Hari Untuk Senyum

January 31, 2011 § 6


Patutnya senyum hari-hari, tapi hari ni memang adalah hari yang membuatkan aku senyum sendiri... Kerana apa? Kerana cinta. ( HAHA. Tak lah..bertuah sangat tu)

Hari ni hari Isnin. Kan?Kan? 31hb..Januari 2011. Tak ada apa yang istimewa, nak kata ada seleberesyen apa-apa pun, tak dak apa-apa. Hari ini hanyalah hari yang biasa, tapi kenapa bisa garisan senyum
Yon Yusuff sampai mencecah ke pintu rumah Fasha Sandha? (Haha. perlu ka heret Fasha Sandha dalam ini entri? dah la tak suka dia...ok, aku gila.)

Hanya satu sebabnya... rambut saya dah kembali ke bentuk asal. ^__^
Ke bentuk sebelum ia dinodai oleh salon-salon mahal seperti DeTouch, Spring Summer, Loreal Haven, dan ntahapekejadahlah lagi. Macam-macam nama pelik, mana nak ingat. Bahasa omputeh pulak tu. Yon Yusuff tak lah terer omputeh.
Biasala, dilahirkan Melayu tulen.


Photobucket


Ambo feeling mace Yon Cruise la pulok. Hahahah~
Pujaan hati tu walaupun suami orang. Kawinkan anak mu denganku?
Tolong buat anak lelaki. (Takkan nak nikah Suri kot. Gilo ko?)
Dulu stok tiru Johnny Depp sebab rambut serabai nohaiii... payah kemain nak jaga. (Over. Habaq ja malaih shampu)


Photobucket

Suka aku.. Ohhh... <3>

Sukacita jugak nak dimaklumkan bahawa aku akan teruskan potongan rambut sebegini. Oleh kerana kesenangan hidup ; tak payah risau beli shampu banyak kali sebab sebotoi kecik ja satu sem pun cukup, sikat bagus, tak sikat pun masih bagus.., cepat kering, takyah kalut cari getah nak ikat rambut, macam pengemis pun ada (dah la suka curi kat dining punya yang dia letak dalam mangkuk plastik tu) , dan berbanyak-banyak lagilah jenis kesenangan yang aku dapat. Ringan kepala otak aku. Mana la tau...kot-kot rajin study ka. XD

Aku ucapkan syabas jugak kepada amoi tadi yang mesin rambut aku dengan hebatnya sambil menonton cerita Korea dekat ntv7. Nasib baik tak botak setompok walaweyh! Jadi lagu tu aku bakaq kedai hang sampai tak nampak tapak.

Amoi : You mau gunting macam mana?
Aku : Kasi nipis.
Amoi : Ok.

...3 minit masa berlalu...

Aku :*Eh. apsal dia tak gunting perabih dekat belah tepi ni?Alahai.panjang ja lagi*
Aku : You gunting kasi pendek rambut tepi ni. Kasi simple saja, takmau style-style.
Amoi : Oooohh..you mau boy-cut aa? Tak kasi tau awai-awaii..
Aku : *Tersenyum* Ha gunting macam budak sekolah punya. Saya malas jaga.
Amoi : Ok Ok Ok.

*Terus ambik mesin.Ngenngg ngenggggg ngeng*

Amoi ni pendiam la. Jarang jugak aku jumpak tukang gunting rambut ni jenis senyap. Selalunya tudiaaa..pot pet pot pet. Tanya duduk mana la, spenda saiz apa la.. (ups?) hahaha. Takpa senang sikit hati aku sebab dia bercakap bila perlu sahaja. Good. Selesa~

Berbalik kepada mesin pencukuq rambut yang lebih mesra aku panggil sebagai "mesin" saja tu..saja nak bagitau ;

Humangai rindu dekat menatang alah tu. Dulu kalau gunting rambut memang le cukuq teruih pakai hat tu. Biasa la kedai gunting dekat Baling memang stok hairdresser Siam, so banyak pakai mesin ja teruih kalau gunting rambut aku. Nasib baik tak tampung bedak macam kedai Ane (kaum India) yang pak aku dok pi tu. Hahahah.
Bau sekampung.

Disebabkan aku rabun dan memakai cermin mata, maka aku tak dapat la nak tengok progress orang gunting rambut aku macam mana. Seksa betui. Terpaksa la buang.
Lepaih tu tak nampak apa..BUTA.
Hahaha. motif bagitau? Saja la nak buat efek sikit...
Tadi bila aku pakai ja cermin mata, terus aku jatuh cinta dekat refleksi aku sendiri dekat cermin tu. (Hahaha. haram narcissist). YON CRUISE! I lebiu...bertemu semula..sejak lama berpisah. Huaaa..anti salon mahai! XD Payah nak cari kedai biasa kat SP ni..Tu pun nasib baik ada sebijik kat area rumah aku. Hoho. Kesimpulannya, aku suka hasilnya.

Piuuungg... Peace! (Takdak motif)

Entri "Hari Untuk Senyum" ni saja ja dilakukan. Sebab facebook block aku. Alasan dia :

Photobucket

"You have misused this feature..bla,bla,bla,glurhjjsspdos. Facebook-jeles-dengan-aku"

Macam tu la lebih kurang. Sebab aku komen banyak kali (memang tahap tak ingat dunia) kot dekat groups. Hahaa. Semalam dok merapu kat 91 degree. Eksaited sangat la tu sampai kena block. Oh sialan sekali. Takpa tak kisah..aku bukan selalu sangat menempek kat facebook tu 24jam. Kalau ada notification kawan-kawan masuk email baru bukak.

OK. Jom makan. XD
Homemade food.. oh macam makan drugs. Sedap yang amat.

by Yon Yusuff.
yoncruise.

What's this?

You are currently reading Hari Untuk Senyum at Yon Yusuff.

meta

§ 6 Response to “Hari Untuk Senyum”