Esok Futsal.Esok Hospital?

May 08, 2009 § 12

At last..FUTSAL!Lamanya tak main ni.Last aku main taun lepas la.Kat kompleks sukan.Eheh.Ponteng sekolah.Upss...
Skip this!Skip..Adeh.Tak sesuai untuk bacaan pelajar sekolah menengah.

Anyway..dalam kalut-malut nak main futsal..kene pegi hospital la esok.Oh no~
Means..kena balik awal la.
Sedih la pulak ni.I'll work it out somehow.Nak spend time dengan kawan.Tak lama nanti kami semua dah berambus sambung study.So..hutang piutang mana yang belum langsai tu nak kena face esok la jugak.Hahahaha..

Hutang rindu.
Hutang bermanja.
Hutang bergaduh kekucing anjingan.
Hutang bertepuk tendangan.
Hutang makanan dan minuman.
Hutang semua la yang ada dalam lubuk hati keramat aku ni.

Semua boleh langsai esok ke?Hahaha.Biarlah hutang tetap jadi hutang.Itu benang pengikat ketat kita semua.

Semalam memori aku direfresh semula oleh lagu Empty Decorations by Indecisive.Kudos to my friends yang bertanggungjawab memperkenalkan semula lagu ini!Haha.Seingat aku lagu ni OST Kopitiam dulu-dulu.
I looove Kopitiam.Douglas Lim!dan jugak model terkenal yang tinggi gile arnab tu..Ape nama pun lupa.Last name dia Teoh kot?Lebih kurang laa..Ahahahha.Joanna Bassey jangan lupaaa..Kiut je.

So..masa aku tensen study tadi..Aku pun ronggeng la lagu ni nak cari ketenangan sekaligus menyanyikannya ikhlas buat kawan-kawan.Ekekekekeke!
Bukan apa.aku lost sikit tadi.Cheering up myself la lebih kurang an.Hehehe.
Oh..dan gitar aku tak tuning secara sempurna.So,kualiti video pun ok-ko je.Aku saja edit bagi kekaburan sikit.Malulah muka comelku jadi tatapan ramai!Hhaahahahah!
Anyway..enjoy.

--video telah didelete--


Semasa sedang ralit khusyuk menulis di bawah cahaya lampu kalimantang.......
Jeng!Jeng!Jeeeennnnnngg...!


Wah!Tadi dapat berita yang cik Fasya Diana,cik Nurul Izzati dapat JPA!Ekekeke...Tahniah!.Semoga sukses belajar nanti.Bawa pedang dan perisai paling hebat dan selitkan di belikat sebagai semangat!
Pesanan ku..sebarkan wabak bujang di mana jua anda berada.
Bawa niat murni untuk berjuang di sana.(di mana-mana la kan.)
Yeay!bangga dengan anda berdua.
Sapa-sapa lagi kat luar sana tu yang dapat..tahniah kepada anda juga!

p/s : ini entri blog aku yang paling banyak guna perkataan TAHNIAH ni.Adeh.

Ah..sungguh bahagia la.
Ditemani bunyi cengkerik dan cicak di malam yang indah macam ni.
Berpacaran bersama buku.
Berselingkuhan dengan ilmu.
Aku pun pelik.
Sekarang dah tak sunyi macam dulu. (refer kepada Yon di zaman SPM)
Jangan harap nak pegang buku.Jeling pun tak.
Ah..sekarang aku tergedik-gedik menyelak helaian objek yang bergelar buku mencari secebis pengetahuan dari situ.
Hipokrasi membelenggu..
Aku terdiam.Fikiran tertumpu.
Meneruskan pembacaan aku..


by Yon Yusuff.
memegang buku.memegang janji aku.
memegang perut.intestin berbelit menahan lapar.
masuk dapur cari megi.dan uncang teh kegemaran.

What's this?

You are currently reading Esok Futsal.Esok Hospital? at Yon Yusuff.

meta

§ 12 Response to “Esok Futsal.Esok Hospital?”