakti-mu itu meninggikan diri ini !

Aku ingin tinggi.
Perlu apa aku supaya kau akhirnya merasakan rasa ini!


Heh..
Dungu sekali aku..
Bodoh ya..
Merayu pada pari?


Diri...
aku dah jatuh lagi.


......!!!


Nanti..
Bukankah sebenarnya aku sudahpun tinggi?
Buat apa aku terjerit-jerit meminta macam orang yang tak punya insaniti?
Mana pergi ketinggian emosi yang aku bangga selama ini?
Mana?
Sedih lagi aku bila ego-ku pula kau humban ke lautan api!

Apa perlu itu pari-pari !
Sampai giliranku pula menghempas dia jauh ke sisi tadi,
hahahahahhh!!!!

Aku memang tongong sampai-sampai aku tak menyedari,
Aku sudah punya yang aku ingini!
AKU SUDAH TINGGI.

Ya..cuba raba dalam karung jiwa.
akan faham apa yang aku sedang bicara.

Tingginya aku itu dizahirkan aku sebagai sesuatu yang suci,
Sesuatu yang hanya aku mengerti.

Lantaklah!
Setinggi mana tubuh kamu itu.
Setinggi mana lagakmu denganku.
Setinggi itu-lah balasan tuhan kepadamu.





©Yon Yusuff

overall. : aku boring yang melampau+akibat terlalu sendiri.
lahirlah blogpost ini!
Aku bukan-lah penyair atau pendeta.
Aku hanya insan yang suka mengintai sukaduka yang aku ada.
yang akhirnya punya kekuatan untuk memuntahkan kata-kata.
Aku bukan seorang yang suka baca kamus dewan bahasa dan pustaka.
sebab perkataan yg aku guna pun entah apa-apa.
Jangan-lah menjadikan karya-ku yang dusta ini sebagai sesuatu yang serius belaka.
Tapi kalau nak kata aku ni gila..
Ha.itu yang kita tak tau (curi ayat amran los&faun)
sekiaaaaann.tadadadantadaaaa~



by Yon Yusuff.
28 December 2008.lepasan SPM yang tak ketahuan.

Aku : Kekasih dan Pemain Band.

§ 2


Kemerapuan kali ni diadaptasi dari kehidupan dan pengalaman.
Ada orang tak faham.
Muzik itu ada.
Muzik itu jiwa.
Satu nadi yang menghidupkan jari jemari untuk berkarya.
Kami,pemain muzik tak sama dengan anda.



Emosi seorang kekasih.
...

Dia tekup muka di meja.
Tunggu aku.

Dia buka jendela.
Selalu aku ada.
Tidak hari ini pula.

Oh!
Dia tahu.!
Hari ini pasti aku bertemu janji lagi dengan si irama.
Kamu ini bosan,katanya.
Ah?pendapat kamu sedemikian rupa?.
Dia kata pula lagi.
Apa yang seronoknya?
Bergelumang dengan bunyi dan nada.
Memetik kayu papan yang berbentuk badan wanita.
Bila dah mula ,
Terus hanyut.
Terus hilang.
Terus lupa.
Terus leka.
Tidak ingat dunia!

Dia?
Selalu ditinggal seorang sahaja.
Mungkin bermain mata dengan boneka.
Pengganti diri aku yang setia.
Seperti biasa.

Maaf kepada Cinta.


Dari si Pemain Band.

Berikan aku kertas itu.
Aku mahu karang lagu.
Menulis nota-nota muzik aku.

Buat lagu bukan macam potong kuku.
Kena tulus.
Kena halus.

Nak cipta hikayat baru.
Bukan senang.
Bukan mudah.
Bukan macam ahli fizik jawab soalan matematik.
Bukan!

Ilham.
Idea.
Bukan boleh dipaksa.
Bukan macam nombor.
Sedia diguna.
Jawapan memang sedia ada.

Aku berlagak.
Tulis lagu cinta.
Padahal tak sedar terdedah muka aku *hiposta.
Aku bodoh sombong.
Mengagungkan cinta dalam karya.
Padahal aku tak faham apa-apa.


Aku hidup macam ini.
Aku harap kau jangan peduli.
Cukup sampai di sini.
Aku tahu sakitkan hati.
Aku tak tahu rasa sakit itu rasa mati.
Maaf.
Jelas di sini.
Aku tak tahu menjaga hati!

Itu lah aku sayang,..
Pandai petik tali gitar ini sahaja.
Sayu.
Kerana cinta kedua,
Aku terpisah dari keindahan cinta pertama.


nota jari kelingking herot : hiposta itu *hipokrit+pendusta.sekian.





by Yon Yusuff
2:39 a.m - 3:03 a.m.
ditemani cicak dan cengkerik.

Exora : I am Amazed~

April 18, 2009 § 0

Sedikit biodata untuk kereta MPV pertama keluaran Proton ini.

Proton Exora

Engine: 1.6 Campro CPS with VIM

Max power: 125hp

Max torque: 150Nm

Transmission: Mitsubishi 4-speed auto/Mitsubishi 5-speed manual (both with revised final drives and ratios)

Front suspension: Mac Pherson struts

Rear suspension: Torsion beam axle

Tyre size: 195/65 R15 Goodyear Assurance/Silverstone Cruiser NS500 (both specially developed for Exora)

Kerb weight: 1,380kg (A/T)

Gross vehicle Weight: 1,906kg (A/T)

Fuel tank capacity: 55 litres

Turning radius: 5.3m



Orait..
Tadi baru je usha2 EXORA nih kat Kuala Ketil.
1st impression aku cakap,"Hmm..boleh tahan."
Masa pelancaran kat TV pun aku ada tengok.
Lagu tema pun agak cambest la.
Tapi yang nyanyi tu,(Badri MyStarz LG),tak berapa nak best la.
Takde orang lain ke nak nyanyi ha.
Agak lemau pun ada aku tengok.
Maaf kepada peminat-peminat beliau.(Honest opinion.)

Kalau ikutkan,memang Abah macam nak beli je kereta ni.
Tapi,..no can do~
hehe.hanya KAMI yang tau..

Tapi we're still supporting Exora.
Cantik gak interior dia.(As for a Malaysian-made car.)
Sekali pandang agak spacious la.

Ini gambar-gambar yang sempat aku snap tadi.










Yang cm ala-ala TV kecik dalam Exora ni pun agak bagus la.
Ada USB port,memory card pun boleh guna jugak untuk playback.
Hmm..nice work,Proton!

Exora ni full 7 seater.
So,maybe Exora secara konsepnya adalah sebuah "Family Car".

Keseluruhannya,Exora ni very well engineered.
Nampak solid la kereta ni.

Aku rasa..ini adalah keluaran Proton yang akan berjaya menambat hati pengguna di Malaysia dan luar negara.


Oh..lupa lah.
Sebelum pergi tengok Exora nih tadi,sempat lagi basuh kereta~
Aha.
RM4 sahaja.(campur dengan tire wax)
Oleh kerana aku memang seorang yang "cewi",jadi aku snap jugak gambaq masa sesi basuh-basuhan bersama bangla ni.







Hahhaha.
Sekian kemerapuan.


by Yon Yusuff
menulis dalam kegelapan.kesunyian.
keseorangan.