18 September 2009.

September 18, 2009 § 6

Lahirnya seorang bayi lelaki.
Belum diberi nama lagi..

Muhammad ?.
Kelahiran demi kelahiran..
Rasanya..

Aku..dah lali.
4 orang anak saudara sangat memenatkan dan pada masa yang sama menyeronokkan.
Aku tak pernah ada adik.
Tak kisah kalau ada adik.
Perangai aku pun tak macam adik.
Tapi aku saaaangat menginginkan kehadiran seorang kakak.Ahh..
Hakikat perlu diterima.
Aku si bongsu.
Aku tetap bersyukur dan menyukai takdir ini.

Tak disangka..
Dia memilih tarikh 18 September 2009 untuk keluar melihat keajaiban dunia ini.
Zahirnya aku mengucapkan tahniah kepadamu.
Secara rohaniah..aku kasihan kepadamu anak kecil.
Kau akan menjalani kehidupan yang berkecamuk dengan suka dan derita bermula dari saat ini..
Aku ucapkan selamat berjaya.



Kau comel.Genetik barangkali..Kita serupa.
Hahahahaha~... ^^


Pesan aku.

.....(sigh)...(and smile of happiness..)

Selamat datang ke dunia,anak saudaraku.
Moga diberi nama yang akan dirindu.
Moga kau mempunyai personaliti sepertiku maka bolehlah kita duduk satu bangku.
Gelak tawa bercantum jadi satu.

Wahai si kecil..
Moga kau membesar menjadi seorang jantan.
Moga kau dibesarkan dengan penuh berdisiplin dan wawasan.
Moga kau menjadi seperti yang semua harapkan.

Aku hanya berpesan.
Bukan paksaan bukan untuk aku punya kepentingan.
Aku ingin yang terbaik untukmu.
Anak kecil..
Jika sempat nafas aku melihat kau dewasa..
Aku harap aku ada di tepi bila kau hiba.
Bila kau derita.
Bila kau bahagia.
Bila kau menangis meronta-ronta.
Bila kau basah dengan air mata..

Kau hanya tinggal memanggil namaku.
Aku akan ada di situ.
Sebagai teman curhatmu..

Jangan malu.
Aku sahabatmu.
Jangan malu menangis di hadapanku.

Wahai si kecil..

18 September 2009 akan aku kenang.
Itulah tarikh sahabat kecilku ini dilahirkan.
Tarikh itu dahulu sudahpun penting bagiku.
Namun pernah aku kecewakan dahulu.
Benarkanlah aku menebus kesilapanku.
Dengan menjagamu penuh perhatian.
Meskipun dari jauh aku perhatikan..
Meskipun dekat dengan penglihatan..
Ingatlah kau bahawa aku bukan sahaja sahabat tapi.. TEMAN.

Si kecilku..
Selamat Hari Lahir.


by Yon Yusuff.
currently at the hospital.2 in 1.

What's this?

You are currently reading 18 September 2009. at Yon Yusuff.

meta

§ 6 Response to “18 September 2009.”