Terima kasih kepada anonymous kerana sudi menegur aku yang kekhilafan ditelan arus dunia.Dia yang tak diketahui jantinanya telah mempersoalkan isu "pemakaian tudung" kepada aku.Untuk penjelasan, aku tak pernah berselindung mengenai isu ni.Malah aku pun tak pernah mendiskriminasikan sesiapa pun yang memilih untuk tidak memakai tudung.Aku faham mengenai aurat.Ya aku memang faham.Dan aku memang faham aku berdosa kerana telah menjadikan diri aku yang tidak bertudung sebagai tatapan umum.Di dunia internet tudung aku kadang-kadang terbang.Maaf lah kalau perbuatan aku itu mengguris hati sesetengah pihak.Satu yang aku nak terangkan kepada anonymous,..bukan apabila aku KELUAR SEKOLAH baru aku berubah.Aku tak pernah berubah.Sekali lagi aku nyatakan, aku tak pernah berubah.Sememangnya aku begini dari dulu.Setakat ini aku bertudung apabila ke kelas,keluar bersama teman dan sebagainya.Begitulah jua dulu dan sekarang.Tidak dinafikan juga aku pernah tidak bertudung sekali dua,tiga,empat kali.
Komen beliau aku delete.Kenapa?Hmm..ini blog aku.Maafkan aku kerana tidak jujur.Aku bukan manusia sempurna.
Ini pengakuan aku.
Aku mengaku aku tak sempurna.
Aku pun manusia yang bergelumang dengan dosa.
Cara anda komen seperti aku ini penjenayah yang perlu dikenakan hukuman tali gantung.
Kesimpulannya.
Dari dulu hingga sekarang..
Aku tak berubah.Aku tak pakai topeng.
Takkan aku nak sebarkan satu sekolah kot kat Internet ada gambar aku tak pakai tudung?Kurang bijak betul..
Tapi kalau yang tau..memang mereka tau.
Aku tak nak la hipokrit.
Mengaku alim ke..apa ke.
Insaf..
Berdasarkan satu gambar, terpelanting jauh aku dikomen.
Terus aku jadi jahat.
Terus aku ni derhaka.
Begitukah?
Insaf.
Hidayah.
Hidayah tidak boleh dipaksa.
Insaf perlukan masa.
Seandainya aku ini menghampakan.Maaf.
Aku tidak pernah beri sebarang harapan.Aku jujur menjadi diri aku.
Memang satu masalah apabila ada pihak yag baru mengetahui hal ini.
Di luar aku bertudung.Di dunia internet tudung aku kadang2 ada kadang2 tak ada.
Seandainya anda tak suka, sekurang-kurangnya cubalah menerima keadaan asal aku.
Kita semua akan mengalami klimaks perubahan satu hari nanti.
Kita tak tahu kan apa akan jadi kat masa depan..
Mungkin aku akan menjadi seperti apa yang pernah anda fikirkan, "Itulah Yon".
walhal yang terjadi berlainan dengan apa yang anda inginkan dari saya.
Maka terjadilah "Kenapa Yon macam tu?".
Kalau betul itulah persoalan yang terjadi sekarang ini..
Aku cuma nak kata..
Itulah setakat yang terdaya.
Pengakuan dah dibuat.
Maaf dipahat.
Entahlah kalau anda sedang melihat.
Sekian.
by Yon Yusuff.
calm.melihat ke luar orbit dunia.
Dulu - Sekarang : Sama
July 15, 2009 § 9
What's this?
You are currently reading Dulu - Sekarang : Sama at Yon Yusuff.
meta
- Author: Yon Yusuff
- Comments: 9 Comments
- Categories: kanvas hidup Yon
§ 9 Response to “Dulu - Sekarang : Sama”
Yon Yusuff's Current Playlist
Yon Yusuff's Formspring
Yon Yusuff's Facebook
Categories
- fazura si tanti (2)
- Kanvas Berita Harian (13)
- Kanvas Gitar Yon (12)
- Kanvas Harian (58)
- kanvas hidup Yon (65)
- kanvas kemerapuan penulisan (60)
- SNSD (12)
- Tangan Emas (12)
- Yon Yusuff (3)
Baguslah. Tapi kalau lagi bagus, garapkan klimaks perubahan ke arah kebaikan. Ok? Syabas, hang berani.
aku suka post ni!
pelik btol sume orang nak discriminate orang yg bertudung n x.
ikut kati orang tu la.
alo hidayah xsampai, xkan nak pakse2 diri.
haiyoo.
=.=
Discriminate is the most stupid word to describe the whole thing. Doriyuckey, you should'nt have said anything. Balik kampung laa.
Ok, aku terima point hang tak berubah pun. Tapi adaka aku kata semua orang pandang serong?
Terkejut sahaja.
Tolongla kepada sesiapa yang tak baca pun komen tu, jangan cakap benda bodoh.
thanks la anonymous.
aku tak tau la aku kenal hg ke x wei.
but still..thanks.
maknanya hg ambik berat pasal aku.
err..weh doriyuckey ngan anonymous jgn gado2 plak eh..haha.
lol~
apsal laa manusia ni suka menyebok hal org lain.
jga tepi kain kau sudaa~
yon is big enough to think which one is right or wrong for her.
kalau ilmu tu dh cukup baru tego org ok?
xpe dbuntu.
dia tegoq aku tanda syg la kot tu.
tapa la.
hahah~
tlg aaa
dh laa misteri
biau la.
lemau plak kalau aku terasa ngn dy.