
Tidak tahu pukul berapa.
Azan maghrib kedengaran merentasi angkasa melaung manusia kembali pulang kepada sang Pencipta.
Helaian novel ini kututup.
Aku cium bau sejadah biru bermotifkan lakaran masjid yang tak mampu aku beli pakai duit sendiri.
Hadiah ibu.
Selesai pertemuan singkat dengan-Nya.
Aku meraup wajah dan kuakhiri doa yang dimulakan dengan Bismillah dengan penyudah Amin.Ya Robbal 'Alamin.
Kabulkan doaku,ya Tuhan.
..
Sejadah akhirnya aku lipat rapi.
Pada ketika ini..
Aku dapat melihat diriku di puncak ketenangan dengan terang lampu kamar ini.
Melihat sawang ditiup lentok oleh angin kipas yang galak memutarkan bilah.
Bau cawan tinggi kopi pekat tiga paket atas meja yang kutinggal cukup-cukup untuk semut hirup.
Melihat bayangan refleksi diri di cermin adalah hobi yang sarat hipokrasi.
Aku kumpulkan nafas..menghela pula dengan penuh makna.
Bukan mengeluh..sekadar menggerakkan minda.
Aku kembali menghambakan anak mata ke novel ini.
Aku sediakan diri untuk pemahaman secara 'alami serta interpretasi yang gagah untuk aku fahami.
Eh..aku terdiam.
Cuping telinga capang ini membesar ligat mencari yang benar.
"Wajahmu mengingatkan ku,
dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkan ku,
dengan masa lalu ku.
Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Akan ku bawa dia terbang
Damai bersama bintang."
Begitu agaknya bait lagu senja yang dapat aku ingat.
Entah siapa yang memainkan lagu itu di kerusi batu betul-betul bawah kamarku.
Sebaik sahaja dirisik-risik,tajuknya "Kembali Pulang".
Karya Indonesia.Hm.
Bukan mahu bersikap 'bias' tetapi aku memang pesimis dengan sebahagian material dari sana.
Tetapi aku ini fleksibel.Andai ada sebab aku untuk memuji, apa salahnya dari mana asalnya datang.
Kata-katanya mudah.Liriknya bukan luarbiasa amat.
Tapi itulah..aku akhirnya mengiyakan kata orang.
Mitos yang terbawa ke realiti :
"Bila dah besaq nanti,tobat hang akan rasa satu feeling spesel bila hang dengaq lagu jiwang."
-Dari sahabat lama.Guru cinta pertama.
Mudah sahaja kawan kecilku itu menuturkan kenyataan itu.
Padahal kami baru menginjak 6 tahun waktu itu.
Mungkin di pihaknya,dia sudah lupa apa yang dia perturunkan padaku.Tapi aku memegang kata-kata yang ku anggap keramat di umur itu.
Saban waktu aku menunggu adakah lagu yang tercipta untukku merasai perasaan itu?
..Jawapannya tidak ada.
Lagu di atas itu?
Tidak ada kaitan denganku.
Cuma perenggan itu adalah satu anganku.
Tidak guna mengharapkan kepulangan orang yang tidak berniat untuk pulang.
Sama juga di sini.
Kesalahan di pundakku.Dia tidak merasakan apa yang aku rasa.
Malu sebenarnya.Biarlah menjadi kisah lalu yang manis untukku ingati.
Kalau diteruskan lagi pasti makin jauh aku pergi.
Kisah silam jangan dirungkai.Akan hilanglah keagungannya kalau diulang berkali dihikayatkan sejarah itu.
Seperti kisah Tuah bersaudara,bagaimana Malaysia merdeka,tamadun Mesopotamia dan sebagainya lagi yang dihimpunkan dalam silibus subjek Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia.
Digubal khas untuk anak Melayu merdeka.
Bukan aku tidak suka.Cuma bosan.Perlukah dihafal kerana niat untuk peroleh gelaran 'A' untuk menambah koleksi huruf itu di slip peperiksaan?
Panjang lebar bercerita..huruf itu juga yang menjadi koleksiku sebenarnya.Hahahh..~
Bukan mengutuk diri sendiri.
Tapi penghafal-penghafal tegar yang menghafal membabi buta dan tidak menghayati intipati sebenar kenapa Sejarah itu diajar.
....Kesimpulan?Hormati sejarah..walau sejarah apa sekalipun.Pokok pangkalnya, peristiwa yang telah berlaku dan hormati kesan-kesan serta implikasi terhadap diri sendiri.
Kerana itu sejarah hidup aku simpul rapi.Aku simpan dalam hati.
Biar manis.
Seperti makan gumpalan awan yang ditransformasi ke bentuk gula kapas merah jambu.
Atau terbang melintasi burung-burung di awangan tersenyum bersama bintang lewat malam.
Biar pahit.
Seperti tertelan sengaja akar ginseng tongkat ali di hutan kerana silap kira boleh kuat tenaga.
Atau naik haba malu di muka kerana memiliki memori yang meruntun perasaan di orang cari titik untuk mencela.
Biarlah.Aku lebih bahagia begini.
Kisah separuh tergantung kesudahannya.
Kerana aku lebih takut untuk tahu apa akhirnya terjadi.
Dan lebih baik tembok itu aku bina dahulu sebelum dia mendahului.
Sakit awalnya bukan kepalang tanggung.Tidak imbang aku di awal kesudahan ciptaan aku itu.
Entah bagaimana dia menghadapi.Tidak ingin rasanya untuk tahu.Takut rasa bersalah menggunung lebih tinggi.
Ketika itu di langit utara ini lembaran pelangi bagaikan tidak cukup tujuh warna.
Aku memujuk diri.Kawan, kalau tidak faham juga..inilah kesaktian perasaan yang menghubungkan dua manusia yang sering diperkatakan itu.
Bahagianya bahagia yang teramat.
Sakitnya sakit yang teramat.
Oh.masa mencemburui..
Sudah lewat jam 9.
Rencana kehidupan harus diteruskan.
Aku berhenti tapi akan kembali.
Pesanan yang bererti dari manusia yang tidak bererti.Hahah.
by Yon Yusuff.
jari tergerak kerana jasa baik insan yang di kerusi batu itu.kamu memberi idea saya melalut malam ini.