Edisi Sibuk dan Rahsia Terbongkar.

May 29, 2009 § 6

Lama tak update blog.
Ahh..been busy all this while~

Anyway..sekarang aku tengah baca satu buku ni.Sangat menarik.
Baru beli lah.
This book is kinda nice.
And..sekarang aku jadi pening dah.
Seingat aku ada satu dokumentari kat tv yang bertajuk "Alexander Bukan Zulqarnain" baru-baru ni.Lebih kurang la.Aku pun tak pasti tajuknya guna pakai Alexander@Iskandar.Yang pasti ia merujuk kepada tokoh yang sama.
Kupasan dalam buku ni pula muntah pekat membuktikan bahawa Alexander ialah Zulqarnain.Hmm...Entah la.
Aku sebenarnya tak berkesempatan pun nak tonton dokumentari tersebut.
Mungkin tajuknya saja macam tu.
Tapi yang aku pasti..Buku ni menceritakan perihal lain.(secara utamanya ia mengenai Yakjuj dan Makjuj)tapi nama tokoh ini : Alexander The Great atau Iskandar Zulqarnain disebut serba sedikit kerana mengikut sejarah, beliau dikatakan terlibat secara langsung dengan kisah Yakjuj dan Makjuj ini.
Bagi yang tak baca lagi buku ni,aku sarankan..Baca lah.
Walaupun anda bukan seorang Islam..Baru minda terbuka.
Baru sedar.


Tajuk buku ni Yakjuj&Makjuj : Bencana Di Sebalik Gunung.
Penulis buku ini Wisnu Sasongko@Muhammad Alexander.
Daftar isinya sarat dengan jawapan kepada persoalan yang selama ini terbuku dalam kotak minda aku.
16 bab dijadikan hidangan utama.
Malah ada ruangan "Kesimpulan" sebagai dessert.
Jika dicampur dengan ruangan "Bibliografi",keseluruhannya buku ini memiliki 564 m/s.
Dah habis ke aku baca?
Ya..sudah.
Tapi aku akan mengulanginya lagi.
Sekali baca tak semesti faham penuh.
Tak mahu lah nanti tersalah tafsiran atau apa.


Edisi Rahsia Terbongkar.

Satu yang aku hairan.
Masa aku Form 3 dulu..aku pernah membaca Bible.(Kitab Injil bagi Kristian)
Kawan aku marah.
"Quran pun tak kaji habis?Yang hang baca menatang ni buat apa?Sesat satgi wei!"
Itu kata dia.
Dan banyak lagi lah sumpah seranah yang aku terima.
Cuba la bagi peluang untuk aku terangkan..ni main tembaaak je terus.
Aku ada sebab sendiri.
Yang paling utama sekali ialah, Curiosity.
Aku memang berminat nak tau.
Eh.. tak salah nak kaji agama orang lain.Cuma seiringkan lah pegangan al-Quran kita selalu dengan "kajian" kita tentang agama lain itu.
Sebab tu tak semua orang baca.Takut terpengaruh.
Tapi entah apa yang merasuk aku..Aku berani.
Berani selak helaian kitab itu.
Selama aku bernafas ni tak pernah lagi la aku dengar ada orang nak convert ke Kristian sebab terbaca ayat-ayat dalam Bible.
Aku sentiasa ingat..hanya ayat-ayat al-Quran yang terindah di dunia.
Injil pun salah satu kitab kita juga pada asalnya.Cuma mereka Kristian ubah isinya.Tu yang sesat.

Bible yang aku baca ni dicetak dalam Bahasa Inggeris.
Masa aku baca..aku letak al-Quran di sebelah kanan sebagai rujukan.(juga dalam versi Bahasa Inggeris.)
Aku tak khatam pun la satu kitab ajaran agama Kristian itu.
Cuma sekadar membaca yang perlu sahaja.
Nak faham fahaman Kristian sebenarnya macam mana.
Dan..percayalah.Ada contradictions di antara al-Quran yang suci dan Bible.
Aku merujuk banyak pihak.
Sebab aku sedar bahayanya mengkaji Bible tanpa sokongan sesiapa.
Oleh itu aku bertanya kepada ramai ustaz@ustazah dan membaca buku ilmiah Islam yang lain mengenai hal ini.

Apa yang aku buat ni sebenarnya mengukuhkan lagi pegangan aku dengan ajaran agama aku sendiri yang diajar kepadaku dari kecil.
Tak ada ragu dan persoalan.Hampir semua yang wajib telah terjawab.
Aku tak tau nak explain macam mana apa yang aku dah discover.
Senang cakap..KENA BACA SENDIRI.
Tapi aku tak galakkan la.Nanti terpesong salahkan aku pulak.
Dan memang sepatutnya tak payah baca pun tak apa.
Senang cakap.dari pengalaman sendiri..
Aku berani kata yang Islam adalah agama yang benar.


Wah..pengakuan berani mati kat atas tu.
Takut jugak nak post sebenarnya.
Cuma berkongsi cerita.Sebagai ingatan.



by Yon Yusuff.
berani kerana benar.tak salah.sedang membaca buat kali kedua.

What's this?

You are currently reading Edisi Sibuk dan Rahsia Terbongkar. at Yon Yusuff.

meta

§ 6 Response to “Edisi Sibuk dan Rahsia Terbongkar.”