
Seperti yang kusangka...Hantu Kak Limah Balik Rumah memang menepati prediction aku. Aku sangat-sangatlah teruja nak tengok sebab ; aku nak tau apa yang Mamat Khalid nak perli lagi kali ni. Overall, pada pendapat aku, dia makin berani dalam filem ni. Sebab isu parlimen dengan politik pun dia jentik. Tak kata lagi pasai kes hubungan Indonesia-Malaysia dan peribadi sebenar negara jiran tu.
Anuar Ibrahim, Karpal Singh pun adaaaa...Hahaha. *Itu yang saya nampak saja. Bukan semestinya betul Mamat Khalid cuba buat begitu ye*
Sesungguhnya banyak sangat yang aku perasan dalam filem tu. Taktau la sama ada aku syok sorang ja kan. Aku suka cara didikan dia ni. Bagi aku pengajaran di samping bergelak ketawa. Penuh dengan isi pulak tu. Sapa cakap Mamat ni kaki merapu, aku setuju. Tapi merapu dia berilmu. Ni, renung ayat aku :
"Orang merapu akan faham orang merapu dan mereka yang tidak, perlu berusaha".
Aku takmau la bagi review macam buat sinopsis sebab aku tau ada yang tak tengok lagi. Boleh bagi cadangan suruh pi tengok ja la. Pi tengok! Tambah-tambah anak muda. Bukak minda sikit. Jangan gelak saja pulak. Tengok sekali tak cukup kalau tak betul-betul paham isi kandungan dia. Bagi aku, cerita macam ni tak kisah pun tengok banyak-banyak kali. Tak rugi duit. Umpama bayaq duit tuisyen la jugak. Dapat ilmu kalau tengok.
Masa pi tengok tu, perasan la jugak anak-anak muda dok beli tiket cerita "Aku Masih Dara" lakonan Ashraf Muslim , Farid Kamil, ex-gf Pierre dan seangkatan dengannya.(Aku tengok poster) . Pandangan pertama aku sekilas menyatakan ; cerita ni tak dapat attract aku langsung untuk tengok kat wayang. Beli CD pun takmau. Download ok. Setakat nak tengok saja-saja buleh la. Habih takdak pa nak buat. Sebab aku rasa cerita ni macam... err... takmau la kata lebih-lebih sebab aku tau ada orang suka tengok cerita macam tu. Tapi bukan aku.
"Aku Masih Dara" lebih kepada moral of the story saja. (Yang dapat aku agak hanya dari poster dan tagline). Orang cuma tengok sebab nak tengok saja. Ada jugak seketui dua budak pompuan yg angau kat Ashraf Muslim, mesti la pi tengok kan?Itulah...yang aku tak berapa nak boleh 'telan' filem sedemikian. Tengok sebab nak tengok orang yang dia suka. Aku nak tengok WATAK yang aku suka. JALAN CERITA yang aku suka. PENGAJARAN yang berguna. Tak buleh nak semboq sangat filem ni. Satgi orang kata aku berlagak macam terer. Biaq pi la aku merapu tang ni. Nak kena peringat ka? Ni blog aku wei. Tak mau baca, blah!
Sebab aku besa dah sekali tertipu tengok filem macam ni. Cis. Sebab tu la kena review gak dulu sebelum tengok.
Nah ambik. Dalam muzik video pun sempat dia letak 'something'. Sapa nampak, nampak la. Tak nampak...er...jangan dok bagi pening diri sendiri, maknanya tak dapat restu la tu untuk memahami. Hehehe. Mintak maap kurang asaman sikit.
Aku sarankan hangpa tengok. Highly recommended.
Warning : Semangat Ke"Perak"an amat hebat dalam ni.Hoho. Biasa la...macam Zombi Kampung Pisang dulu le. Teman, kome, ate, iye.
by Yon Yusuff.
che'nin. :)
terbaik hantu kak limah
hehe :P
u already watch it?? krrrr
nvm...
yati ; yep. apsalnya?jom aku nak tengok lagi!
haha. hantu kak limah mmg best. anggun dan jelita
sempoi.......
soleysoley~