Lagu Bernyanyi Padaku

November 11, 2009 § 0



Malam ini lagu bernyanyi pada aku.
Mimpi bawa aku berlalu.


..Ke manaku akan kau bawa?
Wahai sang mimpi..jawab soalan tanyaku.

Dari jauh sudut darjah dimensi ini.
Aku lihat kamu.
Aku usap pipimu lembut.
Tidurmu masih sahaja sepi..tidak terganggu dengan kehadiran aku.

Apa kamu sedar aku di sisimu?.
Hei.
Si bodoh yang bernama Aku ini rindu pada gerak nafasmu.

Bolehkah aku menemani tidurmu?
Tidakkah kamu merasai kehadiranku?


Bahagianya aku..
Melihatmu adalah satu keindahan sebuah kebahagiaan.
Bisakah setiap malam aku di sini denganmu?
Tolonglah..aku melutut rayu.
Aku bersumpah jari lima tidak akan berbuat macam-macam kepadanya.
Aku hanya mahu berada di samping dia.
Tolong..sang Mimpi kabulkan hasrat gila yang satu ini.
Jangan kau gusar sedikit pun.
Akan aku pergi pulang kembali setiap hari dengan rahsia ini.




by Yon Yusuff.
terbangun bersama mimpi ini.

What's this?

You are currently reading Lagu Bernyanyi Padaku at Yon Yusuff.

meta