Archive for 5/1/09 - 6/1/09

Edisi Sibuk dan Rahsia Terbongkar.

May 29, 2009 § 6

Lama tak update blog.
Ahh..been busy all this while~

Anyway..sekarang aku tengah baca satu buku ni.Sangat menarik.
Baru beli lah.
This book is kinda nice.
And..sekarang aku jadi pening dah.
Seingat aku ada satu dokumentari kat tv yang bertajuk "Alexander Bukan Zulqarnain" baru-baru ni.Lebih kurang la.Aku pun tak pasti tajuknya guna pakai Alexander@Iskandar.Yang pasti ia merujuk kepada tokoh yang sama.
Kupasan dalam buku ni pula muntah pekat membuktikan bahawa Alexander ialah Zulqarnain.Hmm...Entah la.
Aku sebenarnya tak berkesempatan pun nak tonton dokumentari tersebut.
Mungkin tajuknya saja macam tu.
Tapi yang aku pasti..Buku ni menceritakan perihal lain.(secara utamanya ia mengenai Yakjuj dan Makjuj)tapi nama tokoh ini : Alexander The Great atau Iskandar Zulqarnain disebut serba sedikit kerana mengikut sejarah, beliau dikatakan terlibat secara langsung dengan kisah Yakjuj dan Makjuj ini.
Bagi yang tak baca lagi buku ni,aku sarankan..Baca lah.
Walaupun anda bukan seorang Islam..Baru minda terbuka.
Baru sedar.


Tajuk buku ni Yakjuj&Makjuj : Bencana Di Sebalik Gunung.
Penulis buku ini Wisnu Sasongko@Muhammad Alexander.
Daftar isinya sarat dengan jawapan kepada persoalan yang selama ini terbuku dalam kotak minda aku.
16 bab dijadikan hidangan utama.
Malah ada ruangan "Kesimpulan" sebagai dessert.
Jika dicampur dengan ruangan "Bibliografi",keseluruhannya buku ini memiliki 564 m/s.
Dah habis ke aku baca?
Ya..sudah.
Tapi aku akan mengulanginya lagi.
Sekali baca tak semesti faham penuh.
Tak mahu lah nanti tersalah tafsiran atau apa.


Edisi Rahsia Terbongkar.

Satu yang aku hairan.
Masa aku Form 3 dulu..aku pernah membaca Bible.(Kitab Injil bagi Kristian)
Kawan aku marah.
"Quran pun tak kaji habis?Yang hang baca menatang ni buat apa?Sesat satgi wei!"
Itu kata dia.
Dan banyak lagi lah sumpah seranah yang aku terima.
Cuba la bagi peluang untuk aku terangkan..ni main tembaaak je terus.
Aku ada sebab sendiri.
Yang paling utama sekali ialah, Curiosity.
Aku memang berminat nak tau.
Eh.. tak salah nak kaji agama orang lain.Cuma seiringkan lah pegangan al-Quran kita selalu dengan "kajian" kita tentang agama lain itu.
Sebab tu tak semua orang baca.Takut terpengaruh.
Tapi entah apa yang merasuk aku..Aku berani.
Berani selak helaian kitab itu.
Selama aku bernafas ni tak pernah lagi la aku dengar ada orang nak convert ke Kristian sebab terbaca ayat-ayat dalam Bible.
Aku sentiasa ingat..hanya ayat-ayat al-Quran yang terindah di dunia.
Injil pun salah satu kitab kita juga pada asalnya.Cuma mereka Kristian ubah isinya.Tu yang sesat.

Bible yang aku baca ni dicetak dalam Bahasa Inggeris.
Masa aku baca..aku letak al-Quran di sebelah kanan sebagai rujukan.(juga dalam versi Bahasa Inggeris.)
Aku tak khatam pun la satu kitab ajaran agama Kristian itu.
Cuma sekadar membaca yang perlu sahaja.
Nak faham fahaman Kristian sebenarnya macam mana.
Dan..percayalah.Ada contradictions di antara al-Quran yang suci dan Bible.
Aku merujuk banyak pihak.
Sebab aku sedar bahayanya mengkaji Bible tanpa sokongan sesiapa.
Oleh itu aku bertanya kepada ramai ustaz@ustazah dan membaca buku ilmiah Islam yang lain mengenai hal ini.

Apa yang aku buat ni sebenarnya mengukuhkan lagi pegangan aku dengan ajaran agama aku sendiri yang diajar kepadaku dari kecil.
Tak ada ragu dan persoalan.Hampir semua yang wajib telah terjawab.
Aku tak tau nak explain macam mana apa yang aku dah discover.
Senang cakap..KENA BACA SENDIRI.
Tapi aku tak galakkan la.Nanti terpesong salahkan aku pulak.
Dan memang sepatutnya tak payah baca pun tak apa.
Senang cakap.dari pengalaman sendiri..
Aku berani kata yang Islam adalah agama yang benar.


Wah..pengakuan berani mati kat atas tu.
Takut jugak nak post sebenarnya.
Cuma berkongsi cerita.Sebagai ingatan.



by Yon Yusuff.
berani kerana benar.tak salah.sedang membaca buat kali kedua.

Cinta.

May 23, 2009 § 6

Aku nampak Cinta.
Cinta di hujung sana.
Aku kaku.

Dia Cinta.
Hati galak berdegup kerana dia.
Tapi Cinta..
Jalan selisih aku.
Tak singgah.

.....
Kecewa?
Bukan salah Cinta.
Dia tak kenal aku.
Aku tak kenal dia.
Aku asing bagi dia.

.....

Aku jatuh cinta dan putus cinta pada masa yang sama.
Biar mungkin tak dapat jumpa.
Wajah konfem aku tak lupa.
Mata rekod semua.
Yakin.
Dia..Cinta.

Bila Korea datang Menjelma.

May 21, 2009 § 2

Korea.
Jauh dari mata.
Tapi muzik dan karya mereka sampai juga ke Malaysia.

Yang penting mereka disedari oleh ramai.
Tidak ketinggalan aku.
Aku di sini tidak berminat pada drama memaksa air mata dari mereka.
Yang dari maksud aku..
Drama-drama yang menembusi negara kita seperti Winter Sonata, Boys Over Flowers dan sewaktu dengannya.

Tapi aku jatuh cinta juga.
Pada tiga.
Muzik mereka.Filem mereka.Komedi mereka.



Dari zaman kemunculan My Sassy Girl..(lakonan Cha Tae Hyun dan Jeon Ji Hyun)
Itu cinta pandang pertama aku.
Tahun 2004 agaknya?..Entah la.Mungkin juga 2003.
Daripada itu lagu "I Believe" yang diadaptasi dari Canon in D menjadi siulan aku.
Kemudian aku meneruskan perhubungan aku dengan karya mereka.
Tahun ke tahun..
Aku perasan..mereka ada sesuatu yang kita tak ada.
Aku puas bukak mata menonton mereka. (tapi exception kepada drama Korea la..haha.)
Puas mendengar mereka.
Puas ketawa.

Industri muzik mereka menarik.
Semua elemen mereka tak matikan.
Malah muzik lama seperti trot juga masih mampu popular.
Kalau di Malaysia,lagu 60-an,pop yeh yeh,dangdut semuanya dianggap KUNO.
Bukankah bagus kalau anak muda dihulur peluang memberi nafas baru kepada lagu lama.
Arrangement baru.Instruments moden.Teknologi bunyi baru.
Mungkin dapat menambah warna dalam industri Malaysia.
Mencuba kan tak salah.
Risiko itu mengujakan.

Komposisi lagu mereka tidak jemu didengar.
Mungkin juga kerana itu bahasa lain maka kita tak cepat bosan.
Aku lebih rela negara kita dihujani lagu mereka berbanding Indonesia.
Aku bias lagi.
Ahh..
Indonesia?
Sukar.
Tak dinafikan ada yang positif dan memberi impak juga.
Tapi kemasukan mereka terlalu melampau.
Tapi tak kisah lah negara mana.
Amerika,Afrika,Jepun,Hindustan,Korea.
Aku tetap tak suka industri muzik kita dijajah.
Maruah dimamah begitu.Tak suka.

Komedi/Pengacaraan pula..
Sangat menarik.
Sensitiviti dijaga dengan baik.
Artis mereka tak mudah melatah.
Kita ni..kalau dicuit sedikit pun dah bergaduh sini sana.

Mereka tak plastik. (tapi bukan semuanya..ada juga yang fake)
Komedian mereka berada di taraf yang boleh dibanggakan.
Malaysia hanya punya Aznil Haji Nawawi yang pernah berjaya di peringkat antarabangsa.
Dia seorang sajakah?
Bagaimana AC Mizal,Azwana Alia,Ally Iskandar,Fara Fauzana,Faizal Ismail,Afdlin Shauki?..(sekadar menyebut nama yang dapat diingati secara spontan.)
Jarang ada yang boleh membuat aku ketawa.Ada lah kadang-kadang.
Format rancangan kita juga berbeza.
Ahh..membebel.

Tapi aku tetap sayang Malaysia.
Kita ada kebanggaan kita.
PGL The Musical,P Ramlee The Musical pernah menerjah Singapura.
Nama Tiara Jacquelina,Stephen Rahman Hughes pernah disebut di persada antarabangsa.
Pat Ibrahim,Roslan Aziz antara nama yang terlibat.
Ini yang aku suka tentang Malaysia.
Teater kita hebat.
Kita boleh berbangga dengan Istana Budaya.
Bangga dengan kerja anak wayang menghidupkan dunia mereka.
Filem bebas kita juga hebat.





Pengarah yang bijaksana.
Woo Ming Jin,James Lee,Yasmin Ahmad,Mamat Khalid,Nam Ron,Liew Seng Tat,Azharr Rudin dan ramai lagi.
Khabir Bhatia juga pengarah bijaksana..tapi dia orang Malaysiakah?hahaha.tapi dia hasilkan filem Melayu.dan mungkin adalah warganegara Malaysia.
Jadi ..terima kasih pada anda.
Muzik juga maju.
Tapi tak cukup untuk membenam langsung ke tanah serangan tubi negara jiran kita.
Tapi yakin sahaja.
Masa akan membawa kita ke kemenangan.
(sekarang pun dah berkurangan rasanya serangan mereka tu..hehe)

Yang patut dirisaukan.Filem-filem basi masih tetap banyak di Malaysia.
Nak buat apa lagi..
Itulah orang Melayu.
Gembira sangat dengan apa yang dah ada.
Konsep lama.
Pembaharuan tak ada..
Bila tengok saja karya buang masa mereka..
Ahh..kecewa.
Selera tak terbuka.

Siapalah aku nak judgemental sangat kan.
Aku ni pengarah filem termasyhurkah?
Aku ni pemuzik terhebat di Bumikah?
Aku ni lawak sangat?
Kritik saja tau..kan?.Hmm..
Atas apa aku letakkan aku ini tinggi sehingga aku mendapat lesen pelepasan untuk mengutuk karyawan Malaysia begini?
Aku ada sumbangkan apa-apa ke?..hehe.

Bukan kita tak ada langsung seni.
Ada.Banyak sebenarnya.
Cuma unsur lain mengganggu penyatuan kita.
Aku cuma berkata-kata.
Menunjukkan aku sedar yang industri kita ini sedang sakit.

"Kata saja..tak ada usaha."..suara ejekan mereka.

Aku berkata-kata itu pun sudah satu usaha.
Aku ini menambah koleksi bilangan orang yang mahukan perubahan positif kita.
Aku bukannya berpangkat besar.
Aku bukannya pengerusi persatuan perfileman atau pengetua,student,lepasan bidang sedemikian?
Kalau aku berada di tempat itu aku pasti sedang merangka perancangan untuk keluar dari kepompong ini.

................termenung.mengeluh..

Sudahlah merepek dan berleter di atas sana.
Aku nak kongsi sahaja lagu ini.
Memberi maknakah buat aku?
Entahlah..anda rasa?.



Haru Haru (Day By Day) by Big Bang.


Mereka dari sana yang aku suka.

Yoo Jae Suk.
Big Bang.
Park Sung Yeon.
Lee Hyo Ri.
Kang Hye Jung.
Rain Bi.
SS501.
Kim Jong Gook.
Yoon Eun Hye.
Dong Bang Shin Ki.
FT Island.
Kim Ah Joong.

I love their MC's though.Hahaha.

by Yon Yusuff.
pening.kerja tak siap lagi..

Ibu dari Mata Awan.

May 12, 2009 § 4





10 Mei.
Hari Ibu untuk tahun 2009.
Apa yang aku buat untuk Ibu?
Aku ini..berpegang pada prinsip pemberian dari hati : Simple is Sweet.
Terus terang,aku belum sempat beli apa pun untuk Ibu.

Anak derhakakah aku kalau aku tak pernah belikan hadiah yang mahal untuk ibu?
Tak mengenang jasakah aku?
Lupa daratankah aku?
Kurang ajarkah aku?Kalau kurang..ajarlah aku.
Kenapa biarkan aku menggagau sendirian mencari erti Hari Ibu.
Kenapa biarkan aku menceroboh ketenangan kocek wang aku?
Kenapa biarkan aku pening memikirkan hadiah untuk Ibu?

Aku jeling kiri.Aku jeling kanan.
Mereka manjakan ibu mereka dengan keindahan kilauan cahaya family candlelight dinner di restoran mahal,cahaya silauan barang kemas Habib Jewel edisi terhad,cincin emas tak tahan karat.Eheh..18 karat,handbag Gucci,baju kebaya biru bercorak songket keluaran butik terkenal,majlis sambutan besar-besaran Hari Ibu dan banyak lagi usaha insan-insan yang dilahirkan beridea bijak dan berpoket kembung buncit dengan timbunan helaian wang kertas Ringgit Malaysia bagi menggembirakan ibu mereka di hari istimewa ini.

Sekali lagi aku terpukul.
Aku rasa kerdil.
Di saat ini aku rasa apa yang aku sediakan kepada ibu aku..
Seperti tidak menghargai apa yang telah dia korbankan untuk aku.
Bayangkan..
Aku hanya mampu menghadiahkan sebaris ucapan "Selamat Hari Ibu" diiring senyuman dan pelukan erat dari aku kepadanya.
Cukupkah itu?
Cukupkah untuk membalas segala yang telah dia lakukan untuk aku.
Roh dalam kepompong aku mendesak aku membelikan sesuatu yang eksklusivarios expensivos untuknya.
Di sisi yang satu lagi..
Aku pelik.
Tak cukupkah dengan ucapan ikhlas dari aku?
Apa benarkah?
Perlukah aku menghidupkan enjin motosikal aku sekarang untuk membeli hadiah-hadiah sebegitu untuk Ibu?
Aku bingung lagi..


Ah..jangan anda mengertikan luahan ini di sudut yang tidak berbeza dari aku pula.
Itu suara hati kecil aku yang bingung sahaja.
Sebenarnya..
Ibu tak pernah langsung sekalipun merungut tentang cara aku mengekspresikan perasaan aku kepadanya.
Dia tak pernah memaksa aku menyediakan satu objek yang dibalut-balut dengan kertas bercorak bunga.Diserta reben pula.Tidaklah..
Seperti siaran ulang tayang di saluran Astro,dia tetap tersenyum ayu bila lidah aku berkata,
"Selamat Hari Ibu."
Ibu tak bosan mengukir senyuman indah di bibirnya untuk aku.
Itu keikhlasan seorang Ibu.
Hebat sungguh wanita ini bagiku.
Keistimewaannya itu membuatkan aku yang biasanya bermulut puaka terduduk menyelak minda mencari kata-kata indah untuknya.
Akhirnya hanya ucapan selamat itu yang aku rasakan sesuai untuk dia.
Bagaikan mempunyai magis tersendiri,.
"Selamat Hari Ibu"..Makna dan penggunaan perkataan yang mengundang sayu.
Setiap kali aku ucapkan kalimat itu,.
Aku pasti akan terus memeluknya.Kerana..?
Aku tak nak dia nampak anak mata coklat muda aku ini tak kuat menahan butir-butir ikhlas air mata aku yang menunggu untuk menitis lembut.
Aku selalu sembunyikan "mereka" dari Ibu.
Aku nak Ibu memandang aku sebagai anak yang gagah untuk melindunginya.
Aku nak Ibu tau yang dia telah membesarkan seorang anak yang boleh dibanggakannya.
Aku nak Ibu yakin pengorbanan dia bukan sia-sia.
Aku nak Ibu melalui hari-harinya dengan hati yang berbunga-bunga.
Yang penting sekali bagi aku..
Aku nak Ibu di situ apabila aku di mercu.
Aku perlukan Ibu.
Aku sayangkan Ibu.
Kamu sentiasa disisiku..
Terima kasih Ibu.

Bila aku jatuh.
Bila aku rebah.
Bila aku bebal.
Bila aku kesal.
Aku terasa ada jari jemari yang hangat memegang bahuku dari belakang.
Di mana aku berada..Walau jauh hingga ke Kutub Utara atau di awangan angkasaraya.
Aku merasakan kehadiranmu..
Yang teristimewa,Ibu.
Sekali lagi aku nak cakap aku tak jemu.
Untuk ucapkan padamu..
TERIMA KASIH IBU.


Entri ini khas untuk Ibu tercinta..Puan Rusni Bt Taha.

Setiap hari adalah Hari Ibu untukku.
Peluk cium dari aku setiap hari untukmu Ibu.


Entah Ibu ingat atau tak.
Semasa aku kecil dulu aku menyuruhnya memanggil aku dengan nama Awan.
Kerana aku mahu melindungi Ibu dari panas silau cahaya si matahari.
Dan menurunkan hujan renyai yang menyejukkan dan menenangkan.

Walaupun sebenarnya aku taksub dengan watak yang namanya bermaksud "Awan" iaitu karakter dalam komik Pedang Setiawan.Heheh..Oh,dan Pedang Setiawan itu juga difilemkan : Storm Riders.
Ala..yang Aaron Kwok dengan Ekin Cheng berlakon tu.
Dulu aku baca komik Hong Kong karya Ma Wing Shing,Tony Wong dan ramaaai lagi.Yeah.
Hampir semua dah khatam aih.Tapi mostly dah lupa sikit jalan cerita komik-komik tu.
Mampus la nak hafal~
Boleh kata semua aku baca.Bukan Pedang Setiawan saja.Banyak lagi koleksi unggul.
Hahahahaha.
Kalau nak cakap kegilaan aku baca komik-komik tak berfaedah ni,sampai hari Ibu tahun depan pun tak habis la.
So..off I go.



Ibu..istimewa dari mata Awan.


by Yon Yusuff.
mood cintakan Ibu.ditemani foto album lama.imbau kembali memori keluarga.

Piknik Di Bawah Hujan.

May 11, 2009 § 2

Cerita kelahiran aktiviti Piknik Di Bawah Hujan.
Okeh.
14 jam sebelum bermulanya game Futsal pada 9 Mei 2009.
..................
Sedang aku merancang strategi untuk menyepak menendang menerajang bola di game futsal..tiba-tiba aku dapat satu mesej.

Versi pendek perbualan Cik Y dan Yon.

Cik Y : Yon.Jom lepak sama-sama esok.
Yon : Jom.


Eheh.Sekaligus perbualan ini layak untuk tersenarai dalam carta top 10 "Most Pendek Conversations".So..camtu la terberanaknya idea Piknik Di Bawah Hujan.
Aku diberitahu yang kena jumpak kat HQ pukul 9.30 pagi.!
(Di mana HQ kami?Oh..rumah Bashit semestinya.)
Aku pun mula menggaru-garu kepala.
Erm..pagi..aduh..pagi..nak pergi atau tak pergi?
Hehehhe..Kita Kawan!Mesti la aku sanggup bangun pagi demi anda sekalian!

Pagi selepas Futsal.
....



Adeh.lenguh kaki..
Mata pun berat cam besi tahan karat.
Tengok jam.
Tengok jam lagi.
Bukak mata luas-luas.
Berbekalkan pengalaman aku pakai jam analog selama 14 taun ni,aku telah berjaya mengecam jarum pendek jam alarm ku itu berada di nombor 9 dan hampir mendekati nombor 10.
Pukul 9.45 a.m.Baru bangun dari mimpi yang separa indah.
Jumpa sepatutnya pukul 9.30 a.m.
Dengan ini aku dah lewat 15 minit.Lalu cepat-cepat aku call Bashit.

Yon : Weh semua dah sampai ke?.(suara maintain cool n steady.)
Bash : Belum.Depa ada kat pasar lagi.
Yon : Oh.Ok.(legaaa....sempat lagi ni!)


....tuuuttt...aku matikan phone.Eheh.singkat,padat dan tepat.

Aku melangkah ke dapur.Nampak Mak tengah potong bawang.Ah!Lupa!Sardin Spesel-ku!.

Yon : Mak..awat tak kejutkan?
Mak : Tengok nyenyak je tidur.
Yon : Hehe..nyenyak la terlambat dah ni.Meh la nak buat.Mak tulun iron tudung sat.Buleh?
Mak : Buatlah.


Nasib baik Mak dah potong semua yang patut.Okeh.Tinggallah aku di dapur meneruskan masakan dan tumisan sardin resepi mamak-tak-mamak yang diturunkan dari ayah dan ibuku.Nasib baik simple wehh..Aiyah!
Orait.Siap satu tugas.

This time,I'm calling Cik Y to ask their whereabouts.

Cik Y : Kami on the way dah ni.(kedengaran bunyi bising di background perbualan)
Yon : Hah?Ye ke?(tak dapat sembunyikan kegelisahan.)
Cik Y : La..kenapa?
Yon : Er..takdak pa2.

.........tuuutttt....talian dimatikan.


Dengan kepantasan cucu Superman,aku pun mandi bertemankan ayaq sejuk bawah gunung yag disalirkan ke sistem pengairan tangki air rumah aku.Omak kau..sojuk gile.Macam tak biasa la pulak,Yon!

Okeh!.Siap semua dalam masa 27 minit.!

Start moto..and...off I go!

Sampainya kat HQ kitorang..nampak la kelibat Cik Y,Jann,Bash ngan Qidah.
Mana Wani?ala...depa kata maybe dia mai,maybe tak mai.
Nak balik kampung katanya..what?esok pi matriks hari ni jugak nak balik kampung?Aiyoh~.

Malas nak berlengah-lengah masa lagi,kami segerombolan anak muda bergerak ke destinasi yang dimaksudkan!.Tour guide rasmi,mak Bash.Penaja tikar mengkuang,makcik yang baik hati.
Kitorang pun terkedek-kedek la jalan sambil bawak makanan+minuman yang disediakan masing-masing.
Sampai je situ.Woh..ok jugak view kat sini!.Bawah pokok pulak tu.Tepi pokok buluh.Landing besstt...
Qid dan Cik Y parking keta jap.Jann pulak ikut meninggalkan aku sorang kat port ni.

Jann : Yon.Aku gi sana jap eh.Hg duduk sini.Boleh?
Yon : Takde hal.Gi la. (Dengan senyuman sweet hari ini.)


Bila aku duduk sorang kat situ..Sunyi..
Aku imbau kembali.
Memori..
Kenangan selama aku hidup 17 tahun ni.
Automatik..aku rasa rindu nak kembali.
Kembali ke mana..ke detik itu.
Kedengaran sangat cliche ayat tu.
Nak kembali la konon ke masa lampau..nak repair apa yang patut.
Aku selalu kutuk statement2 sedemikian.
Tapi sekarang..emosi aku macam mengiyakan keinginan aku untuk mengubah corak di kanvas hidup Yon yang dulu.
Comot sangat.
Aku nak koyak kanvas tu.Buat lakaran baru.Nak cantikkan lukisan hidup aku dengan warna yang sepatutnya.
Tapi.
Lupakan..manusia tak boleh mengawal masa.
Aku tak ada kuasa luarbiasa.

Ah..aku tak perasan.Jann dah ada depan mata aku.
Tunggu selang 2,3 minit.
Dengar dah suara mereka dari jauh.


Kedatangan mereka melupuskan lamunan aku.

Kembali ke agenda utama!


Cantik an?Sapa ambik..aku jugak...



Besh2.Malangnya tak banyak gambar yang dapat dikongsi kat sini.Banyak video files je.Aku pulak merakam bersama Yati.Menggunakan vid cam dia.Kameraku tak berada di sampingku hari ini!.Jadi..memory card semua ada kat dia.Aiyayayayya..Nantilah kalau ada jodoh aku ambik. :)

Ini dia gambar kami bermakan-minuman-berseronokkan-bergembiraan!
Tanpa edit ni.Ori je..







Kemudian.Dapat berita yang Wani dah sampai?!.Eh?Ye ke..
Lokasi aku adalah berdiri di dalam aliran sungai pada waktu itu.Dan sedang bergerak menyeberang ke pulau kecil di hadapan.Tiba-tiba...telinga aku menangkap satu jeritan manja dari Jann..

"Yon,Wani suruh gi ambik dia.."-jerit Jan.
"Hah?Apsal plakk.." - jerit Yon kembali.
"Taktau..dia nak hang jugak pi ambik diaaaa.." - jerit Jann samar-samar.
Yon dalam ati.."Laa..popular betoi aku ni.Permintaan ramai.Ekekekkekee.."


Aku pun pegi la fetch Wani kat HQ.Kemudian..sampai-sampai je kat sungai.
Dummm..Dusyy!!Jeng!Jeng Jeng!
HUJAN TURUN! OH NOOOO!!!
Dan di sinilah detik terciptanya kenangan Piknik Di Bawah Hujan.
Tadi cerah.Boleh pulak hujan ni gedik nak turun mengacau mood aku.Alahai..
Wani lagi besttt.Tak sempat borak-borak lagi pun.
Aku tak puas hati.Turun gak balik dalam sungai tu.Sempat la bersukaria sat dalam hujan.Lepas tu hujan ni lebat terlampau la pulak.
Kami pun cepat-cepat angkat kaki.Berlari-lari mencari tempat berlindung!
Risau aku.Kang demam pulak kawan-kawan aku ni pegi matrikulasi esok.
Semoga sihatlah hendaknya.


Kiutnya Qid memakai baju ujan.Ekekekekke~

Then kitorang balik la ke HQ.Makan-makan.Sembang-sembang.
Macaaam suasana Kedai Kopi Pek Siao pun ada.
Kebanyakan topik berkisar mengenai MATRIKULASI dan PACKING BARANG.Ehehehhe.
Tu je la isu semasa kan.Tak termasuk lawak bangang yang aku buat la.Hehe.







Oh..dan ini aku sertakan video-video tribute yang dihasilkan sepanjang perkenalan aku dengan mereka.Anda semua kawan saya!Kita Kawan!Yaaahhh!

Aku selaku perakam dan pembekal kebanyakan rakaman video tidak terlalu expose sangat.Namun,ada la muka aku terselit di mana-mana kerana kami guna dua sumber rakaman.Dari aku dan jugak Cik Y!.yang edit Cik Y la.Sebab dia rajin.Ekekekkee~





Ni vid lepas SPM.Oho..Eh.sebelum ke selepas?Aku pun tak ingat.
Memori tak buleh update dah oouh..!
Scene baling tepung yang penuh aksi itu dirakam olehku yang tak tahu malu.Ekekekeke.Sekaligus telah menjerumuskan aku dalam pertarungan tepung tu bersama-sama mereka.





Ini pulak video geng kami.Tarian sewel lagu Balloon by DBSK kat belakang tu dirakam melalui laptop-ku terchenta.Terima kasih Romeo!Ada jugak yang masa pegi SP sama-sama.Dirakam oleh ibunya Cik Y!.Dan Cik Y jugalah.Masa lepak-lepak kat sekolah pun ada.Hari Sukan,hantar buku teks..bla,bla,bla..Diedit juga oleh Cik Y~

p/s : Romeo nama laptop aku.Peace!





Ini tribute oleh Yati kepada Jann..Kiut la.Ahahahaha.~



Me and Wani tak pi Terengganu.Uuu..jeles!Aiyah..




Ni slow-mo.Adeh..Hasil rakaman video dari aku dan Cik Y.Yang ada selit muka aku,dia ambik.Yang ada selit muka dia..Aku la ambik.Eheh.




Last and of course not the least!Tribute to me!Hahahahaha.Thanx Cik Y!
Song : Loveable by Kim Jong Kook.




Yon sayang anda semua..

Nurul Hayati Hashim Amir
Nur Syazwani Mohd Basir
Haizumul Jannah Unvar Rahman
Nurul Nur Aqidah Anuar
Bashitah Abdul Kamal

Saya sayang anda yang membaca juga!Hehehehe.
Oh..tak lupa.Saya sayang skandal-skandal saya!Saya sayang orang itu.
Siapa orang itu..jeng jeng!.
Orang itu dah terbang pergi.





by Yon Yusuff.
sayang mereka semua.selamat berjaya.
menulis dan ditemani bunyi katak mengiau.

Goodbye Bakal Pelajar Matrikulasi!

May 10, 2009 § 6




Sempena pemergian bakal-bakal rakan-rakan seperjuangan ke program matrikulasi,asasi,diploma,ijazah,PHD,form 6 dan sebagainya,satu game futsal telah diadakan secara resminya di ibu kota negeri Kedah Darul Aman, iaitu bandaraya Alor Setar.

cerita 72 jam sebelum kelahiran keputusan nak main futsal ini..
Macam ibu mengandung nak sambut anak plak.Eheh.


situasi dalam Yahoo Messenger.
Perhatian! : Perbualan ini diolah semula oleh Yon kerana..beliau tak dapat mengingati secara detail mengenainya.Tapi,isinya sama je.Ni versi pendek punya.Hehe.Maafkan...

Cik X : Jom main futsal!
Yon : Jom.

Perbualan tamat.Hahahah~
Rekod chatting paling singkat tahun ini!.


Aku tak berapa nak recall dah la macam mana cik X ni ajak aku.Alalalala..
Berpegang pada fakta setakat ni, aku diinvite oleh team Blacklovers dulu pada asalnya.Kemudian aku telah murtad secara tak sengaja ke team Cupcakes.
Tapi aku setia kepada janji-janji ku.Hehehe.Admirals semua!Puas hati dengan Revive kalian?Cik X ! Puas hati dengan surat khabar Enche Khairil Azam Bin Pilus?Ekekekekeke..

Cupcakes berjaya mendapatkan hak untuk memakai baju hitam.Aku pun tak tau macam mana boleh berlaku?Ini mesti Beat punya keja la.Bagus.Bijak.
Blacklovers pulak yang kena pakai baju putih.Tukar nama la kawan2!Jadi Whitelovers.Yang pakai baju merah pun ada.Tubuh pasukan satu lagi lah!Merahlovers.
So..sepatutnya ada 4 team!

-Blacklovers
-Cupcakes
-Merahlovers
-Putihlovers

Hehehe.

Perlawanan bermula dengan bersih.Aku bagaikan menonton sekumpulan askar-askar semut menghurung bola itu seperti kiub gula yang sangat besau.Perlawanan berterusan dengan gembira..Yang sedihnya?Yang saspennya?Injured players la.Meh aku senaraikan..

Amizah - Mengalami kecederaan separa parah di kelima-lima jari.Bergolek-golek dengan Ayien akibat dihalang secara kasar oleh Aku.
Aku itu adalah Yin.Yin itu adalah..jahat.Aiya.Tak sengaja lah.Lepas tu aku pun mengurangkanlah aktiviti-aktiviti sedemikian nak mengambil keputusan untuk berehat-rehat di luar gelanggang.Nak mengurangkan kes kecederaan.Saspen betoi la.Dah la sakit semacam je aku tengok.Nasib baikk ingat nama masing-masing lagi.

Aiman Amalina - Dihempap oleh bola yang dibaling oleh keeper Blacklovers pada waktu itu iaitu Odah.Bunyi bola tu kena kepala dia,MasyaAllah..ngeri2.Ekekekkee..Mengalami shock buat sementara kemudian meneruskan permainan seperti biasa.

Nurul Nabila - Telah mengalami beberapa siri kecederaan yang tidak serius sangat.Tapi apabila kecederaan2 tersebut digabungkan,ianya menjadi satu kesakitan yang maha sakitnya.Dari repot yang diterima,beliau tak dapat tidur malam akibat daripada sakit satu badan.Ah..kasihan.Sembuh cepat,my bes fren!

Pemain-pemain lain turut mengalami kesakitan dan penderitaan seperti nama-nama di atas seperti tergolek-golek,terjatuh,terkena bola,terlanggar manusia,dihimpit ke jaring gelanggang,diasak dengan ganas dan sebagainya.
Oleh kerana terlalu ramai nak kena mention,tak larat la pulak nak tulis satu-satu.Kesimpulannya, semua cedera!Hati cedera pun dikira sekali la jugak.Eheh.Off record.




Kami hebat beraksi.hehehe.Persahabatan mi segera melalui YM ini diharap akan berkekalan.Hehehe..tingginya harapan.Sama-samalah kita berusaha demi menjadikan ia kenyataan!
Sejak dua menjak ni, penggunaan bahasa aku dikatakan mirip seperti seorang YB atau wakil rakyat yang cuba melakukan ucapan penutupan pilihan raya.Hahaha.
Macam orang tuakah aku cakap?
Baik..sama-samalah kita terus ke episod piknik pula!
Ah..sebelum itu adalah beberapa gambar yang nak aku share kat sini.




Oh..ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu di seluruh alam semesta.Inilah hari untuk aku menjadi seorang anak yang indah berkata-kata..Ecehh..
Tengah malam ni kalau aku rajin aku akan post satu blogpost tribute untuk Ibuku.

Dan juga tak lupa entri untuk piknik hari ni!Ahhh!!!


by Yon Yusuff.
dalam mood budak baik.Hari ini Hari Ibu!

Esok Futsal.Esok Hospital?

May 08, 2009 § 12

At last..FUTSAL!Lamanya tak main ni.Last aku main taun lepas la.Kat kompleks sukan.Eheh.Ponteng sekolah.Upss...
Skip this!Skip..Adeh.Tak sesuai untuk bacaan pelajar sekolah menengah.

Anyway..dalam kalut-malut nak main futsal..kene pegi hospital la esok.Oh no~
Means..kena balik awal la.
Sedih la pulak ni.I'll work it out somehow.Nak spend time dengan kawan.Tak lama nanti kami semua dah berambus sambung study.So..hutang piutang mana yang belum langsai tu nak kena face esok la jugak.Hahahaha..

Hutang rindu.
Hutang bermanja.
Hutang bergaduh kekucing anjingan.
Hutang bertepuk tendangan.
Hutang makanan dan minuman.
Hutang semua la yang ada dalam lubuk hati keramat aku ni.

Semua boleh langsai esok ke?Hahaha.Biarlah hutang tetap jadi hutang.Itu benang pengikat ketat kita semua.

Semalam memori aku direfresh semula oleh lagu Empty Decorations by Indecisive.Kudos to my friends yang bertanggungjawab memperkenalkan semula lagu ini!Haha.Seingat aku lagu ni OST Kopitiam dulu-dulu.
I looove Kopitiam.Douglas Lim!dan jugak model terkenal yang tinggi gile arnab tu..Ape nama pun lupa.Last name dia Teoh kot?Lebih kurang laa..Ahahahha.Joanna Bassey jangan lupaaa..Kiut je.

So..masa aku tensen study tadi..Aku pun ronggeng la lagu ni nak cari ketenangan sekaligus menyanyikannya ikhlas buat kawan-kawan.Ekekekekeke!
Bukan apa.aku lost sikit tadi.Cheering up myself la lebih kurang an.Hehehe.
Oh..dan gitar aku tak tuning secara sempurna.So,kualiti video pun ok-ko je.Aku saja edit bagi kekaburan sikit.Malulah muka comelku jadi tatapan ramai!Hhaahahahah!
Anyway..enjoy.

--video telah didelete--


Semasa sedang ralit khusyuk menulis di bawah cahaya lampu kalimantang.......
Jeng!Jeng!Jeeeennnnnngg...!


Wah!Tadi dapat berita yang cik Fasya Diana,cik Nurul Izzati dapat JPA!Ekekeke...Tahniah!.Semoga sukses belajar nanti.Bawa pedang dan perisai paling hebat dan selitkan di belikat sebagai semangat!
Pesanan ku..sebarkan wabak bujang di mana jua anda berada.
Bawa niat murni untuk berjuang di sana.(di mana-mana la kan.)
Yeay!bangga dengan anda berdua.
Sapa-sapa lagi kat luar sana tu yang dapat..tahniah kepada anda juga!

p/s : ini entri blog aku yang paling banyak guna perkataan TAHNIAH ni.Adeh.

Ah..sungguh bahagia la.
Ditemani bunyi cengkerik dan cicak di malam yang indah macam ni.
Berpacaran bersama buku.
Berselingkuhan dengan ilmu.
Aku pun pelik.
Sekarang dah tak sunyi macam dulu. (refer kepada Yon di zaman SPM)
Jangan harap nak pegang buku.Jeling pun tak.
Ah..sekarang aku tergedik-gedik menyelak helaian objek yang bergelar buku mencari secebis pengetahuan dari situ.
Hipokrasi membelenggu..
Aku terdiam.Fikiran tertumpu.
Meneruskan pembacaan aku..


by Yon Yusuff.
memegang buku.memegang janji aku.
memegang perut.intestin berbelit menahan lapar.
masuk dapur cari megi.dan uncang teh kegemaran.

Masa depan aku dah ada rangka.

May 06, 2009 § 15


Akhirnya..aku.Yon.Nurul Fadzillah Mohd Yusuf.

18 tahun.
Memilih Computer Science sebagai hala tuju permulaan masa depan baru aku.
Kenapa ambik Diploma Computer Science?Kenapa tak ambik asasi?
Kenapa?
Ye.aku tau.
Ada program Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer a.k.a Engineering and Computer Science.Tapi.Layak ke aku?
Heh.
Bodoh kan aku.Tanya soalan macam tu.
Ini bukan soal layak atau tak.
Mungkin aku boleh grad dengan program asasi tu.Ya.aku tau aku boleh.
Tapi..entah la.Aku kalau boleh tak nak perjudikan masa depan aku.
Sebab keyakinan aku untuk terjun ke bidang engineering tak sehebat keyakinan aku dalam bidang computering itself.Subjek engineering tu akan menjadi bebanan pada aku.
Aku yakin aku boleh.Ini bidang yang aku suka.Kenapa pulak tak boleh kan?
Tapi aku dah buat keputusan.Aku ke UiTM menyahut cabaran.
Semangat aku tambah membara pulak bila dapat UiTM.Walaupun aku kecewa tak dapat UTM..tapi UiTM tetap bagus sebagai platform aku untuk terus belajar ke peringkat yang aku idamkan.

Ini aku memeluk impian yang dekat dalam genggaman.



Seriously..
Aku ada impian.Semua orang pun ada kan..
Aku memang tak mau hidup dalam khayalan.Aku nak kesedaran!
Angan-angan.Jauhkan!

Aku maukan kejayaan terhidang depan mata aku.
Macam grilled lamb chop kuah black pepper dan 2 gelas teh o ais seperti selalu.
Aku mau jadi seperti chef yang bijak mengadun resepi menjadi satu masterpiece yang dia dapat banggakan.Makanan dia dapat menggembirakan orang yang bijak makan.Lepas tu diorang bayar bil kat kaunter depan dengan senyuman kepuasan kekenyangan.


Dia Jamie Oliver.Celebrity Chef yang berjaya.Ramai orang kenal dia..~

Macam tu la..
Aku mau kejayaan aku seperti chef itu.Kejayaan aku orang acknowledge.Orang kagum.Orang hargai.Dan aku sendiri hampir puas.
Hmm..kenapa hampir puas?..Mudah.Aku takkan puas.Sampai bila-bila.Ya,aku tamak.
Biar la.Asal aku dapat apa yang aku nak.

Kali ni, aku mau apa yang aku kejar tu..kesampaian tangan ni nak genggam ketat-ketat.
Tiada lagi Yon yang penuh dengan muslihat.Tiada lagi Yon yang sikit-sikit nak tunjuk hebat.Konon jagoan silat?.Haha.Tidaklah..
Aku takkan tunjuk hebat lagi bila dah hebat nanti.

Semalam aku santai dengan rakan lama di ruang Yahoo Messenger.Naimah Mohamad namanya rakan itu.
Nasihat demi nasihat dia humban ke muka aku.Rasa macam kena pelempang halimunan pun ada.Dia ingatkan aku yang hidup kita ni kejap kat bawah,kejap kat atas.
Betul kata dia.Bagi aku, hidup aku sekarang ni ada di bawah.
Sekarang zaman aku kena belasah.
Zaman aku susah.
Siapa yang salah?Aku sendiri yang cari sawan babi free.
Sakit menggelupur dan lepas tu..rebah.
Dulu masa ada di atas,aku lupa.Aku lalai.Aku leka.Hanyut dengan dunia.
Sekarang nasib la.Tuhan betul-betul nak duga.Ah..moga diampun segala dosa.
Aku malu.Malaikat kiri kanan dah lama tak catat pahala.Tapi aku bersyukur aku dapat balasan di dunia.Sekurang-kurangnya aku diberi peluang untuk disedarkan oleh Tuhan Yang Esa.Tiada orang yang sempurna tapi semua orang boleh berjaya.




Berjaya dalam konteks hidup aku, bukan wang ringgit ditambah harta pusaka keliling dunia.Aku pun tak tahu bila aku akan berjaya..Pastinya aku akan biar satu dunia sedar yang aku berjaya.Aku akan cuba berjaya sampai ke hujung nyawa.




Langkah akan bermula Jun ini.Aku sudah mula mencari lubang-lubang ilmu yang dapat aku tuju sebelum aku mula berperang.Aku nak cari pedang yang sesuai untuk bertikam dengan ilmu.Yang tajam.Nak cari perisai yang kebal,tangkis semua godaan hasutan makhluk jahanam.Aku buntangkan mata.. buat tempoh beberapa bulan ni dan aku rasa aku terjumpa kekuatan yang aku perlukan.
Ada dalam diri sendiri,aku yang malas cari..Kenapa aku tak sedar dari awal lagi..Rugi!

Ini buku yang dicilok kat Computer Lab SMKB.Cikgu Maraziah punya.Tengkiu cikgu bagi pinjam..
Selak punya selak......

Laaa!!belajar balik yang dulu-dulu.Cuma lebih detail..dan banyak la jugak tajuk baru.
Err..actually..SANGAT detail.Takpe.Yakin boleh la.




Jadi.Aku akan usaha..haha.
Tapi Yon tetap Yon.Aku tak berubah untuk perubahan ini.
Kawan kamu semua tak hilang.Tetap ada di sini.
Aku takkan lupa untuk berjaya.Itu saja.



by Yon Yusuff.
aku nampak cahaya.ia ada.kurung cahaya itu dalam diri.jangan terlepas lagi.

Aiyo.Baru perasan rupanya aku ditag!

May 05, 2009 § 8

Ini ditag oleh Izyan Izzati.Alamak.Sudah lama tapi tak bukak ah.
Hehehe.OK lah.Ini diaaaa..



Adakah anda suka blogging?Kenapa?
-Err..entah?Sebab..aku suka petik papan kekunci laptop ni kot.

Blog siapa yang anda selalu skodeng?Nyatakan 5(buat masa ini)
-nekmah
-amy ikram ismail
-izyan izzati
-marlynn
-nurul izzati

Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda?Yang boleh menyayangi anda sepenuh hati?Siapakah orang itu?
-Aaa..dia sudah terbang pergi.sekian.terima kaseh.no further question.

Taken or single?Mana lg bagus?
-bujang itu bahagia.

Pernah tak cinta anda tidak dibalas?
-Setakat ni..chenta aku bukan milik sesiapa la.

Ciri2 idaman bf/gf anda?Nyatakan 5(betolkan sikit:suami/isteri)
-Tah.takde ciri spesifik.Jodoh akan tiba dengan sendirinya.

Pada umur berapakah anda merancang untuk berkahwin?
-Ni pun satu lagi.Jodoh akan tiba dengan sendirinya.

Nak berapa anak?
-Saya ini kawin pun belum..tak boleh gatai nak bajet anak berapa.

Lucky person yang anda ingin tag:

-izzati
-nyny
-nekmah

*happy meppy tagging*



Aku nak buat gak satu gi.Ada kat page Yan.Walaupun tak tag aku dah,aku nak buat jugak!


1.Apakah hubungan awak dan dia?
Siapa dia?Kawan kot.Hehehe..

2. 5 impressions terhadap si dia?
1. Tinggi dari saya.tapi beberapa cm sahajaa..Jom sama-sama makan appeton!haha.
2. segak.suka ketawa.
3. ada lesung pipit.kiut.hahaha.
4. manja mungkin?biasalah orang kaya.
5. selalu hilang tak dapat dikesan.buat saya rindukan dia laa..

3. Perkara paling memorable yang dilakukan kat awak?
Meninggalkan saya jauh ke luar negara.Hahahaha.Panggilan terakhir sebelum naik kapal terbang.Pesanan supaya jangan lupakan suara dia.Adeh.jiwang laa..

4.perkara paling memorable yang dia kata pada awak?
"Takde pape"..Hahaha.Ingat sampai bila-bila.

5.Kalau dia kekasih awak..awak akan.
Oh?mungkinkah?teman biasa sajaa..

6.Kalau dia jadi musuh awak..awak akan
Saya ini jahat.Tapi mungkin saya tak akan buat apa-apa.

7.Kalau dia kekasih awak..dia perlu improve dlm.
Entah?Dia bukan kekasih saya.

8,Kalau dia musuh awak..mungkin kerana
Saya yang menyakitkan hati dia.

9. overall impression ttg dia
Dia termasuk dalam kategori pilihan tebaek la..sesuaikah dengan saya kalau begitu?.

10.The most desirable thing to do to her /him
Senyum dengan ikhlas.dah lama tak boleh senyum kat dia. :)

11. Apakah awak rasa tentang pandangan org terhadap awk?
Hmm..saya adalah saya.tak kesah la apa orang nak kata.

12. the character of you for yourself?
I'm a jerk.dork.

13. On contrary ,the character you hate about you
Payah buat pilihan penting.

14. The most ideal person you want to be with?
Anyone who WANTS to be with me.

15. for people who like you,tell sumthing about them.
saya suka kamu semua juga!

16. Ten people you tag:
banyak la.err..
-nyny
-izzati
-nekmah
-marlynn





by Yon Yusuff.
petang.otak serabut kerana uitm bodoh.

Ke Melaka,Ke KL dan Ke Johor.

May 04, 2009 § 14

Tiring gile this weekend.Pegi merata la.
Penat2.
Save me..
Ini cerita saya.





Kisah Mat Rempit kat highway.

Memang KELAKAR.Dah la debab..ada hati nak rempit.Buat superman lak tu.Tak ke ranap moto tu weh.Adeh..
Lucu la mat!aku jarang tengok ada yang "plus size" berani wat superman.Gile siot.
Tapi hebat ar.Tak terbalik moto.Tak pancit tayar.Hahahahah!
Dah pagi lagi masa tu..ui..tak ramai mat rempit lumba ni bangun awal.Ramai!Bawak beg lagi.Aiyayayaya...
Yang paling tak tahan..
Boxer pun kaler PINK!Adoiii...tak jantan la mat,kau rempit pakai pink.
Bajet kiut kah..aduh~
Menyelit tak tentu pasal.Aku hantam b****t lu orang baru tau.
Heheh.Suka hati je aku cakap.Aku bawak moto pun cam hawau!

~Fin.Ketawa bersama keluarga dalam kereta.


Sampai di KL.Ery&Ita's House!Oh yea..
Benda 1st yang aku buat adalah...main PS2!Hahaha.
Macam syurga game la rumah abang aku ni.Semua CDgames yang beli tu,semua dia dah main habis.Otai gile siot.
Aku,Ery,Fizy memang hantu komputer.Main memang tak ingat dunia.Abang sulung tak sangat.Matured la konon..Ceh.hantu jugak tu.Cuma dah kurang sikit sekarang.Anak ramai.Ekekekeke~


Aku jeling-jeling..ada game baru.

Yon : "Weh ni dua (dua CD) baru an?Grafik cantik tak?".
Ery : "A'ah.Ok.biasa.Tak sakit mata la main lama pun."
Yon : "Yang mana best?Aku nak main satu je ni.Bukan leh main lama2.Lusa nak balik."
Ery : "Yang tu." (dia tunjuk CD Persona 4 @ P4)




Review aku psal game ni : Intro dia boring gila.Macam tengok anime pun ada.Cakaaaap je banyak.Tapi Ery cakap game cam RPG gak.Aku pun sabau je la.Then,lama-lama bila banyak plot dah masuk,baru la aku paham storyline dia.Adeh.Overall..setakat yang aku dah main,game ni BEST ar.hehehe.Thumbs up!Game ni kena perah otak banyak ar.Tak macam game biasa.Banyak quest,banyak benda kena buat.Memang boleh rasa sikit-sikit la kehidupan watak game tu.

My character's name : Yon Yusuff.Mesti la.Dah nama aku.Hahaha.
If interested,you guys out there yang tak pernah lagi try game ni,err..try la.Ok je.Menarik.
Kebanyakannya CDgames kat rumah Ery aku dah try.Hahaha.Dynasty Warrior memang game lepas tensen.Hahahaha.Oh..dan terbaru ada game Naruto Shippuden.Ok gak!.

~Fin.Hanyut dalam dunia saya.


Beli barang kemas.Ahhh~merimaskan.



Punya lama daaa mau pilih.Just pick one la weh.Hahaha~
Semua tempat pegi!You name it..
Poh Kong,Wah Chan,Habib Jewel, dan banyak lagi.Sangat penat mencari..

Sebab boring termelampau sangat,so aku pegi beli ini.



Haha.pink semua wei!Adeh.Banyak jodoh la dengan objek pink sejak akhir-akhir ini.Oh Tidaaakk!!

~Fin.Akhirnya dapat yang dihajati.



Makan di kedai Linda Onn : Asam Pedas.

Memang pedas!Haahhahaa.Makan kat sini tak boleh selalu.Sakit perut ouh makan banyak-banyak.Pedas memang kaw ar.Sedap dan pedas.Ok la..boleh la.
Pedih instestine aku weh.
Pekena teh o ais dua gelas.Cunnn...





Ohh..balik!


Kemudiann...lepak di Ampang.Beli belah hardware komputer.Usha je.Tak beli pn.Hahaha.
Bajet lari.haha~


Kemudian..balik,main game,makan,main game dan tidur.

Pastu balik KEDAH!Ahh..Home Sweet Home.

~Fin.Itulah perjalanan setelah diringkaskan.



Pink lagi..





by Yon Yusuff.
risaukan masa depan.tak makan nasi lagi hari ni.