
10 Mei.
Hari Ibu untuk tahun 2009.
Apa yang aku buat untuk Ibu?
Aku ini..berpegang pada prinsip pemberian dari hati : Simple is Sweet.
Terus terang,aku belum sempat beli apa pun untuk Ibu.
Anak derhakakah aku kalau aku tak pernah belikan hadiah yang mahal untuk ibu?
Tak mengenang jasakah aku?
Lupa daratankah aku?
Kurang ajarkah aku?Kalau kurang..ajarlah aku.
Kenapa biarkan aku menggagau sendirian mencari erti Hari Ibu.
Kenapa biarkan aku menceroboh ketenangan kocek wang aku?
Kenapa biarkan aku pening memikirkan hadiah untuk Ibu?
Aku jeling kiri.Aku jeling kanan.
Mereka manjakan ibu mereka dengan keindahan kilauan cahaya family candlelight dinner di restoran mahal,cahaya silauan barang kemas Habib Jewel edisi terhad,cincin emas tak tahan karat.Eheh..18 karat,handbag Gucci,baju kebaya biru bercorak songket keluaran butik terkenal,majlis sambutan besar-besaran Hari Ibu dan banyak lagi usaha insan-insan yang dilahirkan beridea bijak dan berpoket kembung buncit dengan timbunan helaian wang kertas Ringgit Malaysia bagi menggembirakan ibu mereka di hari istimewa ini.
Sekali lagi aku terpukul.
Aku rasa kerdil.
Di saat ini aku rasa apa yang aku sediakan kepada ibu aku..
Seperti tidak menghargai apa yang telah dia korbankan untuk aku.
Bayangkan..
Aku hanya mampu menghadiahkan sebaris ucapan "Selamat Hari Ibu" diiring senyuman dan pelukan erat dari aku kepadanya.
Cukupkah itu?
Cukupkah untuk membalas segala yang telah dia lakukan untuk aku.
Roh dalam kepompong aku mendesak aku membelikan sesuatu yang eksklusivarios expensivos untuknya.
Di sisi yang satu lagi..
Aku pelik.
Tak cukupkah dengan ucapan ikhlas dari aku?
Apa benarkah?
Perlukah aku menghidupkan enjin motosikal aku sekarang untuk membeli hadiah-hadiah sebegitu untuk Ibu?
Aku bingung lagi..
Ah..jangan anda mengertikan luahan ini di sudut yang tidak berbeza dari aku pula.
Itu suara hati kecil aku yang bingung sahaja.
Sebenarnya..
Ibu tak pernah langsung sekalipun merungut tentang cara aku mengekspresikan perasaan aku kepadanya.
Dia tak pernah memaksa aku menyediakan satu objek yang dibalut-balut dengan kertas bercorak bunga.Diserta reben pula.Tidaklah..
Seperti siaran ulang tayang di saluran Astro,dia tetap tersenyum ayu bila lidah aku berkata,
"Selamat Hari Ibu."
Ibu tak bosan mengukir senyuman indah di bibirnya untuk aku.
Itu keikhlasan seorang Ibu.
Hebat sungguh wanita ini bagiku.
Keistimewaannya itu membuatkan aku yang biasanya bermulut puaka terduduk menyelak minda mencari kata-kata indah untuknya.
Akhirnya hanya ucapan selamat itu yang aku rasakan sesuai untuk dia.
Bagaikan mempunyai magis tersendiri,.
"Selamat Hari Ibu"..Makna dan penggunaan perkataan yang mengundang sayu.
Setiap kali aku ucapkan kalimat itu,.
Aku pasti akan terus memeluknya.Kerana..?
Aku tak nak dia nampak anak mata coklat muda aku ini tak kuat menahan butir-butir ikhlas air mata aku yang menunggu untuk menitis lembut.
Aku selalu sembunyikan "mereka" dari Ibu.
Aku nak Ibu memandang aku sebagai anak yang gagah untuk melindunginya.
Aku nak Ibu tau yang dia telah membesarkan seorang anak yang boleh dibanggakannya.
Aku nak Ibu yakin pengorbanan dia bukan sia-sia.
Aku nak Ibu melalui hari-harinya dengan hati yang berbunga-bunga.
Yang penting sekali bagi aku..
Aku nak Ibu di situ apabila aku di mercu.
Aku perlukan Ibu.
Aku sayangkan Ibu.
Kamu sentiasa disisiku..
Terima kasih Ibu.
Bila aku jatuh.
Bila aku rebah.
Bila aku bebal.
Bila aku kesal.
Aku terasa ada jari jemari yang hangat memegang bahuku dari belakang.
Di mana aku berada..Walau jauh hingga ke Kutub Utara atau di awangan angkasaraya.
Aku merasakan kehadiranmu..
Yang teristimewa,Ibu.
Sekali lagi aku nak cakap aku tak jemu.
Untuk ucapkan padamu..
TERIMA KASIH IBU.
Entri ini khas untuk Ibu tercinta..Puan Rusni Bt Taha.
Setiap hari adalah Hari Ibu untukku.
Peluk cium dari aku setiap hari untukmu Ibu.
Entah Ibu ingat atau tak.
Semasa aku kecil dulu aku menyuruhnya memanggil aku dengan nama Awan.
Kerana aku mahu melindungi Ibu dari panas silau cahaya si matahari.
Dan menurunkan hujan renyai yang menyejukkan dan menenangkan.
Walaupun sebenarnya aku taksub dengan watak yang namanya bermaksud "Awan" iaitu karakter dalam komik Pedang Setiawan.Heheh..Oh,dan Pedang Setiawan itu juga difilemkan : Storm Riders.
Ala..yang Aaron Kwok dengan Ekin Cheng berlakon tu.
Dulu aku baca komik Hong Kong karya Ma Wing Shing,Tony Wong dan ramaaai lagi.Yeah.
Hampir semua dah khatam aih.Tapi mostly dah lupa sikit jalan cerita komik-komik tu.
Mampus la nak hafal~
Boleh kata semua aku baca.Bukan Pedang Setiawan saja.Banyak lagi koleksi unggul.
Hahahahaha.
Kalau nak cakap kegilaan aku baca komik-komik tak berfaedah ni,sampai hari Ibu tahun depan pun tak habis la.
So..off I go.

Ibu..istimewa dari mata Awan.
by Yon Yusuff.
mood cintakan Ibu.ditemani foto album lama.imbau kembali memori keluarga.
wah2..
terharu aku bca..isk3..
aku pun terharu menulis.
awan??
suami wulan ka??
gegege~
cait~
apa plak wulan neh.
ta layan la cita indon.muhahaha~