BACKGROUND PROFILE MANGSA :
Misi ini melibatkan seorang insan bernama Nuramalina Nain, seorang kawan yang aku jumpa di UiTM Merbok. Beliau merupakan teman sekelas aku selama 3 semester (hingga sekarang), merupakan ahli sebilik di kolej, teman bersuka ria, teman bersuka duka, dia adalah seorang daripada mereka-mereka yang aku hargai di sini.
Fizikal atribut : Ketinggian lebih kurang 166cm, berat kemungkinan bawah dari 70 kilogram, warna kulit putih (dan licin. hahahaha), tu saja kot.
Mental problem : 3 kali dah hilang purse. Hahahahah. Keralitan yang menderitakan para pengguna... Malang betul.
SINOPSIS SERBA SEDIKIT DARI PEMAHAMAN YON YUSUFF :
Hari Sabtu lepas, 22 Januari 2011... dua sahabat telah menaiki sebuah bas dari UiTM ke pekan Sungai Petani, Kedah. Seperti apa yang dikhabarkan kepada aku, mereka bernawaitu untuk menonton filem horror melayu, Khurafat di wayang tingkat 4, Central Square. Saspek yang menemani mangsa dikenali dengan nama Nur Zahirah (yang aku panggil Dzohir kerana lebih senang kukira begitu.). Satu kepelikan yang berlaku siang itu adalah, bas yang mereka naiki adalah bas sekolah. Ya, bas sekolah. Biasa la, kewujudan pakcik@makcik drebar bas yang kadang-kadang tetap berhenti mengambil penumpang biasa. Maka, mereka tanpa berfikir panjang terus menaiki bas itu tanpa banyak soal.
Selepas membayar tambang yang membuatkan mataku terbeliak itu, (RM3.00..ya mahai la kat sini) mereka pun menuju ke panggung wayang dengan hati yang berona bahagia. Walaupun kedengaran agak keanehan, (sapa la rasa bahagia tengok cerita hantu?) namun Nuramalina Nain positif untuk melihat hero pujaannya beraksi, siapa lagi ; Shamsul Yusof. Persetankan isu itu... kerana aku hanya boleh kata, "NO KOMEN." :P
Disinilah Nuramalina Nain sedar bahawa pursenya...tiada. LUP. hilang. ghaib. Apabila ditekan-tekan kepala otaknya, beliau menyedari bahawa sangat besar gedabak kemungkinannya bahawa purse itu tertinggal atas bas.
Aku berani bet atas nama kucing gemuk UiTM bahawa muka beliau macam ni : T^T .
Sewaktu semua ini berlaku, Yon Yusuff sedang berada di rumah.
Biasalah, anak makabah.
Lebih kurang nak dekat azan Zohor, tiba-tiba dapat panggilan dari Ain. Malas pulak nak review panjang, sebab memang panjang pun. Tapi dia la yang inform aku pasal kejadian yang menimpa Nuramalina Nain. Lebih kurang macam tu la. Dengan blurnya, aku pun capai kunci moto-yang-baru-basuh-kemarin-masih-berkilat dan memecut meronda mencari bas tersebut.
Ya. Objektif utamanya adalah untuk mencari purse itu. Mengejar bas? Oh, itu tak mustahil. Yon Yusuff telah melakukannya.
Tetapi sebelum aku mencapai kemasyhuran pencapaian itu, aku telah dikecewakan kerana hari pertama misi itu aku kembali tanpa sebarang klu atau petunjuk. Kelemahan di situ adalah kerana aku sama sekali tidak mengenali pakcik drebar itu, number plat bus ataupun ciri-ciri bas itu. Yang aku tahu hanya satu, ianya adalah sebijik BAS SEKOLAH. Dan berdasarkan kebijakan pengetahuan umum aku, pastinya ia berwarna kuning keorengan. The typical school bus. Yang ada berbijik-bijik dekat SP ni. Macam mana nak cari? Lantas muka aku... jadi macam ni. =.=..... dua saat.. >.< ... Putus asa sudah.
OK tu pencarian solo aku yang tak berjaya. Mengenai Nuramalina Nain dan Nur Zahirah pula, mereka telah pulang semula ke UiTM Merbok dan menyewa sebuah kereta untuk merealisasikan misi ini. Kali ini, Marshita Mazuki dan Nurnatasha Zakaria muncul bersama sebagai tonggak semangat.
----Dipendekkan cerita, tak jumpak sampai ke sudah. Maka kami pun buat repot dekat balai polis. Then, aku offer minum ayaq dan makan cucoq di rumah aku serta sembahyang sekali, kemudian mereka bertolak pulang semula ke UiTM.----
Keesokan harinya, aku bertolak pulang ke kolej tercinta. Dan keluar semula ke pekan Sungai Petani bersama Nuramalina Na'in membonceng di belakangku. Tujuan kali ini murni, nak cop laporan polis, buat kad pengenalan baru, buat kad bank baru, dan segalanya urusan sebegitu lah. Punya la tak senonoh aku ni sampai terlupa yang hari Ahad bank tutup. Hahah. So kami pun pi cop kat balai area Lagenda Heights tu. Dekat bahagian Logistik. Hoho, bayaq lah dua ringgit... Selesai!
Kemudian kami ke Wisma Keladi pulak. Dekat sini lah tempat Jabatan Pendaftaran Negara area SP punya. Berapa kali jugaklah aku jejak kaki sebelum ni. OK ambik nombor, isi borang, tangkap gambar, dapat I/C sementara. Selesai!
Then, ingat nak pi JPJ sekali urus pasal lesen. Tapi ada kelas pulak pukui dua, dem! So kami cadang nak pi Rabu ni la sebab kelas tak pack sangat. Ha...kat sini la keajaiban mula menjengah. Hehehe..... Sesungguhnya ia sesuatu yang sangat aku tak expect, heck..sapa pun tak jangka yang di sinilah titik pembuktian bahawa aku seorang yang berbakat menjadi superhero. Hahaha. Bengong, bangga gila.
Oh lupa. Sebelum tu aku berenti sat ambik duit kat area bawah SP Plaza tu, so secara kebetulan la nak lalu kot Sekolah Convent Father Barre dan sekian-sekian (tak ingat nama)...Waktu tu pulak nak dekat pukui satu jugak la, so banyak student yang baru dok mai sekolah. Ada pak hantaq, mak hantaq, naik gerek, moto, jalan kaki, rollerblade, skateboard,limosin,beca dan antara banyak2 cara pengangkutan itu adalah... BAS.
Tapi aku tak la terpikiaq pun nak usha bas dah waktu tu. (Biasa la orang pasrah) Tapi Nuramalina Nain si pemunya purse ni adalah salah seorang saksi utama yang sah dan beliau mengingati setiap butir ciri-ciri drebar,bas,dan lain-lain lagi. Memang Tuhan sayang kami, waktu tu dia "ter"tengok kelibat pakcik drebar yang dipercayai adalah pakcik kemarin! Yes, THE pakcik. Yang menambah ke'eccentric'an situasi ini adalah, bas tu dengan kami sedang bergerak ke-dari arah bertentangan. Oh Tidak.
-----Tak payah guna imaginasi pun tau apa akan jadi lepas ni-----
YA. YON YUSUFF TELAH MELAKUKAN AKSI PATAH BALIK DAN MENGEJAR BAS ITU SEHINGGA DAPAT DENGAN MENERIMA ARAHAN TEPAT DARI NURAMALINA NAIN MENGENAI TARGET KETIKA ITU.
Yon : Mana Melin? Mana? Mana? Betui ka?
Melin : Aku rasa betui...Serius yon.. Aku rasa la..
Yon : .... OK. Jom patah balik.
Melin : Betui ka ni Yon? Takpa ka?
Yon : Jom jom..
...Pecutan seorang rempit pencen ...
Yon : Melin! tengok kaih hat mana! Yang ni ka?
Melin : Bukan Yon, bukan! Depan lagi depan lagi.
Yon : Ish mana dia ni..Banyaknya bas.
Melin : ..Ha! Yang ni! ...Eh2..bukan2..
......Mencari-cari....
Yon : Ada dak Melin?
Melin :Sat sat.. sat..Depan lagi...
...5 saat...
Melin : YON! YANG NI!!
Yon : HA?! OK! OK!
Oh kerjasama kami memang hebat.
Dan memang inilah bas yang dicari-cari! Ketemu jua akhirnya..dengan izin Tuhan.
Maka selepas itu pulanglah kami berdua dengan muka yang bahagia.
Macam ni dowhhhhh! dowh dowh dowh dowh dan dowh lagi!
^___________________________________^
Sempat lagi bergedik-gedikan ataih moto.
Bayangkan la..kalau hangpa di dalam kasut kami. (In our shoes directly translated to Malay language.) Sungguh...menakjubkan. Keajaiban.
Purse itu kemudian kami collect dekat rumah pakcik tu. Kat Semeling, Taman Malinja. Punya la dekat, ish3... Mulia betui la hati pakcik ni. Dia kata, "Kalau dak pakcik nak pi Kuala Kedah dah hantaq. Sebab IC kamu alamat situ... Tak pun nak telipon la student UiTM, ada yang pakcik ada nombot.."
Pakcik, seandainya IC itu dihantar ke Kuala Kedah, akan dicincanglah kawan saya ini oleh pakcik yang seorang lagi, namanya Na'in. Hahahaha.
Kami disambut oleh isterinya, yang sungguh berhati-hati dengan kedatangan dua gadis terlebih seronok ini ke rumahnya. Dia kata, "Pakcik suruh telefon dia dulu bila sampai." Arahannya kedengaran tegas, tetapi penuh kelembutan seorang ibu. :) Selepas mengkonfemkan segalanya dengan pakcik, maka makcik itu pun memberikan kami purse Nuramalina Na'in yang menjadi objek utama dalam misi ini...
MISSION ACCOMPLISHED!
Maka kami pun bergerak semula ke UiTM dengan hati dan perasaan yang tak dapat kami pancarkan kepada kamu semua.
Inilah hari yang membuatkan aku rasa yang aku... adalah seorang superhero.
by Yon Yusuff.
super.
yon yusuff superhero...
HAHAHA
like like like
:) like banyak2 la.
menjadi cerita sebelom ku tdoq weh . nice ! hehehe
hahaha. dzohirr!!kan?kan?