Showing posts with label Kanvas Harian. Show all posts

Nation's Little Sister.

February 25, 2011 § 0



Recently when I watched Running Man with Park Bo Young as a guest in it, i had a hunch "i've totally seen this girl before!damn...but where?". Then it was mentioned in that episode that she was in Speedy Scandal! AHHH! Patut la! She was Cha Tae Hyun's illegitimate young daughter (who had a son as well, which makes Tae Hyun a grandfather). Funny movie..because I really like Tae Hyun's acting and I watched almost all his movies. Speedy Scandal is of course not an exception.

I love her rendition of Perhaps That. It was stated that she really did played the guitar intro in the song. AWESOME plucking. (over-react biasness)

Sorry i didnt recognize you earlier, Bo Young-ah! i'm BOYON. wanna be friends?*wriggles eyebrows* We could make a great cute pair! LOL~~~
Actually your hairstyle changed. I'm not good with faces..so..bear with me. T_T
Gwaenchana... now i remember already! :) Theehehehe...


by Yon Yusuff.
runrunrunningkundur.

Spazz !

February 19, 2011 § 4


Click for clearer view.

I have Apple wallpaper. Hypocrite much? Hahahaha.
And the music player is soooooo <3 .


by Yon Yusuff.

update.eventhough.ihavesomuchthingstodo.

Kesayangan Yon Yusuff ; Dam

January 21, 2011 § 0




Macam spongebob kata,


"The best time to wear a striped sweater
,
Is all the time,
One with a collar,
Turtle neck ..
Thats the kind
Cuz when you're wearing,
That one-special-sweater.."


This entry is meant to tell you(reader) why I'm being loyal to my sweater since day 1 of my college days. The only reason is, "It's special." Truthfully I cant exactly explain why I'm hooked to that sweater. Busuk,masam,wangi,hapak,lasam, semua ada kat dia. Aku pun tak sangka yang aku akan setia dekat satu sweater tu sampai la ni. Rasanya lecturer nak muntah tengok aku pakai benda sama almost tiap2 hari. Of course la kecuali hari Isnin sebab hari tu wajib pakai baju kurung.
Kawan-kawan aku, taktau la...depa hormati kot kepelikan aku tu.
Haha tak heran.

Sesungguhnya aku sangat menyayangi sweate
r itu. Peneman aku tak kira hujan,panas,ributkencang mahupun taufan Jessica.
Istimewanya dikau...tak dapat aku luahkan lebih terperinci mahupun bahasa Melayu atau omputeh atau bahasa ca ya nun alip.
Aku tujukan lagu Spongebob - Striped Sweater ni untuk sweater petak yang amat ku chentai. Hayatilah bait lirik itu. Walaupun sweater aku spesis lain, bukan turtleneck dan berkolar, namun ianya tetap adalah sweater. Sweater Yon Yusuff.






Ianya ada bau aku. (Ni la yang mahai)
MY scent. Terhangat di pasaran! Pheeeeewiit~ Kalau buat auction haram tak laku.

Nah tengok sikit ni la rupa dia. Tak hensem, tak segak, tak kiut, tak cool pun macam tuan dia. Tapi dia...istimewa. Dan kami datang dalam pakej. Jadi secara serta merta aku sedang indirectly berkata bahawa aku adalah seorang insan yang istimewa.
(Kalau tak paham tolong skip part ni. Sori la malam buta aku malas nak edit ataupun backspace apa yang aku tulis. HAHAHAHA)

Sweater aku ni dah la agak tebal, suka bagi aku kuat berpeluh. Design dia pun bukan la unik pun. Petak-petak. Ish. Biasa saja. But it's special to me because it's MINE. Dan aku harap the feeling is mutual between aku dengan sweater ni. Mana la tau aku layan dia lebih kurang kan...marah aku tak sangkut dia dengan hanger ka, tak basuh dia sebulan ka...Nanti rebellious pulak sweater ni. Satgi tetiba dok buat aksi zip rosak ha naya aku. Kena jaga jugak hati dia macam benda hidup, secara tak langsung aku akan menghormati barang-barang aku dan jaga depa elok-elok. (Gilakah aku kerana berfikiran demikian?Err..) Sweater ni jugak ada nama ; Dam. Sebab dia kan petak-petak, macam papan dam. Sangat tak original kan nama dia? Hahahah. Ada aku kesah? Bukan nak kena publish nama dia kat sijil kelahiran pun. Kalut bin malut nak bubuh nama lagi. Psshhh.

Nak buat kesimpulan dah la, tak larat nak merepek.

AKU SAYANG SWEATER TU. DAN SEKALI AKU SAYANG SESUATU, AKU SAYANG BETUL-BETUL.

dan formula di atas juga boleh diapply untuk orang. :) Aku kalau cakap aku sayang, memang aku sayang.

Sayang keluarga.
Sayang kawan-kawan.
Tuhan, terima kasih Engkau hadirkan mereka dalam hidup aku.

If God wills, aku akan pakai sweater ni sampai aku habis diploma. dan kemungkinan degree, seterusnya , sampai bila-bila.




by Yon Yusuff.
truly madly deeply.

Restock ; AB Blood for you.

January 11, 2011 § 0

Photobucket






Jom derma darah. :)


Last aku derma darah tahun lepas, tu pun bukan kat UiTM.

AB Rh +ve. Even though aku rasa actually darah aku Rh -ve. Tapi abah kata biasanya +ve. Tak baik lawan cakap orang tua. (Dah la hensem. XD) Kita tengok mak kata apa pulak nanti.


by Yon Yusuff.
bothered.



HTML ; Huruf Terbalik Mulut Luas

January 09, 2011 § 2

Yon

Yon
Yon
Yon Yon
Yon
Yon
Yon
Yon
Yon

Yon


Yon

Yon
Yon

Yon

Y Yono Yo Yonnn







Huahh!


My Bonnie lies over the ocean
My Bonnie lies over the sea
My Bonnie lies over the ocean
Yon

WAHAHAHAHAHAH!!!


Oh, bring back my Bonnie to me.


by Yon Yusuff.
kelas csc.belajaq bonnie.

Aku Nak ...

January 08, 2011 § 0




~ Ajar Mark Zuckerberg baca Jawi.
~ Bagi Mark Zuckerberg makan belacan.



by Yon Yusuff.
dengki dekat Zuckerberg.



Ini Kisah Benar.

§ 2





Berlaku hari Sabtu, lapan haribulan satu dua ribu sebelas.

Repair motor Panda Ismail dekat workshop. Satu ja yang tak buleh lupa, cina tu kata moto ni tak setat setahun dah. wtf? cuti pun sebulan saja. ternganga sat aku. Last motor ni jalan agak dalam seminggu lebih sebelum masuk kolej. Siap ada saksi lagi. Abang aku? Hari tu tengok wayang pun dengan motor ni jugak. Hoh.
Macam nak potong lidah dia bagi anjing makan. Pot pet, pot pet. Sampai ke sudah. Agak nak lempang, nasib baik tak semayang maghrib lagi. Pukui 8 siap, (tak berapa siap pun). Kelam kabut jugak hampaq sejadah. Nasib baik abah cool. Mak lagi la tak kata apa. Besa la~


by Yon Yusuff.
semangat nak bakaq kedai orang.


p/s : malam ni ada apa tah kat kolej. wajib, katanya. tapi benda paksaan macam tu la yg Yon Yusuff cukup anti nak pi.

Listen to good music ; Close your eyes and smile.

December 30, 2010 § 0




here's the link.

it's a soundtrack package from a movie I like. Thought it would be nice to share this to people who are willing to listen. Don't download if you hate acoustic-busking-like songs. Well... I'm saving this for people have ears only. Haha. jk.

It's wonderful to listen to these on rainy days. As for me, a cup of coffee alongside would be even better. :)

Adieu~


*edit : i love listening to track 10, while waiting for bus, train, or any transport. even while riding my bike. :) yeah i do.
and i dont have any favourites from these songs. haha. hate to choose. just love them equally... krrr~

by Yon Yusuff.
i have ears. hehe.

You Can Count on Me, Babes!~

December 25, 2010 § 0



this song is for my friends to those people I call "my friends".
and directly dedicated for my best buddies, you know who you are.

"You can count on me." ~Yon.

p/s : this girl is cute. :P she spelled shoulder, "sholder" . lol~




by Yon Yusuff.
in friendship mode.

Pose Slumber Laptop Contest ; Perangkap Melin

December 22, 2010 § 2

Tu owner blog yg buat contest. Aku sekadar menunaikan tanggungjawab sebab Melin tag nama Yon Yusuff. Turutkan saja.

Caption ; Jadah apakah ini?

Tengah pelahap roti masa aku perasan kena tag. Aku letak dua buleh? Buleh la kan. Ikut suka aku la. At least webcam aku berfungsi la jugak. Karat tak guna lama-lama.






Dengan ini aku takmau tag sapa-sapa. Suka hati la.



by Yon Yusuff.

tengok CSI.bila nak bunuh orang ni?

the 'Ghost' of Kak Limah

December 18, 2010 § 6


Seperti yang kusangka...Hantu Kak Limah Balik Rumah memang menepati prediction aku. Aku sangat-sangatlah teruja nak tengok sebab ; aku nak tau apa yang Mamat Khalid nak perli lagi kali ni. Overall, pada pendapat aku, dia makin berani dalam filem ni. Sebab isu parlimen dengan politik pun dia jentik. Tak kata lagi pasai kes hubungan Indonesia-Malaysia dan peribadi sebenar negara jiran tu.
Anuar Ibrahim, Karpal Singh pun adaaaa...Hahaha. *Itu yang saya nampak saja. Bukan semestinya betul Mamat Khalid cuba buat begitu ye*

Sesungguhnya banyak sangat yang aku perasan dalam filem tu. Taktau la sama ada aku syok sorang ja kan. Aku suka cara didikan dia ni. Bagi aku pengajaran di samping bergelak ketawa. Penuh dengan isi pulak tu. Sapa cakap Mamat ni kaki merapu, aku setuju. Tapi merapu dia berilmu. Ni, renung ayat aku :

"Orang merapu akan faham orang merapu dan mereka yang tidak, perlu berusaha".


Aku takmau la bagi review macam buat sinopsis sebab aku tau ada yang tak tengok lagi. Boleh bagi cadangan suruh pi tengok ja la. Pi tengok! Tambah-tambah anak muda. Bukak minda sikit. Jangan gelak saja pulak. Tengok sekali tak cukup kalau tak betul-betul paham isi kandungan dia. Bagi aku, cerita macam ni tak kisah pun tengok banyak-banyak kali. Tak rugi duit. Umpama bayaq duit tuisyen la jugak. Dapat ilmu kalau tengok.

Masa pi tengok tu, perasan la jugak anak-anak muda dok beli tiket cerita "Aku Masih Dara" lakonan Ashraf Muslim , Farid Kamil, ex-gf Pierre dan seangkatan dengannya.(Aku tengok poster) . Pandangan pertama aku sekilas menyatakan ; cerita ni tak dapat attract aku langsung untuk tengok kat wayang. Beli CD pun takmau. Download ok. Setakat nak tengok saja-saja buleh la. Habih takdak pa nak buat. Sebab aku rasa cerita ni macam... err... takmau la kata lebih-lebih sebab aku tau ada orang suka tengok cerita macam tu. Tapi bukan aku.

"Aku Masih Dara" lebih kepada moral of the story saja. (Yang dapat aku agak hanya dari poster dan tagline). Orang cuma tengok sebab nak tengok saja. Ada jugak seketui dua budak pompuan yg angau kat Ashraf Muslim, mesti la pi tengok kan?Itulah...yang aku tak berapa nak boleh 'telan' filem sedemikian. Tengok sebab nak tengok orang yang dia suka. Aku nak tengok WATAK yang aku suka. JALAN CERITA yang aku suka. PENGAJARAN yang berguna. Tak buleh nak semboq sangat filem ni. Satgi orang kata aku berlagak macam terer. Biaq pi la aku merapu tang ni. Nak kena peringat ka? Ni blog aku wei. Tak mau baca, blah!
Sebab aku besa dah sekali tertipu tengok filem macam ni. Cis. Sebab tu la kena review gak dulu sebelum tengok.

Nah ambik. Dalam muzik video pun sempat dia letak 'something'. Sapa nampak, nampak la. Tak nampak...er...jangan dok bagi pening diri sendiri, maknanya tak dapat restu la tu untuk memahami. Hehehe. Mintak maap kurang asaman sikit.





Aku sarankan hangpa tengok. Highly recommended.
Warning : Semangat Ke"Perak"an amat hebat dalam ni.Hoho. Biasa la...macam Zombi Kampung Pisang dulu le. Teman, kome, ate, iye.


by Yon Yusuff.
che'nin. :)


Cheap Nirvana Happy Me

December 14, 2010 § 8



Just now I went shopping with my buddies.

Although the original plan was supposed to be TRIP TO PANTAI MERDEKA, but we have to cancel it because of the rain. Oh my rain, I do love you... but why did you fall endlessly today? Kinda spoil everything...But come to think of it, maybe there's something behind everything. (Hey..that rhymes!...*thing thing thing*) Anyway, think positive. :) and btw Pantai Merdeka is not that special, but I'm with my friends... so I thought it would be nice to spend some time with 'em. Aih...it's ok Yon. it's ok.

I bought this T-Shit. Hehe. Ups. T-SHIRT.
Nothing special much, but I think it's my taste. my preference. suka hati I laaa...biasa la taktik kedai "Beli satu harga RM19, you beli dua I bagi RM35." Ala amoi...nasib baik you comel.Hahahaha. Actually my friend were thinking of buying one, so then I volunteered to buy another one (kinda like we're sharing money to pay) because the designs are kinda ok~ ^____^ and i never had a nirvana tshirt before. cheap and I'm lovin' it!


Photobucket

And I bought a capo for myself. This thing is quite a lifesaver sometimes... It's red!! OK la...Although I've always targeted white-coloured accesories (hidden fetish) , but it happens to be red this time. Awal bukak tadi punya la keraih kiang! Ni la salah satu sebab aku tak suka benda baru...grrrr~
Tapi all in all..ok la. Shiok! *golek golek dalam bilik*


Photobucket

I was hoping they'll stay longer. I missed having a nice chat with my friends. T.T This is a necessary drop of imaginary tear. Hehe. Apa-apa pun terima kasih kawan-kawan.

*Mum cooked a lot for you guys! Aish...rugi balik awal. And sangat kerugian jugak tak tidoq sini ~ OH FOOD AWAITS! It ends up being a REWARD to pleasure me instead. Yeay...I'm left with a lot of food... Shikshin Yon Strikes Back. *

Hehehe.

by Yon Yusuff.
rain i dont like you today.

Mi Kari for YOU.

November 22, 2010 § 0








right now buleh bagi ni je la. :)
bu yao nan guo!



to orang-orang yang berkenaan..you'll have your mi kari. I PROMISE.

Kerajaan ; TOP SECRET

November 13, 2010 § 0

Government Intervention in the Market.
this is what I'm reading now. and trying to understand, not just
membabi buta-ing hafal the whole sentence. (upsss..sorry for the word choice)

OK. it's basically how Government melibatkan diri dalam market.

no. 1 ! They use price controls. Menatang apakah? Translate buta-buta pun paham.
its "KAWAL HARGA". So, governments letak minimum and maximum price.

I'm going to babble about minimum price 1st.
So CLEAR UP YOUR(MY) MIND! (this is not healthy..im talking to myself again)

OK minimum price ni adalah "the lowest price permitted by law or authority". Meaning, actually minimum price ni adalah tinggi. Selalu konpiuskan student. Ish! Harga yg paling rendah producers boleh JUAL.
Terang lagi nyata, minimum price ni menyusahkan kita! SO,, UNFAIR TO CONSUMERS.
Mahai oi, rugi la kita. It's also called price floor. lantai lantai lantai~

Reasons pasepa government letak minimum price :

SATU . nak protect income farmers/producers. =.=
DUA . nak create surplus untuk future use. so that kalau ada shortage ada lagi stok yg available.
TIGA . prevent workers income from falling. ha elok..protect gaji depa.kita bayaq mahai.

Tiga-tiga ni adalah advantage. Not ours..but the producers and sellers.

And the DISADVANTAGES!Yeay. Ha ni kita,, --> pengguna.

SATU . unfair to consumers sebab we have to pay more than what we have paid before.
DUA . unfair to taxpayers sebab kerajaan guna hasil cukai (tax revenue) untuk beli surplus good tu bila shortage berlaku. SEKIAN terbalik terbalik jadi KESIAN.
TIGA . wastage of money & resources. goods ni tak boleh simpan lama sebab they are easily perishable. So government will have to destroy the goods. THIS IS CLEAR WASTAGE OF MONEY AND RESOURCES. ataupun depa akan export barang2 tu dengan harga yang murah. ha yang ni unfair untuk domestic consumers.


OK now for Maximum Price! or price ceiling. siling siling siling~
it is the "highest price that a seller can charge". Government set max price sebab nak elakkan market price sesuatu barang tu meningkat. Better definition, "preventing the market price of a good from increasing above a certain level". Usually during inflation.

Disadvantages :

Unfair kepada producers. Quantity of sold items decrease because they are forced to sell at a higher price. Barang mahal, tak ramai orang akan beli.
Producers will exploit consumers. the rise of BLACK MARKET. jejeng~ it's where the goods are sold at a price higher than the fixed maximum price since there are excess demand.

Advantages adalah lebih kepada consumers. Harga murah, hati gembira. And they have more choices to pick from.

--ok small topic closed. :P --


AGHhhh... michyeoso~ Actually aku boring+sakitmatabacaeco+malas takdak dahhhh~
JOM TIDOQ.

uh but before that aku nak suggest lagu untuk hangpa dengaq.



this had been my favourite since i was a little kid. a younger me..likes this kind of songs. and i still do. ^__^
it's only that the version i 1st heard was not a guy one. a woman..Edith Piaf, maybe?dont remember. basically this song is a request..to someone..the title itself speaks, "Ne Me Quite Pas" ..which means "If You Go Away". Although i originally think it suits "When You Go Away" better. If and When differs ya know~
(who am i to argue about this?uh..)

and listen to BEAST's new song! Beautiful is my fave. I was never a fangirl of BEAST but i appreciate their new album. nice improvements!~~
actually i dont really like em in the 1st place because they look like teenage-boys-not-taking-music-seriously . really, they give off that vibe on me! i have strong taste of music~ :P so im taking my time to actually accept them bit by bit.

SNSD is a different cause because i actually love THEM, the 9 girls themselves. and the songs of course. their voices are lovely to listen to. ^__^
enough spazzing.

BYEEE~
off to eat. :P its 1:01 pm and it's still breakfast for me. i live in different realm.


by Yon Yusuff.
susun mata.

Just The Way You Are ; cover by Boyce Avenue

October 22, 2010 § 0






This is why I love Boyce Avenue. Their covers are JJANG!
I preferred this version better than the original one by Bruno Mars. :P







When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are



To all the girls out there. Enjoy the song! It's talking about YOU. ^^

I'm sure you're the straw to someone's iced tea. Hehe.


p/s : the chord is along C,Am,F and G .. (according to my voice) enjoy~the tab that Boyce Avenue provided is jjang too. ^^

Mandarin Project from YYproduction.

October 15, 2010 § 0


Ini 1st part.
And this is the second one.



:)

Agak puas hati lepas edit video ni.
Sebab budak-budak ni ada komitmen (sebab ni assignment kot..hahaha.)~
Whatever la kan. Tapi yang penting aku senang hati. lalalala~
Actually benda ni kalut gila.
Buat dalam satu malam. Agak pening lalat lepas tu.
Straight for 6 hours. Finally siap.
Proses shooting pulak sekitar UiTM je. Tak pi mana sangat pun.
And..UiTM cantik what?Hahaha.
tak berniat nak tayang kolej pun. Bukan dapat royalti kalau ambik panorama universiti saya ni.
Andai nampak sedikit kebangangan orang yang meng'edit' video ni, haha sori la.
Memang bangang sikit pun.
Buat kalut-kalut. Jangan la expect effect box office punya filem kan.. XD~

4 orang gadis tu...student course DBS3B. Kategori kawan-kawan la jugak.
And thanks sebab merealisasikan kemerapuan Yon Yusuff yang akhirnya berjaya dipublishkan jugak! YAAAAHH!!! (menjerit macam cicak keriangan.)


And ni cover untuk CD.


Simple je. So pandai-pandai la enjoy bila tengok. Hahaha.
OK That's all.

nah ambik muka bahlol minum Coke. dah tau tak buleh minum. Tapi setan suruh beli. Diri sendiri tu la setan.

by Yon Yusuff.
baru balik dari hospital sakit jiwa.

Kejatuhan seorang Pelumba Motosikal yang kasihan.

October 04, 2010 § 8



Imej-imej di atas bercerita tentang segalanya.
Insan kasihan tersebut adalah...AKU.
Sebab aku jatuh?Bukan ada kereta nak mai langgaq.Bukan ada moto lain nak race dengan aku.Bukan sebab nak mengelak kucing.Bukan sebab nak elak orang.
Jalan kosong. Takdak apa!
Habuk tar ada la.
Inilah TRAGEDI OKTOBER yang berlaku pada diriku.

"Ohhhh..tragedi Ok-to berrrr..." (hangpa tau ka lagu apa ni?)
Tolong abaikan kalau tak tau.

Bersin....BERSIN lah punca segala-galanya.
Why do people sneeze?Scientific reason please!!
(OK2..tau la.sebab nak buang kuman,bakteria dari kita.)

Tapi..
Sesungguhnya kawan-kawan.janganlah anda bersin ketika membawa moto.
Buruk padahnya.
Aku still tak boleh terima punca eksiden kecil aku tadi.

(bersyukurlah nyawa masih panjang,Yon.)

Tapi still tak buleh terima!!!!!!!!!
Gila malu tadi.
Ish.Kena lalu jalan belakang la lepas ni.Adoi...

Terima kasih pada Tuhan..
Terima kasih pada orang-orang yang sempat tolong aku tadi.
(Walaupun berkali-kali aku cakap terima kasih tadi...aku tetap nak ucap lagi!)

Muka sorang-sorang serius gila..Ingat aku cedera teruk kot.
Secara mental, ya.memang cedera teruk.
Fizikalnya tak dak apa la sangat.
Luka kecil.

Tapi..
Bayangkan, kawan-kawan.....

BERSIN!!!??>AS*&W*E&@*(E^@&E^%W^QW%E^WQE^....
(mengucap,mengucap).

Insiden ini merobek maruah aku sebagai seorang penunggang motosial (ups..typo) hehe.
...sambung balik,
*motosikal yang berjaya!
aku seorang yang berbangga dengan skil yang aku miliki.
Ah gilaaa!!
Aku berhemah. ( erk..)
Aku tak penah langgaq orang.
Eksiden masa harijadi ke-17 aku. (refresh your memories, guys.)
Yang tu pun kategori sedih jugak.Eheh.Dah la birthday.~~

Tapi just admit it, everytime this happens..it's my fault.
FINE!Mengaku la.
Tapi...bersin is what we described as , "nature calls".Weh tak terlintas dalam kepala otak aku yang tadi bila aku bersin aku akan terbabas sekaligus terjatuh dari moto.

Maybe sebab masa eksiden dulu aku tak jatuh kot..hmmm..
Haha.yang tu lagi cruel.
Ada lagi gambaq.
Naik la moto tu sampai rumah dengan kaki terjuntai dok berdarah.Pi klinik terus.

Ish malas nak ingat lagi but anyway..

aku nak buat gerakan anti-BERSIN untuk penunggang motosikal Malaysia.
Mangkit-mangkit terus buat muka bangang sengih-sengih, "Takdak pa takdak pa.OK2.".
Pastu check moto...side mirror pecah sebelah.kuang3.
Takpa nanti I bubuh lain. Yang macam kereta batman punya. XD~

Aku pun bangun la pebetui2 diri.
Selepas mengucapkan terima kasih buat kali terakhir kepada orang-orang prihatin yang tolong aku tadi, maka tunggu apa lagi, pecutlah pulak ke UK. (Unit Kesihatan UiTM)
Sampai-sampai UK, receptionist tu macam blur. Sebab aku pun macam blur masa pi habaq kat dia,
Inilah dialog antara dua orang yang blur.Dia blur terkejut.Aku blur sebab tak besa mai UK. Teman orang ada la. Dengan ujian BPC.

Yonyangkasihan : "Kak,kak. Saya jatuh ni." (sambil tayang luka.)
KakakUK: (Secara pantas matanya terbeliak buat 2 saat)Boleh tahan ke tak ni?Biasa datang ambik rawatan tak sebelum ni?
Yonyangkasihan : Tak biasa.
KakakUK : OK adik isi borang ni.Boleh ke tak ni?Kalau tak boleh masuk bilik rawatan dulu cuci luka.
Yonyangkasihan : Ha?Eh boleh boleh.

.....proses isi borang maklumat diri..............

KakakUK : Kat mana jatuh ni?Pasai apa?Sorang-sorang ka?Bla,bla...bla..
Yonyangkasihan : Tu kat kolej baru..ha sorang...bla,cot cet cot cet.

....selesai interbiu.....

KakakUK : Adik tunggu kat dalam bilik rawatan tu.Nanti ada nurse mai cuci.
Yonyangkasihan : OK.Terima kasih kak.

Then berlaku la proses pencucian pa semua.
Kena lagi interbiu..Isi dia lebih kurang sama la.

Lepas tu kena pi pulak bilik doktor.
Jenguk jenguk, ada Dr Noreha.
Adey....dia senyum.

Proses interbiu ni pun lebih kurang sama la macam tadi.
Dia pesan.
"Sekarang memang kamu tak sakit, lepas ni..ha..sakit la."
Aku pun angguk2 tanda setuju.
Bukan apa..dah semua dok tanya sakit ka dak.Memang la tak sakit sangat pun.
Tapi satgi mula la pedih.
Wee...

Lepas tu kat farmasi dapat ubat cuci, painkiller, gauzes.
Itu sahaja.
Sekian proses rawatan.
Dapat MC seketui.Tapi rasa macam nak pi jugak kelas.Tengok la macam mana.
rezeki jangan ditolak.

Wei readers..
Tau dak tangan aku makin kebas ni.
Oh kebas kebas.
Kena cucuk.........

Pesanan terakhir aku :

Janganlah bersin ketika memandu.Berhenti seketika untuk menunaikan kewajipan itu.



ciao~

by Yon Yusuff.
membersihkan luka eksiden.physically and mentally.
SNSD.my medicine and iodine?haha.bu**sh*t

Hack OPAC and SelcaYon Project

October 02, 2010 § 0


hacking OPAC.hahaha.

username : cong.
password : yonsegakgilataktaunakkataapa

haha.gila.

this post is about random pics i have in my handphone.
i'm thinking of doing a selcaproject with..of course obviously myself!
starting...i dunno when.but i will soon.^^

this is not selca.but here they are..some of random pics i have.
with my ba_i c902.


i finished my multimedia website and flash project.
ah forever9 @ SNSDstoryBOOK took 9 hours.
website took 4 hours.
touching up and everything.
i dont want to think about work anymore.
gosh!multimedia is supposed to be all about fun!!!!!hehe.

ok gotta go.
lunch.

wish my family is well.
he seems tired and not well yesterday.
hm..
ya Allah, please transfer his burden to me.


by Yon Yusuff.
listening to DJ Cesca on SSF.it's her birthday!

to You, i kneel.

September 21, 2010 § 2

bagi meraikan kepulangan tali gitarku yang putus,
aku hadiahkan lagu ini untuk diriku sendiri dan juga keluarga serta sahabat handai.
sebagai pesanan, ..peringatan.

Intro : Am G F E

Am G
Ku menatap dalam gelap
F C
Tiada yang bisa ku lihat
Dm C E
Selain hanya nama-Mu, Ya Allah...
Am G
*) Esok ataukah nanti
F C
Ampuni semua salahku
Dm C E
Lindungi aku dari segala fitnah

A Dm
Reff: Kau tempatku meminta
G C
Kau beri ku bahagia
F Dm
Jadikan aku selamanya
E
Hamba-Mu yang s'lalu bertaqwa
A Dm
Ampuni ku Ya Allah
G C
Yang sering melupakan-Mu
F Dm
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
E Am
Dalam sunyi aku bersujud..

Music : Am G F E (2x)
Kembali ke : *), Reff

A Dm
Kau tempatku meminta
G C
Kau beri ku bahagia
F Dm
Jadikan aku selamanya
E
Hamba-Mu yang s'lalu bertaqwa
A Dm
Ampuni ku Ya Allah
G C
Yang sering melupakan-Mu
F Dm
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
E Am
Dalam sunyi aku bersujud...pada-Mu

Coda : Am G F E
Am



p/s : lagu ni featured dalam drama Janji Kekasih kat TV3. Sesungguhnya aku teringin nak tengok tapi sifat malu menguasai.^^ Anyway, sapa tengok?Cerita kat aku..malas nak download.

Kalau aku kata Afgan ni abang aku, orang percaya tak?hahaha.



by Yon Yusuff.
adik angkat tamao serizawa.