Showing posts with label Yon Yusuff. Show all posts

mereka kura-kura.

December 19, 2011 § 4


duit kertas biru laut bertukar tangan, kura-kura itu dua dihulurkan. bersama rumahnya berbumbung biru, ada pokok satu, tidak dihias langsung dengan karpet batu. em, nanti lah raya tahun depan aku upgrade. aku ingat nak bagi makan sayur belakang rumah je, rupanya dia kecik lagi. kena makan pellet. takpa, nanti dah besar air kopi pun aku bagi.


haiwan ni pendiam. tak macam hamster, pot pet pot pet. tenang aku tengok dia. 


perasaan aku? bersemangat untuk membesarkan kedua kura-kura ini sebaik mungkin dan menjadi seorang yang bertanggungjawab ke atas mereka. aku harap Rowling dan Dickens akan dapat sesuaikan diri untuk menjadi sebahagian dari hidup aku, sebagaimana aku menerima mereka seadanya.


Mereka dinamakan Rowling dan Dickens, bersempena nama akhir dua orang penulis fiksyen kegemaran aku. :) Aku sebenarnya tak boleh pilih antara Dickens dan Tolkien. Tapi Dickens adalah zaman kanak-kanak aku.;D Dan pada asalnya aku terfikirkan nama dua siri komik kegemaran karya Wan Yat Leung ; Pendekar Laut dan Wira Tunggal. tapi panjang sangat. Untuk letak nama seperti Bubu atau Baby, mungkin sangat..terlalu..aneh. Dobby The Elf..uh creyssss!
Jadi aku pilih Rowling dan Dickens. :)


p/s : Aku tak tahu jantina mereka. Dan aku rasa aku tak mau tau pun. Biarlah mereka tidak berjantina, yang penting mereka kura-kura dan aku manusia. Tak perlu jantina pun boleh berkawan,kan?(Inilah alasan malas untuk melakukan rujukan internet mengenai jantina kura-kura.haha)




by Yon Yusuff.
dan dua kura-kura.

kosong.

December 10, 2011 § 5

secara jujur, 
ini ekstrak cerita hidup yang mulanya dipindahkan ke atas kertas.
       kemudian,
           disampaikan oleh suara kepada mereka yang ada telinga.


ini bukan eksperimental. 
bahasa tak lari mana, cuma mungkin muzik yang berbeza. 










Kosong                                    Kord : G D Em C / Capo 2


[Intro]
Biar..biarkanlah kita yang terluka,
Jangan..lah kau lupa, ada cerita.. (tentang kita).


[Verse 1]
Hei hari hujan September,
Dinginnya kejam memeluk tubuhku. 
Mata tertutup cuba ingat wajahmu,


Kosong-- kosong-- kosong.


Oh engkau si sombong,
Oh engkau sang bohong,


Tolong pergi-- pergi-- pergi-- jauh,


[Chorus]
Sayang.. aku sunyi, tiada kau lagi.
Jauh.. makin jauh kita sendiri,
Tapi aku tak akan, kembali. 


Biar..biarkanlah kita yang terluka,
Jangan..lah kau lupa, ada cerita.. (tentang kita). 


[Verse 2]
Sungguh aku tak boleh lupa
Enam huruf semuanya, nama orang yang aku cinta.
Kisah kita tertelan oleh masa,
Tapi parutku masih merah warnanya.


[Interlude dengan suara dan masih strumming]


[Chorus]


[Cakap-nyanyi]


~ Kau nak tahu tak apa aku rasa?
  Tak payah. Berdosa aku kalau kau tak tahan(dan) bunuh diri.
  Bukan kau seorang tanggung dosa.
  Kau cubalah ingat aku sama.

    Tahu tak kenapa aku masih cuba untuk lupa? (memang gila)
    Sebab bukan aku dan kau saja,
    
    tapi Tuhan pun tak suka cinta kita.






end.








//Ini berbeza sedikit dengan apa yang dipersembahkan pada malam KASA 2011 untuk pertandingan rekayasa lagu malam Khamis lepas. 
Yang ini adalah apa yang aku mahu lontarkan secara asalnya.




buku ilham.buku tulis.buku aku

cerita kelahiran Kanvas Hidup Yon.

April 17, 2009 § 11

Ini untuk Kawan-Kawan masa persekolahan.dan sedikit kemerapuan.


Semua orang kenal aku dengan nama Yon.
Lahir 23 Ogos 1991.Berbintang Leo/Virgo.
Ada keluarga.
Aku tak popular.
Aku bukan orang bijak.
Aku anak biasa.
Aku minum teh tanpa straw.Aku menggerakkan jari dan fikiran untuk muzik.Dan orang yang paling tak mahu bertemu dengan matematik.
Aku..pelajar sekolah menengah yang baru habis SPM taun lepas.
Aku..bangga tinggalkan kehidupan sekolah kebangsaan kebanggaan negara kita.

Aku suka berkawan.Ada ramai kawan.
Mereka adalah salah satu daripada koleksi irama kehidupan aku.

Kenangan itu berbunga di reranting memori silam.
Mekar cantik kelopak itu..indah.

Aku tak dengar.Tutup lubang kecil telinga ini.
Leteran demi leteran dihamburkan oleh barisan guru yang menjustifikasikan aku..
ANAK NAKAL.
Heh.ironi.sebati.kuping telinga capang ini dah lali.
Tapi nak je aku melutut dan memegang pula lutut mereka sambil memohon maaf atas kekhilafan anak muda ini wahai guru.
Maafkan kemalasan saya.
Maafkan kenakalan saya.
Maafkan kebaculan saya.
Maafkan kesalahan saya.
Maafkan hormon tidur saya.
Maafkan kehumoran saya.
Maaf atas kutukan dan segala.
Maaf buat semuanya.

Dari sudut pandangan aku mengenai hubungan persahabatan.
Tak dinafikan..sayu..
Bila terpaksa meninggalkan kehidupan waktu kita disayangi oleh rakan.
Persahabatan kita mungkin berkekalan.
Susah sangat aku nak kata, "Kita Kawan." pada orang-orang yang sepatutnya boleh digelar sebagai rakan,teman, dan kawan.
Mereka memang sebahagian dari kehidupan yang harus aku telan!
Tapi?ada antara mereka yang aku anggap benar-benar sebagai kawan.
Mesti.Aku sedang mencari subjek untuk merapu lagi.
Baiklah.Sebenarnya..
Aku ada memori yang indah mengenai seseorang.
Seterusnya adalah untuk dia.


Kawan..
Itu bukan perpisahan.
Tapi kita sama-sama mengerti ucapan dan perkataan.
Aku tak mengaku pada diri.
Kau memang dah pergi.
Macam hujan.
Kadang-kadang mencurah ke bumi tak henti-henti.
Kadang-kadang kemarau pula di sini.
Yang paling tak puas hati sekali,
Hujan datang dan pergi.
Sama kan macam kawan?.
Mereka datang dan pergi..
Meninggalkan kita kebasahan dan kesejukan.
Walaupun dalam kisah kehidupan aku ini,.
Akulah sang katak yang memanggil hujan.
Akulah si karakter yang merosakkan persahabatan.
"Bodoh".heh.seronok menjadi sinikal kepada diri sendiri.


Bila aku kaku..melihat "kawan" melangkah satu demi satu.
Tiada aku dengar lagi irama lagu persahabatan kita.
Sayangkah aku dengan kawan?.
Tidak lebih dari sayang aku kepada seorang teman.


Tapi..kanvas hidup aku mencatatkan..
Aku tak pernah ada seorang teman.
Jadi..aku tak layak membezakan seorang kawan dan seorang teman.
Kehadiran dia mengoncang perasaan.
Adakah dia sebenarnya sudah menjadi teman?.
Mungkin.

Tiada dia..
Sumbang irama.Patah kata-kata.Terpisah kita..
Jadi,sejarah duka tercipta.
Suara kecil aku tak layak untuk segalanya.
Sebab itu selama ini aku sepi tak berkata-kata.

Aku berlagak seperti aku punya sebab untuk segalanya.
Padahal lagak itu rakus memakan diri.
Menjadi racun yang akhirnya menghancurkan.
"Hentikan."
Itu yang aku bebelkan kepada diri sendiri.
Buang kasih itu.
Buang sayang itu.
Buang perasaan bersalah itu.

Aku biarkan..biarkan..semua yang terjadi dalam kehidupan.
Tak mahu bergaduh atau berhentam dengan kehidupan.
Tak mahu mencomotkan lakaran kanvas kehidupan.
Tak mahu pergi membawa kesedihan.
Tak mahu menghentikan kebahagiaan yang menunggu di penghujung perjalanan ini.


Kanvas yang memulakan lukisan..
Lukisan yang melakar kehidupan..
Kehidupan yang dilengkapi kenangan..

lahir "Kanvas Kehidupan Yon".
ditemani kekecewaan mengecewakan seorang teman.




by Yon Yusuff
duduk depan beranda rumah.
muka dipukul angin.kaku.