pada suatu hari,
yang separa indah..
di dalam kelas multimedia CSC253, saya mendapati bahawa lagu nasyid sangat sedap dinyanyikan sewaktu berpuasa.
sekarang pensyarah saya tengah memberi ilmu mengenai networking. dia sedang menyentuh topik mengenai hubungan intim di antara server-client yang dimana beliau turut menconteng sedikit lukisan di papan putih bagi memahamkan para pelajar mengenai hubungan tersebut.
beliau memakai baju kurung sepersalinan berwarna merah jambu lembut.beliau memegang marker sambil menerangkan topik hari ini di hadapan.beliau sering berulang alik dari komputer induk di hadapan dengan papan putih.
nota di sini, beliau bergerak dari kiri bucu kelas ke kanan bucu kelas sepanjang tempoh pengajarannya.
tadi beliau menjadikan laptopku dan komputernya sebagai contoh LAN menggunakan fungsi bluetooth.oh tersenyum kambing tadi saya.
tadi di awal mukadimah kelas, rakan saya telah menghantar sebuah mesej dan menyebabkan ringtone saya berbunyi dengan hebatnya di dalam kelas. nota di sini, saya menggunakan ringtone power rangers. sangat malu di situ~
tapi tak mengapa saya sayang kawan saya.
dan saya bangga dengan power rangers.
sekarang kami di subtopik storage devices.
floppy disk - disket bodo yang dulu saya guna untuk main game. zaman 90-an. ada passwords nak bukak setiap level.main pingpong, mario dan sebagainya.
hard disk. - menatang moden.yang kita guna sekarang.
kemudian ada dvd. teknologi optikal yang digunakan untuk distribute multimedia dan movie Korea. (apa yang beliau cakap)
ada lagi cd recordable. murah. pensyarah selalu guna benda ni.
input devices. papan kekunci, mouse, scanner, mikropon, joisetik (joystick), pegangskrin (touchscreen) dan kunco-kunconya.. aktiviti menaip yang saya lakukan ini adalah salah satu cara untuk memasukkan data ke dalam komputer melalui input devices di mana dalam kes ini adalah cik papan kekunci.
apa saya tengah buat ni?
nak kata nota, nampak bangang sangat.
senang kata, ini bukan perkara lagho.
tambahan lagi, saya juga berpuasa. maka, saya tidak sepatutnya melakukan perkara-perkara yang boleh membawa ke arah kemaksiatan.
malahan hari ini saya nyanyi lagu nasyid saja. tak ada nyanyi pun lagu besi hitam mahupun lagu SNSD.betul, tak nyanyi langsung. (dengar je.takpa la jugak kan.)haha.
saya dah malas ni.
bila topik ni nak habis.
------
namun begitu, saya merasakan bahawa saya ini sangat tidak sedar diuntung kerana beliau sedang memberi saya ilmu pada hari ini.
ilmu yang beliau bagi juga bukan percuma.
saya bayar yuran UiTM untuk melengkapkan diri saya dengan ilmu yang secukupnya.
saya terhenti seketika menulis.
ada perkara lucu yang harus diketawakan.
crt memberi maksud caller ringtone dan carut.
percaya tak?
cathode-ray tube lah.
printer ada dua murid-murid.
laser dengan inkjet.
tadi kawan saya mengaku tolong pensyarah. ^^
jadi saya suruh dia diam. XD
saya paling suka bila beliau berkata,
"let's take a break for 5 minutes".
saya merasakan ianya bagai memberi saya 5 minit di syurga dunia.betapa indahnya perasaan apabila berhenti sebentar selepas memproses ilmu di dalam kuliah.
tiba-tiba di dalam keenakan saya menikmati tempoh waktu yang singkat ini.....
beliau berkata,
"kuiz hari ni."
"hari selasa ni tak ada kelas."
"test tak ada." -ini kemahuan saya.
kenyataannya.."test lebih awal dari tarikh asal."
tak ke bengong kepala memikirkan hal ini?
kenapa orang berpuasa selalu diduga....
saya dah nak berhenti ni.
satgi kuiz.saya bodo.kena baca la.
p/s : thanks ain hassan sbb tegur saya lama tak update blog.^^
nah gambar sikit buat penyedap mata.
by Yon Yusuff.
i'll update more soon.
hahaha..no biggie!!cesss.pomot no.tepon!!hahahaha..nti ada anak datuk bkenan ..hihihi..
hehe.but thanks anyway..
malas nak update pasal raya.
^^