Kesayangan Yon Yusuff ; Dam

January 21, 2011 § 0




Macam spongebob kata,


"The best time to wear a striped sweater
,
Is all the time,
One with a collar,
Turtle neck ..
Thats the kind
Cuz when you're wearing,
That one-special-sweater.."


This entry is meant to tell you(reader) why I'm being loyal to my sweater since day 1 of my college days. The only reason is, "It's special." Truthfully I cant exactly explain why I'm hooked to that sweater. Busuk,masam,wangi,hapak,lasam, semua ada kat dia. Aku pun tak sangka yang aku akan setia dekat satu sweater tu sampai la ni. Rasanya lecturer nak muntah tengok aku pakai benda sama almost tiap2 hari. Of course la kecuali hari Isnin sebab hari tu wajib pakai baju kurung.
Kawan-kawan aku, taktau la...depa hormati kot kepelikan aku tu.
Haha tak heran.

Sesungguhnya aku sangat menyayangi sweate
r itu. Peneman aku tak kira hujan,panas,ributkencang mahupun taufan Jessica.
Istimewanya dikau...tak dapat aku luahkan lebih terperinci mahupun bahasa Melayu atau omputeh atau bahasa ca ya nun alip.
Aku tujukan lagu Spongebob - Striped Sweater ni untuk sweater petak yang amat ku chentai. Hayatilah bait lirik itu. Walaupun sweater aku spesis lain, bukan turtleneck dan berkolar, namun ianya tetap adalah sweater. Sweater Yon Yusuff.






Ianya ada bau aku. (Ni la yang mahai)
MY scent. Terhangat di pasaran! Pheeeeewiit~ Kalau buat auction haram tak laku.

Nah tengok sikit ni la rupa dia. Tak hensem, tak segak, tak kiut, tak cool pun macam tuan dia. Tapi dia...istimewa. Dan kami datang dalam pakej. Jadi secara serta merta aku sedang indirectly berkata bahawa aku adalah seorang insan yang istimewa.
(Kalau tak paham tolong skip part ni. Sori la malam buta aku malas nak edit ataupun backspace apa yang aku tulis. HAHAHAHA)

Sweater aku ni dah la agak tebal, suka bagi aku kuat berpeluh. Design dia pun bukan la unik pun. Petak-petak. Ish. Biasa saja. But it's special to me because it's MINE. Dan aku harap the feeling is mutual between aku dengan sweater ni. Mana la tau aku layan dia lebih kurang kan...marah aku tak sangkut dia dengan hanger ka, tak basuh dia sebulan ka...Nanti rebellious pulak sweater ni. Satgi tetiba dok buat aksi zip rosak ha naya aku. Kena jaga jugak hati dia macam benda hidup, secara tak langsung aku akan menghormati barang-barang aku dan jaga depa elok-elok. (Gilakah aku kerana berfikiran demikian?Err..) Sweater ni jugak ada nama ; Dam. Sebab dia kan petak-petak, macam papan dam. Sangat tak original kan nama dia? Hahahah. Ada aku kesah? Bukan nak kena publish nama dia kat sijil kelahiran pun. Kalut bin malut nak bubuh nama lagi. Psshhh.

Nak buat kesimpulan dah la, tak larat nak merepek.

AKU SAYANG SWEATER TU. DAN SEKALI AKU SAYANG SESUATU, AKU SAYANG BETUL-BETUL.

dan formula di atas juga boleh diapply untuk orang. :) Aku kalau cakap aku sayang, memang aku sayang.

Sayang keluarga.
Sayang kawan-kawan.
Tuhan, terima kasih Engkau hadirkan mereka dalam hidup aku.

If God wills, aku akan pakai sweater ni sampai aku habis diploma. dan kemungkinan degree, seterusnya , sampai bila-bila.




by Yon Yusuff.
truly madly deeply.

What's this?

You are currently reading Kesayangan Yon Yusuff ; Dam at Yon Yusuff.

meta