Okeh.
14 jam sebelum bermulanya game Futsal pada 9 Mei 2009.
..................
Sedang aku merancang strategi untuk menyepak menendang menerajang bola di game futsal..tiba-tiba aku dapat satu mesej.
Versi pendek perbualan Cik Y dan Yon.
Cik Y : Yon.Jom lepak sama-sama esok.
Yon : Jom.
Eheh.Sekaligus perbualan ini layak untuk tersenarai dalam carta top 10 "Most Pendek Conversations".So..camtu la terberanaknya idea Piknik Di Bawah Hujan.
Aku diberitahu yang kena jumpak kat HQ pukul 9.30 pagi.!
(Di mana HQ kami?Oh..rumah Bashit semestinya.)
Aku pun mula menggaru-garu kepala.
Erm..pagi..aduh..pagi..nak pergi atau tak pergi?
Hehehhe..Kita Kawan!Mesti la aku sanggup bangun pagi demi anda sekalian!
Pagi selepas Futsal.
....
Adeh.lenguh kaki..
Mata pun berat cam besi tahan karat.
Tengok jam.
Tengok jam lagi.
Bukak mata luas-luas.
Berbekalkan pengalaman aku pakai jam analog selama 14 taun ni,aku telah berjaya mengecam jarum pendek jam alarm ku itu berada di nombor 9 dan hampir mendekati nombor 10.
Pukul 9.45 a.m.Baru bangun dari mimpi yang separa indah.
Jumpa sepatutnya pukul 9.30 a.m.
Dengan ini aku dah lewat 15 minit.Lalu cepat-cepat aku call Bashit.
Yon : Weh semua dah sampai ke?.(suara maintain cool n steady.)
Bash : Belum.Depa ada kat pasar lagi.
Yon : Oh.Ok.(legaaa....sempat lagi ni!)
....tuuuttt...aku matikan phone.Eheh.singkat,padat dan tepat.
Aku melangkah ke dapur.Nampak Mak tengah potong bawang.Ah!Lupa!Sardin Spesel-ku!.
Yon : Mak..awat tak kejutkan?
Mak : Tengok nyenyak je tidur.
Yon : Hehe..nyenyak la terlambat dah ni.Meh la nak buat.Mak tulun iron tudung sat.Buleh?
Mak : Buatlah.
Nasib baik Mak dah potong semua yang patut.Okeh.Tinggallah aku di dapur meneruskan masakan dan tumisan sardin resepi mamak-tak-mamak yang diturunkan dari ayah dan ibuku.Nasib baik simple wehh..Aiyah!
Orait.Siap satu tugas.
This time,I'm calling Cik Y to ask their whereabouts.
Cik Y : Kami on the way dah ni.(kedengaran bunyi bising di background perbualan)
Yon : Hah?Ye ke?(tak dapat sembunyikan kegelisahan.)
Cik Y : La..kenapa?
Yon : Er..takdak pa2.
.........tuuutttt....talian dimatikan.
Dengan kepantasan cucu Superman,aku pun mandi bertemankan ayaq sejuk bawah gunung yag disalirkan ke sistem pengairan tangki air rumah aku.Omak kau..sojuk gile.Macam tak biasa la pulak,Yon!
Okeh!.Siap semua dalam masa 27 minit.!
Start moto..and...off I go!
Sampainya kat HQ kitorang..nampak la kelibat Cik Y,Jann,Bash ngan Qidah.
Mana Wani?ala...depa kata maybe dia mai,maybe tak mai.
Nak balik kampung katanya..what?esok pi matriks hari ni jugak nak balik kampung?Aiyoh~.
Malas nak berlengah-lengah masa lagi,kami segerombolan anak muda bergerak ke destinasi yang dimaksudkan!.Tour guide rasmi,mak Bash.Penaja tikar mengkuang,makcik yang baik hati.
Kitorang pun terkedek-kedek la jalan sambil bawak makanan+minuman yang disediakan masing-masing.
Sampai je situ.Woh..ok jugak view kat sini!.Bawah pokok pulak tu.Tepi pokok buluh.Landing besstt...
Qid dan Cik Y parking keta jap.Jann pulak ikut meninggalkan aku sorang kat port ni.
Jann : Yon.Aku gi sana jap eh.Hg duduk sini.Boleh?
Yon : Takde hal.Gi la. (Dengan senyuman sweet hari ini.)
Bila aku duduk sorang kat situ..Sunyi..
Aku imbau kembali.
Memori..
Kenangan selama aku hidup 17 tahun ni.
Automatik..aku rasa rindu nak kembali.
Kembali ke mana..ke detik itu.
Kedengaran sangat cliche ayat tu.
Nak kembali la konon ke masa lampau..nak repair apa yang patut.
Aku selalu kutuk statement2 sedemikian.
Tapi sekarang..emosi aku macam mengiyakan keinginan aku untuk mengubah corak di kanvas hidup Yon yang dulu.
Comot sangat.
Aku nak koyak kanvas tu.Buat lakaran baru.Nak cantikkan lukisan hidup aku dengan warna yang sepatutnya.
Tapi.
Lupakan..manusia tak boleh mengawal masa.
Aku tak ada kuasa luarbiasa.
Ah..aku tak perasan.Jann dah ada depan mata aku.
Tunggu selang 2,3 minit.
Dengar dah suara mereka dari jauh.
Kedatangan mereka melupuskan lamunan aku.
Kembali ke agenda utama!
Cantik an?Sapa ambik..aku jugak...
Besh2.Malangnya tak banyak gambar yang dapat dikongsi kat sini.Banyak video files je.Aku pulak merakam bersama Yati.Menggunakan vid cam dia.Kameraku tak berada di sampingku hari ini!.Jadi..memory card semua ada kat dia.Aiyayayayya..Nantilah kalau ada jodoh aku ambik. :)
Ini dia gambar kami bermakan-minuman-berseronokkan-bergembiraan!
Tanpa edit ni.Ori je..




Kemudian.Dapat berita yang Wani dah sampai?!.Eh?Ye ke..
Lokasi aku adalah berdiri di dalam aliran sungai pada waktu itu.Dan sedang bergerak menyeberang ke pulau kecil di hadapan.Tiba-tiba...telinga aku menangkap satu jeritan manja dari Jann..
"Yon,Wani suruh gi ambik dia.."-jerit Jan.
"Hah?Apsal plakk.." - jerit Yon kembali.
"Taktau..dia nak hang jugak pi ambik diaaaa.." - jerit Jann samar-samar.
Yon dalam ati.."Laa..popular betoi aku ni.Permintaan ramai.Ekekekkekee.."
Aku pun pegi la fetch Wani kat HQ.Kemudian..sampai-sampai je kat sungai.
Dummm..Dusyy!!Jeng!Jeng Jeng!
HUJAN TURUN! OH NOOOO!!!
Dan di sinilah detik terciptanya kenangan Piknik Di Bawah Hujan.
Tadi cerah.Boleh pulak hujan ni gedik nak turun mengacau mood aku.Alahai..
Wani lagi besttt.Tak sempat borak-borak lagi pun.
Aku tak puas hati.Turun gak balik dalam sungai tu.Sempat la bersukaria sat dalam hujan.Lepas tu hujan ni lebat terlampau la pulak.
Kami pun cepat-cepat angkat kaki.Berlari-lari mencari tempat berlindung!
Risau aku.Kang demam pulak kawan-kawan aku ni pegi matrikulasi esok.
Semoga sihatlah hendaknya.

Kiutnya Qid memakai baju ujan.Ekekekekke~
Then kitorang balik la ke HQ.Makan-makan.Sembang-sembang.
Macaaam suasana Kedai Kopi Pek Siao pun ada.
Kebanyakan topik berkisar mengenai MATRIKULASI dan PACKING BARANG.Ehehehhe.
Tu je la isu semasa kan.Tak termasuk lawak bangang yang aku buat la.Hehe.





Oh..dan ini aku sertakan video-video tribute yang dihasilkan sepanjang perkenalan aku dengan mereka.Anda semua kawan saya!Kita Kawan!Yaaahhh!
Aku selaku perakam dan pembekal kebanyakan rakaman video tidak terlalu expose sangat.Namun,ada la muka aku terselit di mana-mana kerana kami guna dua sumber rakaman.Dari aku dan jugak Cik Y!.yang edit Cik Y la.Sebab dia rajin.Ekekekkee~
Ni vid lepas SPM.Oho..Eh.sebelum ke selepas?Aku pun tak ingat.
Memori tak buleh update dah oouh..!
Scene baling tepung yang penuh aksi itu dirakam olehku yang tak tahu malu.Ekekekeke.Sekaligus telah menjerumuskan aku dalam pertarungan tepung tu bersama-sama mereka.
Ini pulak video geng kami.Tarian sewel lagu Balloon by DBSK kat belakang tu dirakam melalui laptop-ku terchenta.Terima kasih Romeo!Ada jugak yang masa pegi SP sama-sama.Dirakam oleh ibunya Cik Y!.Dan Cik Y jugalah.Masa lepak-lepak kat sekolah pun ada.Hari Sukan,hantar buku teks..bla,bla,bla..Diedit juga oleh Cik Y~
p/s : Romeo nama laptop aku.Peace!
Ini tribute oleh Yati kepada Jann..Kiut la.Ahahahaha.~
Me and Wani tak pi Terengganu.Uuu..jeles!Aiyah..
Ni slow-mo.Adeh..Hasil rakaman video dari aku dan Cik Y.Yang ada selit muka aku,dia ambik.Yang ada selit muka dia..Aku la ambik.Eheh.
Last and of course not the least!Tribute to me!Hahahahaha.Thanx Cik Y!
Song : Loveable by Kim Jong Kook.
Yon sayang anda semua..
Nurul Hayati Hashim Amir
Nur Syazwani Mohd Basir
Haizumul Jannah Unvar Rahman
Nurul Nur Aqidah Anuar
Bashitah Abdul Kamal
Saya sayang anda yang membaca juga!Hehehehe.
Oh..tak lupa.Saya sayang skandal-skandal saya!Saya sayang orang itu.
Siapa orang itu..jeng jeng!.
Orang itu dah terbang pergi.

by Yon Yusuff.
sayang mereka semua.selamat berjaya.
menulis dan ditemani bunyi katak mengiau.
hahaha..
2 arr ank..x tgk ataih lu nk ujn kat x..
tp baguihh toy ank..demi membe leteyhh lenguh sanggop ko ltk tepi..hahhaa
yahh..pastiku sanggup.
awai pagi tu cerah elok hg tau ak.
dlm pkl 1 cmtu tiba-tibaaa je ujan.
cam pa gi..