Archive for 1/1/11 - 2/1/11

Hari Untuk Senyum

January 31, 2011 § 6


Patutnya senyum hari-hari, tapi hari ni memang adalah hari yang membuatkan aku senyum sendiri... Kerana apa? Kerana cinta. ( HAHA. Tak lah..bertuah sangat tu)

Hari ni hari Isnin. Kan?Kan? 31hb..Januari 2011. Tak ada apa yang istimewa, nak kata ada seleberesyen apa-apa pun, tak dak apa-apa. Hari ini hanyalah hari yang biasa, tapi kenapa bisa garisan senyum
Yon Yusuff sampai mencecah ke pintu rumah Fasha Sandha? (Haha. perlu ka heret Fasha Sandha dalam ini entri? dah la tak suka dia...ok, aku gila.)

Hanya satu sebabnya... rambut saya dah kembali ke bentuk asal. ^__^
Ke bentuk sebelum ia dinodai oleh salon-salon mahal seperti DeTouch, Spring Summer, Loreal Haven, dan ntahapekejadahlah lagi. Macam-macam nama pelik, mana nak ingat. Bahasa omputeh pulak tu. Yon Yusuff tak lah terer omputeh.
Biasala, dilahirkan Melayu tulen.


Photobucket


Ambo feeling mace Yon Cruise la pulok. Hahahah~
Pujaan hati tu walaupun suami orang. Kawinkan anak mu denganku?
Tolong buat anak lelaki. (Takkan nak nikah Suri kot. Gilo ko?)
Dulu stok tiru Johnny Depp sebab rambut serabai nohaiii... payah kemain nak jaga. (Over. Habaq ja malaih shampu)


Photobucket

Suka aku.. Ohhh... <3>

Sukacita jugak nak dimaklumkan bahawa aku akan teruskan potongan rambut sebegini. Oleh kerana kesenangan hidup ; tak payah risau beli shampu banyak kali sebab sebotoi kecik ja satu sem pun cukup, sikat bagus, tak sikat pun masih bagus.., cepat kering, takyah kalut cari getah nak ikat rambut, macam pengemis pun ada (dah la suka curi kat dining punya yang dia letak dalam mangkuk plastik tu) , dan berbanyak-banyak lagilah jenis kesenangan yang aku dapat. Ringan kepala otak aku. Mana la tau...kot-kot rajin study ka. XD

Aku ucapkan syabas jugak kepada amoi tadi yang mesin rambut aku dengan hebatnya sambil menonton cerita Korea dekat ntv7. Nasib baik tak botak setompok walaweyh! Jadi lagu tu aku bakaq kedai hang sampai tak nampak tapak.

Amoi : You mau gunting macam mana?
Aku : Kasi nipis.
Amoi : Ok.

...3 minit masa berlalu...

Aku :*Eh. apsal dia tak gunting perabih dekat belah tepi ni?Alahai.panjang ja lagi*
Aku : You gunting kasi pendek rambut tepi ni. Kasi simple saja, takmau style-style.
Amoi : Oooohh..you mau boy-cut aa? Tak kasi tau awai-awaii..
Aku : *Tersenyum* Ha gunting macam budak sekolah punya. Saya malas jaga.
Amoi : Ok Ok Ok.

*Terus ambik mesin.Ngenngg ngenggggg ngeng*

Amoi ni pendiam la. Jarang jugak aku jumpak tukang gunting rambut ni jenis senyap. Selalunya tudiaaa..pot pet pot pet. Tanya duduk mana la, spenda saiz apa la.. (ups?) hahaha. Takpa senang sikit hati aku sebab dia bercakap bila perlu sahaja. Good. Selesa~

Berbalik kepada mesin pencukuq rambut yang lebih mesra aku panggil sebagai "mesin" saja tu..saja nak bagitau ;

Humangai rindu dekat menatang alah tu. Dulu kalau gunting rambut memang le cukuq teruih pakai hat tu. Biasa la kedai gunting dekat Baling memang stok hairdresser Siam, so banyak pakai mesin ja teruih kalau gunting rambut aku. Nasib baik tak tampung bedak macam kedai Ane (kaum India) yang pak aku dok pi tu. Hahahah.
Bau sekampung.

Disebabkan aku rabun dan memakai cermin mata, maka aku tak dapat la nak tengok progress orang gunting rambut aku macam mana. Seksa betui. Terpaksa la buang.
Lepaih tu tak nampak apa..BUTA.
Hahaha. motif bagitau? Saja la nak buat efek sikit...
Tadi bila aku pakai ja cermin mata, terus aku jatuh cinta dekat refleksi aku sendiri dekat cermin tu. (Hahaha. haram narcissist). YON CRUISE! I lebiu...bertemu semula..sejak lama berpisah. Huaaa..anti salon mahai! XD Payah nak cari kedai biasa kat SP ni..Tu pun nasib baik ada sebijik kat area rumah aku. Hoho. Kesimpulannya, aku suka hasilnya.

Piuuungg... Peace! (Takdak motif)

Entri "Hari Untuk Senyum" ni saja ja dilakukan. Sebab facebook block aku. Alasan dia :

Photobucket

"You have misused this feature..bla,bla,bla,glurhjjsspdos. Facebook-jeles-dengan-aku"

Macam tu la lebih kurang. Sebab aku komen banyak kali (memang tahap tak ingat dunia) kot dekat groups. Hahaa. Semalam dok merapu kat 91 degree. Eksaited sangat la tu sampai kena block. Oh sialan sekali. Takpa tak kisah..aku bukan selalu sangat menempek kat facebook tu 24jam. Kalau ada notification kawan-kawan masuk email baru bukak.

OK. Jom makan. XD
Homemade food.. oh macam makan drugs. Sedap yang amat.

by Yon Yusuff.
yoncruise.

Saya Sungguh Setia..Meskipun

January 30, 2011 § 2

Photobucket



Mung napok dok nate gapo ni? Alohai, tok leh nak masuk pulok. Hok ni yang paling tak gema sekali ni. Jange dok buak lagu ni buleh dop? Nok tengok Tipani guano..Jesika pulok guano. Meme menate la mung ni! ~~


(Hahaha. haram overdose..serius. kronik)

Saja nak bagitau, hari ni SSF buat fix updates. :) Info ini dibawa khas untuk registered members sahaja. Dan kepada yang takmau mengaku bahawa anda ada account. XD
Enjoy la button replay playlist SNSD dekat media player anda sementara menunggu.! (Brr...aku pun jarang play lagu depa sgt. Hahaha..Bukan peminat tegar.)
Maka aku lebih selesa untuk buat fanwork kepada mereka bagi menunjukkan kesetiaanku kepada 9 orang gadis yang bertuah itu. Kenapa bertuah?
Kerana mereka diminati oleh aku.
Lebih dari bertuah. HAHAHA~

Dan apa kata anda lupakan mereka seketika hari ini dan buatlah pekerjaan yang lebih berfaedah, seperti menolong ibu goreng ayam untuk makan tengah hari. Ataupun yang lebih senang, siap sedia untuk makan ayam yang digoreng tadi bersama nasi. Hehe. Nasihat ini ditujukan kepada diri sendiri.

Oh Oh OH OHHH!
Dan nak bagitau jugak, aku sedang menonton My Princess. <3>




Buleh dio buak comei menari lagu Hoot!!Ohhhh lemoh jantung kawe dowh~ <3


Apa-apa drama pun kalau aku suka storyline, aku akan tengok. Tapi aku check jugak pelakon sapa. Kalau ada hat tak berkenan, oh mintok lalu lah nok tengok.
Download pong takdok kebaike.
Contoh aku suka : IRIS, Athena:Goddess Of War, Fugitive Plan B. Hok jenih2 tu.

Haha. Sekian update sebelum makan.



by Yon Yusuff.
jom makan.

Misi Superhero : To the Rescue!

January 28, 2011 § 4

Bagi menyenangkan kerja aku untuk mengarang entri ini, maka akan aku bagitau 'lurus ke titik itu' atau dalam bahasa omputehnya, STRAIGHT TO THE POINT mengenai objektif utama misi ini.

BACKGROUND PROFILE MANGSA :


Photobucket

Misi ini melibatkan seorang insan bernama Nuramalina Nain, seorang kawan yang aku jumpa di UiTM Merbok. Beliau merupakan teman sekelas aku selama 3 semester (hingga sekarang), merupakan ahli sebilik di kolej, teman bersuka ria, teman bersuka duka, dia adalah seorang daripada mereka-mereka yang aku hargai di sini.

Fizikal atribut : Ketinggian lebih kurang 166cm, berat kemungkinan bawah dari 70 kilogram, warna kulit putih (dan licin. hahahaha), tu saja kot.

Mental problem : 3 kali dah hilang purse. Hahahahah. Keralitan yang menderitakan para pengguna... Malang betul.


SINOPSIS SERBA SEDIKIT DARI PEMAHAMAN YON YUSUFF :

Hari Sabtu lepas, 22 Januari 2011... dua sahabat telah menaiki sebuah bas dari UiTM ke pekan Sungai Petani, Kedah. Seperti apa yang dikhabarkan kepada aku, mereka bernawaitu untuk menonton filem horror melayu, Khurafat di wayang tingkat 4, Central Square. Saspek yang menemani mangsa dikenali dengan nama Nur Zahirah (yang aku panggil Dzohir kerana lebih senang kukira begitu.). Satu kepelikan yang berlaku siang itu adalah, bas yang mereka naiki adalah bas sekolah. Ya, bas sekolah. Biasa la, kewujudan pakcik@makcik drebar bas yang kadang-kadang tetap berhenti mengambil penumpang biasa. Maka, mereka tanpa berfikir panjang terus menaiki bas itu tanpa banyak soal.

Selepas membayar tambang yang membuatkan mataku terbeliak itu, (RM3.00..ya mahai la kat sini) mereka pun menuju ke panggung wayang dengan hati yang berona bahagia. Walaupun kedengaran agak keanehan, (sapa la rasa bahagia tengok cerita hantu?) namun Nuramalina Nain positif untuk melihat hero pujaannya beraksi, siapa lagi ; Shamsul Yusof. Persetankan isu itu... kerana aku hanya boleh kata, "NO KOMEN." :P

Disinilah Nuramalina Nain sedar bahawa pursenya...tiada. LUP. hilang. ghaib. Apabila ditekan-tekan kepala otaknya, beliau menyedari bahawa sangat besar gedabak kemungkinannya bahawa purse itu tertinggal atas bas.
Aku berani bet atas nama kucing gemuk UiTM bahawa muka beliau macam ni : T^T .

Sewaktu semua ini berlaku, Yon Yusuff sedang berada di rumah.
Biasalah, anak makabah.


Lebih kurang nak dekat azan Zohor, tiba-tiba dapat panggilan dari Ain. Malas pulak nak review panjang, sebab memang panjang pun. Tapi dia la yang inform aku pasal kejadian yang menimpa Nuramalina Nain. Lebih kurang macam tu la. Dengan blurnya, aku pun capai kunci moto-yang-baru-basuh-kemarin-masih-berkilat dan memecut meronda mencari bas tersebut.

Ya. Objektif utamanya adalah untuk mencari purse itu. Mengejar bas? Oh, itu tak mustahil. Yon Yusuff telah melakukannya.

Tetapi sebelum aku mencapai kemasyhuran pencapaian itu, aku telah dikecewakan kerana hari pertama misi itu aku kembali tanpa sebarang klu atau petunjuk. Kelemahan di situ adalah kerana aku sama sekali tidak mengenali pakcik drebar itu, number plat bus ataupun ciri-ciri bas itu. Yang aku tahu hanya satu, ianya adalah sebijik BAS SEKOLAH. Dan berdasarkan kebijakan pengetahuan umum aku, pastinya ia berwarna kuning keorengan. The typical school bus. Yang ada berbijik-bijik dekat SP ni. Macam mana nak cari? Lantas muka aku... jadi macam ni. =.=..... dua saat.. >.< ... Putus asa sudah.

OK tu pencarian solo aku yang tak berjaya. Mengenai Nuramalina Nain dan Nur Zahirah pula, mereka telah pulang semula ke UiTM Merbok dan menyewa sebuah kereta untuk merealisasikan misi ini. Kali ini, Marshita Mazuki dan Nurnatasha Zakaria muncul bersama sebagai tonggak semangat.

----Dipendekkan cerita, tak jumpak sampai ke sudah. Maka kami pun buat repot dekat balai polis. Then, aku offer minum ayaq dan makan cucoq di rumah aku serta sembahyang sekali, kemudian mereka bertolak pulang semula ke UiTM.----

Photobucket

Keesokan harinya, aku bertolak pulang ke kolej tercinta. Dan keluar semula ke pekan Sungai Petani bersama Nuramalina Na'in membonceng di belakangku. Tujuan kali ini murni, nak cop laporan polis, buat kad pengenalan baru, buat kad bank baru, dan segalanya urusan sebegitu lah. Punya la tak senonoh aku ni sampai terlupa yang hari Ahad bank tutup. Hahah. So kami pun pi cop kat balai area Lagenda Heights tu. Dekat bahagian Logistik. Hoho, bayaq lah dua ringgit... Selesai!

Photobucket

Kemudian kami ke Wisma Keladi pulak. Dekat sini lah tempat Jabatan Pendaftaran Negara area SP punya. Berapa kali jugaklah aku jejak kaki sebelum ni. OK ambik nombor, isi borang, tangkap gambar, dapat I/C sementara. Selesai!

Then, ingat nak pi JPJ sekali urus pasal lesen. Tapi ada kelas pulak pukui dua, dem! So kami cadang nak pi Rabu ni la sebab kelas tak pack sangat. Ha...kat sini la keajaiban mula menjengah. Hehehe..... Sesungguhnya ia sesuatu yang sangat aku tak expect, heck..sapa pun tak jangka yang di sinilah titik pembuktian bahawa aku seorang yang berbakat menjadi superhero. Hahaha. Bengong, bangga gila.


Oh lupa. Sebelum tu aku berenti sat ambik duit kat area bawah SP Plaza tu, so secara kebetulan la nak lalu kot Sekolah Convent Father Barre dan sekian-sekian (tak ingat nama)...Waktu tu pulak nak dekat pukui satu jugak la, so banyak student yang baru dok mai sekolah. Ada pak hantaq, mak hantaq, naik gerek, moto, jalan kaki, rollerblade, skateboard,limosin,beca dan antara banyak2 cara pengangkutan itu adalah... BAS.

Tapi aku tak la terpikiaq pun nak usha bas dah waktu tu. (Biasa la orang pasrah) Tapi Nuramalina Nain si pemunya purse ni adalah salah seorang saksi utama yang sah dan beliau mengingati setiap butir ciri-ciri drebar,bas,dan lain-lain lagi. Memang Tuhan sayang kami, waktu tu dia "ter"tengok kelibat pakcik drebar yang dipercayai adalah pakcik kemarin! Yes, THE pakcik. Yang menambah ke'eccentric'an situasi ini adalah, bas tu dengan kami sedang bergerak ke-dari arah bertentangan. Oh Tidak.

-----Tak payah guna imaginasi pun tau apa akan jadi lepas ni-----


YA. YON YUSUFF TELAH MELAKUKAN AKSI PATAH BALIK DAN MENGEJAR BAS ITU SEHINGGA DAPAT DENGAN MENERIMA ARAHAN TEPAT DARI NURAMALINA NAIN MENGENAI TARGET KETIKA ITU.


Yon : Mana Melin? Mana? Mana? Betui ka?
Melin : Aku rasa betui...Serius yon.. Aku rasa la..
Yon : .... OK. Jom patah balik.
Melin : Betui ka ni Yon? Takpa ka?
Yon : Jom jom..

...Pecutan seorang rempit pencen ...

Yon : Melin! tengok kaih hat mana! Yang ni ka?
Melin : Bukan Yon, bukan! Depan lagi depan lagi.
Yon : Ish mana dia ni..Banyaknya bas.
Melin : ..Ha! Yang ni! ...Eh2..bukan2..

......Mencari-cari....

Yon : Ada dak Melin?
Melin :Sat sat.. sat..Depan lagi...

...5 saat...

Melin : YON! YANG NI!!
Yon : HA?! OK! OK!


Photobucket

Oh kerjasama kami memang hebat.


Dan memang inilah bas yang dicari-cari! Ketemu jua akhirnya..dengan izin Tuhan.
Maka selepas itu pulanglah kami berdua dengan muka yang bahagia.

Macam ni dowhhhhh! dowh dowh dowh dowh dan dowh lagi!

^___________________________________^

Sempat lagi bergedik-gedikan ataih moto.
Bayangkan la..kalau hangpa di dalam kasut kami. (In our shoes directly translated to Malay language.) Sungguh...menakjubkan. Keajaiban.

Purse itu kemudian kami collect dekat rumah pakcik tu. Kat Semeling, Taman Malinja. Punya la dekat, ish3... Mulia betui la hati pakcik ni. Dia kata, "Kalau dak pakcik nak pi Kuala Kedah dah hantaq. Sebab IC kamu alamat situ... Tak pun nak telipon la student UiTM, ada yang pakcik ada nombot.."
Pakcik, seandainya IC itu dihantar ke Kuala Kedah, akan dicincanglah kawan saya ini oleh pakcik yang seorang lagi, namanya Na'in. Hahahaha.
Kami disambut oleh isterinya, yang sungguh berhati-hati dengan kedatangan dua gadis terlebih seronok ini ke rumahnya. Dia kata, "Pakcik suruh telefon dia dulu bila sampai." Arahannya kedengaran tegas, tetapi penuh kelembutan seorang ibu. :) Selepas mengkonfemkan segalanya dengan pakcik, maka makcik itu pun memberikan kami purse Nuramalina Na'in yang menjadi objek utama dalam misi ini...

MISSION ACCOMPLISHED!

Maka kami pun bergerak semula ke UiTM dengan hati dan perasaan yang tak dapat kami pancarkan kepada kamu semua.

Inilah hari yang membuatkan aku rasa yang aku... adalah seorang superhero.



Calvin Pictures, Images and Photos

by Yon Yusuff.
super.

Kesayangan Yon Yusuff ; Dam

January 21, 2011 § 0




Macam spongebob kata,


"The best time to wear a striped sweater
,
Is all the time,
One with a collar,
Turtle neck ..
Thats the kind
Cuz when you're wearing,
That one-special-sweater.."


This entry is meant to tell you(reader) why I'm being loyal to my sweater since day 1 of my college days. The only reason is, "It's special." Truthfully I cant exactly explain why I'm hooked to that sweater. Busuk,masam,wangi,hapak,lasam, semua ada kat dia. Aku pun tak sangka yang aku akan setia dekat satu sweater tu sampai la ni. Rasanya lecturer nak muntah tengok aku pakai benda sama almost tiap2 hari. Of course la kecuali hari Isnin sebab hari tu wajib pakai baju kurung.
Kawan-kawan aku, taktau la...depa hormati kot kepelikan aku tu.
Haha tak heran.

Sesungguhnya aku sangat menyayangi sweate
r itu. Peneman aku tak kira hujan,panas,ributkencang mahupun taufan Jessica.
Istimewanya dikau...tak dapat aku luahkan lebih terperinci mahupun bahasa Melayu atau omputeh atau bahasa ca ya nun alip.
Aku tujukan lagu Spongebob - Striped Sweater ni untuk sweater petak yang amat ku chentai. Hayatilah bait lirik itu. Walaupun sweater aku spesis lain, bukan turtleneck dan berkolar, namun ianya tetap adalah sweater. Sweater Yon Yusuff.






Ianya ada bau aku. (Ni la yang mahai)
MY scent. Terhangat di pasaran! Pheeeeewiit~ Kalau buat auction haram tak laku.

Nah tengok sikit ni la rupa dia. Tak hensem, tak segak, tak kiut, tak cool pun macam tuan dia. Tapi dia...istimewa. Dan kami datang dalam pakej. Jadi secara serta merta aku sedang indirectly berkata bahawa aku adalah seorang insan yang istimewa.
(Kalau tak paham tolong skip part ni. Sori la malam buta aku malas nak edit ataupun backspace apa yang aku tulis. HAHAHAHA)

Sweater aku ni dah la agak tebal, suka bagi aku kuat berpeluh. Design dia pun bukan la unik pun. Petak-petak. Ish. Biasa saja. But it's special to me because it's MINE. Dan aku harap the feeling is mutual between aku dengan sweater ni. Mana la tau aku layan dia lebih kurang kan...marah aku tak sangkut dia dengan hanger ka, tak basuh dia sebulan ka...Nanti rebellious pulak sweater ni. Satgi tetiba dok buat aksi zip rosak ha naya aku. Kena jaga jugak hati dia macam benda hidup, secara tak langsung aku akan menghormati barang-barang aku dan jaga depa elok-elok. (Gilakah aku kerana berfikiran demikian?Err..) Sweater ni jugak ada nama ; Dam. Sebab dia kan petak-petak, macam papan dam. Sangat tak original kan nama dia? Hahahah. Ada aku kesah? Bukan nak kena publish nama dia kat sijil kelahiran pun. Kalut bin malut nak bubuh nama lagi. Psshhh.

Nak buat kesimpulan dah la, tak larat nak merepek.

AKU SAYANG SWEATER TU. DAN SEKALI AKU SAYANG SESUATU, AKU SAYANG BETUL-BETUL.

dan formula di atas juga boleh diapply untuk orang. :) Aku kalau cakap aku sayang, memang aku sayang.

Sayang keluarga.
Sayang kawan-kawan.
Tuhan, terima kasih Engkau hadirkan mereka dalam hidup aku.

If God wills, aku akan pakai sweater ni sampai aku habis diploma. dan kemungkinan degree, seterusnya , sampai bila-bila.




by Yon Yusuff.
truly madly deeply.

Kesumat Kumat Kamit ; Merapu

§ 8

Tetiba sewaktu membasuh moto di petang yang indah ini, aku telah diterjah idea ; nak buat short film dengan kawan-kawan.
Deadline ; Sebelum grad atau sebelum sambung degree.
Tajuk dia :


" I Know What You Did Last Semester".

Macam kenai kan tajuk dia?The main idea macam nak buat parody filem "I Know What You Did Last Summer" la. Yang heroin Ghost Whisperer berlakon tu.
Mintak maap la tak ingat nama.

Tak terpikiaq lagi pulak plotline dia macam mana
. Dan aku tak tahu antara tiga genre ; Horror/Memang Horror, Horror/Comedy, Fluff/Romance/Comedy/Bodoh alang ala-ala Michael Cera. Takpa, masa masih panjang. Mari berangan!




Tak sangka buih sabun dengan tuala 'good mo
rning' yang aku guna untuk lap moto dapat mendatangkan idea sedemikian terhadapku. Dengan tidak menghiraukan keperluan untuk mandi setelah bergelumang dengan kotoran daki moto aku, terus jari pantas menaip entri blog kali ni. Romeo(nama laptop aku) tak kisah kan? I know you, you know me. Busuk macam mana pun, aku owner kau, agree saja dengan apa aku kata.

Sapa yang hingin nak berlakon cerita aku ni? Ada m
ultiple choice answer untuk soalan bodo yang aku utarakan.

A. Kawan-kawan. (Free, tak yah bayaq. Cukup l
a sekadar belanja roti canai seminggu)
B. Volunteer. (Kena buat promosi dengan audition ka?Ish buang masa)
C. Paksa/Blackmail. (Tsk. Nanti depa keja tak ikhlas. Terang lagi nyata, ini bahaya dan mendatangkan dosa percuma)
D. Pelakon amatur yang inginkan habuan. (Lar
i bajet)

Ala, sapa-sapa pun boleh berlakon. Aku lagi pref
er kawan-kawan. Sebab watak semua tu aku akan mould berdasarkan orang sekeliling aku la jugak. Cuma tambahkan nilai eccentric dan kebahlolan mengikut keperluan. Wah, kemengarutan sedang mencurah-curah ni.





Harap ini boleh menjadi kenyataan. :)
Tiba-tiba eksaited. Gila betui.





p/s(random) : If Jessica Jung were a new hamburger at McDonald's,She'd be called McGorJess.


Yon Yusuff is officially scanned POSITIVE with Jung disease at the moment. Baru recover dari excessive haemorrhage caused by Tiffany Hwang, datang pulak Jessica Jung. Tidaaaaak! Sembuhkan aku!

brr. geli dengaq statement aku sendiri. =.=


by Yon Yusuff. aftereffects of membasuh moto.

Restock ; AB Blood for you.

January 11, 2011 § 0

Photobucket






Jom derma darah. :)


Last aku derma darah tahun lepas, tu pun bukan kat UiTM.

AB Rh +ve. Even though aku rasa actually darah aku Rh -ve. Tapi abah kata biasanya +ve. Tak baik lawan cakap orang tua. (Dah la hensem. XD) Kita tengok mak kata apa pulak nanti.


by Yon Yusuff.
bothered.



HTML ; Huruf Terbalik Mulut Luas

January 09, 2011 § 2

Yon

Yon
Yon
Yon Yon
Yon
Yon
Yon
Yon
Yon

Yon


Yon

Yon
Yon

Yon

Y Yono Yo Yonnn







Huahh!


My Bonnie lies over the ocean
My Bonnie lies over the sea
My Bonnie lies over the ocean
Yon

WAHAHAHAHAHAH!!!


Oh, bring back my Bonnie to me.


by Yon Yusuff.
kelas csc.belajaq bonnie.

I Love This Girl

§ 0

Photobucket

Krystal: Unnie are you okay?
Fany: I see dead people o__o
Sulli: o__o

LOL! LOL! LOL! So cute~







Aku Nak ...

January 08, 2011 § 0




~ Ajar Mark Zuckerberg baca Jawi.
~ Bagi Mark Zuckerberg makan belacan.



by Yon Yusuff.
dengki dekat Zuckerberg.



Ini Kisah Benar.

§ 2





Berlaku hari Sabtu, lapan haribulan satu dua ribu sebelas.

Repair motor Panda Ismail dekat workshop. Satu ja yang tak buleh lupa, cina tu kata moto ni tak setat setahun dah. wtf? cuti pun sebulan saja. ternganga sat aku. Last motor ni jalan agak dalam seminggu lebih sebelum masuk kolej. Siap ada saksi lagi. Abang aku? Hari tu tengok wayang pun dengan motor ni jugak. Hoh.
Macam nak potong lidah dia bagi anjing makan. Pot pet, pot pet. Sampai ke sudah. Agak nak lempang, nasib baik tak semayang maghrib lagi. Pukui 8 siap, (tak berapa siap pun). Kelam kabut jugak hampaq sejadah. Nasib baik abah cool. Mak lagi la tak kata apa. Besa la~


by Yon Yusuff.
semangat nak bakaq kedai orang.


p/s : malam ni ada apa tah kat kolej. wajib, katanya. tapi benda paksaan macam tu la yg Yon Yusuff cukup anti nak pi.

To Althea, From Prison.

§ 0



When love with unconfined wings
Hovers within my gates,
And my divine Althea brings
To whisper at the grates;
When I lie tangled in her hair,
And fettered to her eye,
The birds that wanton in the air
Know no such liberty.

When flowing cups run swiftly round
With no allaying Thames,
Our careless heads with roses bound,
Our hearts with loyal flames;
When thirsty grief in wine we steep,
When healths and draughts go free,
Fishes that tipple in the deep
Know no such liberty.

When, like committed linnets, I
With shriller throat shall sing
The sweetness, mercy, majesty,
And glories of my King;
When I shall voice aloud how good

He is, how great should be,
Enlarged winds that curl the flood
Know no such liberty.

Stone walls do not a prison make,
Nor iron bars a cage;
Minds innocent and quiet take
That for an hermitage;
If I have freedom in my love,
And in my soul am free,
Angels alone, that soar above,
Enjoy such liberty.





This is one of my favourites from Richard Lovelace. The most appropriate theme I could think of is ; Freedom. Precisely, freedom of thinking. It was stated that he wrote this poem while still being in prison. From the 1st paragraph he implied of imagining 'Althea' whom I suppose was, his lover. His mind was completely free, although he was confined in a prison. In some way, this poem gave off the aura of inner freedom, which every being yearns for. At least, it is what I desire for myself.

"No one can 'imprison' or enslave the human mind."


What I can't really understand is some people choose to be prisoners of their own thoughts. What a pity that is, not being able to feel freedom within themselves. Too many questions popped in my head ; how do they cope with their inner consciousness, did they ever tried talking to themselves, or they are just living in denial all this while? Is it painful to choose to live that way? They are telling lies straight to their face, isnt it hypocritical to do such a thing?And they ruin white ; the original color of life.

I'm still waiting.
Waiting for them to wake up from their denial nightmare.


All of it is a choice. Heck, its OUR choice.
And after choosing, in the end we find freedom.

Believe me, when you change your mind... you unconsciously change your life.
But remember just one thing ; change it for yourself.

If I were to sigh after making those choices ; it'll either be interpreted as a sigh of regret or a sigh of self-satisfaction.
And I prefer the latter.




by Yon Yusuff.
immersed in reading ; 3am.

p/s : I'm not preaching about anything here, just a mere unanswered question that had been running in my head since forever. Of course, sometimes I strayed from the actual path as well... like what other idiots do. But I'm sane enough to adapt quickly to the situation I threw myself into and turned back my heels on the pavement to search my way back. And sometimes I make wrong turns when I confront the infamously dangerous diverged road, screaming "Choose." I hate it as well. But making decisions is a part of living, and it is surely important to make choices based on our own instincts. Be it right or wrong, I chose it myself to be that way. There's no one to blame but me. There's no one to praise but me. It's all just me being me.