Jauh dari mata.
Tapi muzik dan karya mereka sampai juga ke Malaysia.
Yang penting mereka disedari oleh ramai.
Tidak ketinggalan aku.
Aku di sini tidak berminat pada drama memaksa air mata dari mereka.
Yang dari maksud aku..
Drama-drama yang menembusi negara kita seperti Winter Sonata, Boys Over Flowers dan sewaktu dengannya.
Tapi aku jatuh cinta juga.
Pada tiga.
Muzik mereka.Filem mereka.Komedi mereka.

Dari zaman kemunculan My Sassy Girl..(lakonan Cha Tae Hyun dan Jeon Ji Hyun)
Itu cinta pandang pertama aku.
Tahun 2004 agaknya?..Entah la.Mungkin juga 2003.
Daripada itu lagu "I Believe" yang diadaptasi dari Canon in D menjadi siulan aku.
Kemudian aku meneruskan perhubungan aku dengan karya mereka.
Tahun ke tahun..
Aku perasan..mereka ada sesuatu yang kita tak ada.
Aku puas bukak mata menonton mereka. (tapi exception kepada drama Korea la..haha.)
Puas mendengar mereka.
Puas ketawa.
Industri muzik mereka menarik.
Semua elemen mereka tak matikan.
Malah muzik lama seperti trot juga masih mampu popular.
Kalau di Malaysia,lagu 60-an,pop yeh yeh,dangdut semuanya dianggap KUNO.
Bukankah bagus kalau anak muda dihulur peluang memberi nafas baru kepada lagu lama.
Arrangement baru.Instruments moden.Teknologi bunyi baru.
Mungkin dapat menambah warna dalam industri Malaysia.
Mencuba kan tak salah.
Risiko itu mengujakan.
Komposisi lagu mereka tidak jemu didengar.
Mungkin juga kerana itu bahasa lain maka kita tak cepat bosan.
Aku lebih rela negara kita dihujani lagu mereka berbanding Indonesia.
Aku bias lagi.
Ahh..
Indonesia?
Sukar.
Tak dinafikan ada yang positif dan memberi impak juga.
Tapi kemasukan mereka terlalu melampau.
Tapi tak kisah lah negara mana.
Amerika,Afrika,Jepun,Hindustan,Korea.
Aku tetap tak suka industri muzik kita dijajah.
Maruah dimamah begitu.Tak suka.
Komedi/Pengacaraan pula..
Sangat menarik.
Sensitiviti dijaga dengan baik.
Artis mereka tak mudah melatah.
Kita ni..kalau dicuit sedikit pun dah bergaduh sini sana.
Mereka tak plastik. (tapi bukan semuanya..ada juga yang fake)
Komedian mereka berada di taraf yang boleh dibanggakan.
Malaysia hanya punya Aznil Haji Nawawi yang pernah berjaya di peringkat antarabangsa.
Dia seorang sajakah?
Bagaimana AC Mizal,Azwana Alia,Ally Iskandar,Fara Fauzana,Faizal Ismail,Afdlin Shauki?..(sekadar menyebut nama yang dapat diingati secara spontan.)
Jarang ada yang boleh membuat aku ketawa.Ada lah kadang-kadang.
Format rancangan kita juga berbeza.
Ahh..membebel.
Tapi aku tetap sayang Malaysia.
Kita ada kebanggaan kita.
PGL The Musical,P Ramlee The Musical pernah menerjah Singapura.
Nama Tiara Jacquelina,Stephen Rahman Hughes pernah disebut di persada antarabangsa.
Pat Ibrahim,Roslan Aziz antara nama yang terlibat.
Ini yang aku suka tentang Malaysia.
Teater kita hebat.
Kita boleh berbangga dengan Istana Budaya.
Bangga dengan kerja anak wayang menghidupkan dunia mereka.
Filem bebas kita juga hebat.



Pengarah yang bijaksana.
Woo Ming Jin,James Lee,Yasmin Ahmad,Mamat Khalid,Nam Ron,Liew Seng Tat,Azharr Rudin dan ramai lagi.
Khabir Bhatia juga pengarah bijaksana..tapi dia orang Malaysiakah?hahaha.tapi dia hasilkan filem Melayu.dan mungkin adalah warganegara Malaysia.
Jadi ..terima kasih pada anda.
Muzik juga maju.
Tapi tak cukup untuk membenam langsung ke tanah serangan tubi negara jiran kita.
Tapi yakin sahaja.
Masa akan membawa kita ke kemenangan.
(sekarang pun dah berkurangan rasanya serangan mereka tu..hehe)
Yang patut dirisaukan.Filem-filem basi masih tetap banyak di Malaysia.
Nak buat apa lagi..
Itulah orang Melayu.
Gembira sangat dengan apa yang dah ada.
Konsep lama.
Pembaharuan tak ada..
Bila tengok saja karya buang masa mereka..
Ahh..kecewa.
Selera tak terbuka.
Siapalah aku nak judgemental sangat kan.
Aku ni pengarah filem termasyhurkah?
Aku ni pemuzik terhebat di Bumikah?
Aku ni lawak sangat?
Kritik saja tau..kan?.Hmm..
Atas apa aku letakkan aku ini tinggi sehingga aku mendapat lesen pelepasan untuk mengutuk karyawan Malaysia begini?
Aku ada sumbangkan apa-apa ke?..hehe.
Bukan kita tak ada langsung seni.
Ada.Banyak sebenarnya.
Cuma unsur lain mengganggu penyatuan kita.
Aku cuma berkata-kata.
Menunjukkan aku sedar yang industri kita ini sedang sakit.
"Kata saja..tak ada usaha."..suara ejekan mereka.
Aku berkata-kata itu pun sudah satu usaha.
Aku ini menambah koleksi bilangan orang yang mahukan perubahan positif kita.
Aku bukannya berpangkat besar.
Aku bukannya pengerusi persatuan perfileman atau pengetua,student,lepasan bidang sedemikian?
Kalau aku berada di tempat itu aku pasti sedang merangka perancangan untuk keluar dari kepompong ini.
................termenung.mengeluh..
Sudahlah merepek dan berleter di atas sana.
Aku nak kongsi sahaja lagu ini.
Memberi maknakah buat aku?
Entahlah..anda rasa?.
Haru Haru (Day By Day) by Big Bang.
Mereka dari sana yang aku suka.
Yoo Jae Suk.
Big Bang.
Park Sung Yeon.
Lee Hyo Ri.
Kang Hye Jung.
Rain Bi.
SS501.
Kim Jong Gook.
Yoon Eun Hye.
Dong Bang Shin Ki.
FT Island.
Kim Ah Joong.
I love their MC's though.Hahaha.
by Yon Yusuff.
pening.kerja tak siap lagi..
hahah..
ank neyhhh mang pengkritik yang setia sunggoh..wakakaaka
hahhaaha..kritik jgn tak kritik.