Calon MPP ; LAYAK bertanding

February 20, 2011 § 4


Bukan aku.
Haha~ Kawan aku.

Andai kata Yon Yusuff jadi MPP...maka itulah tanda titik berakhirnya keseimbangan pemikiran anggota panel pemilihan MPP UiTM. Lagipun nampak sedikit tak masuk akal sekiranya aku menjadi MPP. Tak gitu? Bukanlah mustahil, tapi aneh kalau itu yang berlaku.

Peranan aku hanyalah ; si pembikin poster untuk kawan aku ni.

Nah karya yang dihasilkan dalam masa 3 jam.


Photobucket
Yang pertama.



Photobucket
Yang kedua.




Aku ucapkan semoga dia berjaya terpilih. :)
Sepanjang aku kenal Najwa Md Najmuddin ni, dia orang yang OK dimata aku dan ada la nampak kewibawaan dia sebagai seorang pemimpin. Jadi molek amat lah kalau dia dapat terpilih jadi wakil suara pelajar-pelajar. Tapi dia bukan fakulti aku pun. Uh..
Tak kisahlah. Bangga saja ada kawan yang layak bertanding. Menang kalah, lain kali cerita lain. Hohohoho.

Ucapan kepada Najwa : Selamat gantung-gantung poster sekeliling UiTM. :)

Ini link kepada blog dia. (Yang dibuat khas untuk entri pasal aktiviti berkaitan MPP)

http://najwa-speaknow.blogspot.com/

Satu benda terlintas di minda..
Soalan gedik ; "Hangpa undi ka kalau Yon Yusuff masuk bertanding jawatan MPP?"
LOL.

OK. Selamat tidur. Aku mengantuk.

edit : DIA BERJAYA! = POSTER AKU BERJAYA! hahahah.
Tahniah Najwa Md Najmuddin.


by Yon Yusuff.
terlepastestharini.

Spazz !

February 19, 2011 § 4


Click for clearer view.

I have Apple wallpaper. Hypocrite much? Hahahaha.
And the music player is soooooo <3 .


by Yon Yusuff.

update.eventhough.ihavesomuchthingstodo.

OkCupid Test

February 18, 2011 § 4



Bored. So I did some tests on OkCupid.com.
(please ignore the website category. I'm only in there for fun quizzes)


Your result for The Nerd? Geek? or Dork? Test ...

Outcast Genius




57 % Nerd, 65% Geek, 52% Dork

For The Record:

A Nerd is someone who is passionate about learning/being smart/academia.


A Geek is someone who is passionate about some particular area or subject, often an obscure or difficult one.

A Dork is someone who has difficulty with common social expectations/interactions.


You scored better than half in all three, earning you the title of:
Outcast Genius.


Outcast geniuses usually are bright enough to understand what society wants of them, and they just don't care! They are highly intelligent and passionate about the things they know are *truly* important in the world. Typically, this does not include sports, cars or make-up, but it can on occassion (and if it does then they know more than all of their friends combined in that subject). Outcast geniuses can be very lonely, due to their being outcast from most normal groups and too smart for the room among many other types of dorks and geeks, but they can also be the types to eventually rule the world, ala Bill Gates, the prototypical Outcast Genius.

Congratulations!


Me?Genius?Idiot??

-----------------------------

above is my result. try it yourselves and see what you'll get. :)

http://www.okcupid.com/tests/take?testid=9935030990046738815

by Yon Yusuff.
tengokfilem.

Revelations ; Part 1

February 11, 2011 § 4



The first fanfic I've ever written (and posted on the net) is entitled ; "What If" .

Very bittersweet ending, it's safe to say I wrote it that way purposely. And being a teenager (idiot) is another factor for me to bend over to a more angst type of fic. Maybe I was just too out of love that time. XD
AND IT IS WRITTEN BASED ON PERSONAL FEELINGS.

~whew.


HAHAHAHAHA. (Apa yang aku cuba buat ni?)
Purpose of this entry?
I'm coming out of the closet as a fanfic writer. It was never a secret, it's just that you people didnt ask me about it? Malu bertanya tak tahu sampai bila-bila. :P

I started submitting my fics on the Internet around 4 or 5 years ago. After finishing my PMR, a lot have been going through my mind at that particular period. So, writing actually kinda helps me in coping with myself. (Keep Holding On!!)

Hmm..who knows you've read my fics already but you never realized it? Hahahahahaha.


I wish Dianna Agron is one of my readers. HAHAH

But writing had been my passion for quite a while now. I just decided to post it a little later. And because I thought nobody would actually read and commented. I was just lurking around the thread and (finally) found the guts to take the chance and share my collections with everyone. :)



Up until now, I probably have written 5 on-going (completed) fanfics, 3 oneshots, and maybe just 1 fourshots. Never tried collaborating with any other authors. :P

That's it. Saja nak bagitau.
and p/s, please dont try searching for my fics. hahaha. if you're meant to read em, you'll read em someday. Believe in fate. (Suddenly becoming a cheeseball)

Whatever it is, I CONFESSED ALREADY! WUHUUU! FEELS GREAT.




by Yon Yusuff.

fireworks.


Romantika Mi Cina

February 04, 2011 § 2

Photobucket

Tajuk macam haram. Hahahah.

Keeksaitedan aku bagi menulis entri ini sungguhlah gedik, melebihi tahap melihat Fasha Sandha memakai bikini. (Dah dua kali ni dok menyebut nama wanita ini, hahaha. Jangan salah erti, aku tak suka dia. XD) Mungkin aku memang sengaja menjadikan tabiat menyebut nama dia bagi menerangkan kegedikan terlampau aku. (Waterhek?)

Masa on the way nak sampai Johor tadi, kami berenti makan dengan semayang kejap kat R&R. Nak dijadikan cerita (ayat baku der), perut ini teringin nak makan sizzling mee. Oh panjangnya barisan...teringat masa sekolah rendah dulu masa beli Nasi Ayam/ Nasi Ikan. Brr..mungkin kerana mee ni cina suka makan. Ya lah nama pun Yee Mee. Memang mee depa pun. Dan sekarang ramai cina bertempiaran kerana hari ni cina raya. Dong dong chiaa dong dong chia. Anyway, sewaktu panjang berbaris dengan perasaan sabar menunggu giliran, seorang wanita India bertanyakan aku ;
Perbualan kami seperti berikut :

W.I = Wanita India
Aku = Aku la.


Aku buat cool cakap omputeh.

W.I : Where do we have to pay for this?
Aku bermonolog : Eh?Apsal dia cakap omputeh dengan aku ni? Muka aku memang stok Yon Cruise ke?
W.I : Excuse me?
Aku : *Kalut*Ahaa..yep. I think we can pay for the mee here. If not, there lah. *pointing to the counter*
W.I : Oh OK thanks.

Then she keeps on asking and asking, asking..ask ask ask..pasal banyak benda. In English, ok.. Terkebil jugak aku jawab. Biasa la Melayu tulen...omputeh tak power der.
Ada dia tanya kenapa panggil benda ni "Sizzling Mee". Dia tanya pulak sizzling tu apa. Hahhh...punggah la. Jawapan aku konpem2 la merapu kan.
Ala-ala macam ni la bunyinya ; Sizzling..aa..sizzling..you know the sound when the noodle is boiling? Yeah we call that sizzling. Mee, mee is noodle la.
Haha reaksi muka dia masa tu macam aku tengah buat lawak pulak. Eh main-main ye. Aku serius tu explain. Brrr....~
Macam aku pekerja kedai tu pun ada. Dia dok interbiu aku harga benda alah tu berapa la..ayam dah habis ke?,tinggal cendawan saja ke?, kalau tak bubuh cabai boleh mintak ke?...and semua tu, in English.

Aku punya agak la..dia ni tourist. Taktau cakap melayu. Seriously...nasib baik mood aku nala punya baik. Ini macam punya senyum

^_______________________________^

Hehe. ok sudah la pasai W.I ~
Tu mukadimah je.

Yang penting nak cerita yang ni ha! Wahahaha. Eksaited dah datang kembali..

Disebabkan nak order mi tu punya la lambat, so tinggal aku dengan mak je la yang tak makan lagi. Sebab aku kongsi dengan mak. Kenyang der. Muka abah macam muka paksa makan, so makan jugak la bagi menjaga hatinya. Gendang gendut mengalas perut.

Sebaik sahaja aku menoleh ke arah meja kami, aku mendapati ibu sedang bersalaman dengan seorang makcik yang ditemani oleh seorang gadis muda yang aku kira mungkin cucu atau anaknya. Mesra macam kenal dari tadika nampak gayanya. Kenal ke? Hati aku bercakap sendiri. (Macam tulis ayat novel remaja. Hahahaha. XD)

Aku pun angkat lah tray mi tersebut dan duduk di sebelah mak. Sambil memoyokan diri aku dengan senyuman terhebat, aku bersalam dengan 'tetamu' meja kami itu. Rupanya mak tak kenal pun mereka berdua tu, cuma tempat duduk dah penuh jadi mak offer duduk situ sekali. Entah aku pun kurang pasti samada mak yang pelawa, atau makcik tu yang bertanyakan kekosongan seat itu.

Makcik tu peramah betul. Banyak bercerita. Cucu dia kat tepi senyap je. Senyum-senyum. Nampak macam remaja, awal belasan tahun mungkin. Ketawa nenek tu bila kami berbual bersama. Oh alangkah gembira jika nenek aku masih lagi hidup di dunia ini. Rindunya pada dia.

Bersopan santun betul cucu dia kat tepi tu, gelak pun tersipu-sipu. Nasib baik keluaq jugak suara..kalau tidak aku ingat dia bisu. Simptom semua dah ada.(Tohmahan yang kurang ajar.)

Tengah bersembang-sembang, datang lagi seorang gadis ke meja itu. Kakak gadis yang seorang lagi, aku tebak. Yang ini mungkin di awal 20-an..sebaya dengan aku. Penuh sopan-santun juga tapi lebih peramah berbanding yang seorang itu. Sempat dia memberitahu dia merupakan pelajar di kolej swasta Masterskill, bahagian X-Ray. Oh bidang perubatan rupanya. Mungkin umurnya sama dengan aku. Kerana dia nampak begitu eksaited jugak bila mengetahui bahawa aku pelajar Sains Komputer semester 4 di UiTM. Hmm...


Kenapa ya?


Mereka nampak rapat sekali. Kata makcik tu, mereka 4 orang semuanya adik beradik perempuan. Oh patut la. Itu menjelaskan the sisterhood bond. (Oh comelnya)


Siap suap-suap der~


Emm..mak nampak macam dah kenal makcik ni lama. Wau. Kagum dengan skil komunikasi mak~ . Dan makcik tu jugak sangat cakap banyak. Macam-macam dia cerita. Padahal baru saja kenal. Cara dia tu membuatkan orang yang baru kenal pun senang dengan kehadiran dia.

Wanita berumur yang aku panggil 'makcik' itu sudah mempunyai rangkaian cucu yang sungguh ramai. Tapi tak nampak tua pun? Padan la boleh ngam dengan mak, dia pun awet muda (bagi aku la :P)
Cucu dia yang pertama dah berumur 25 tahun. Tapi dia nampak macam baru 60 lebih. Wau.

Tak lupa jugak 'kecomelan' cara dia menegur aku minum air kopi 'o' ais. Macam orang tua, katanya. Tersedak aku. Uhuk. Selamber dek sahaja makcik ini mempertikaikan kegemaran aku. Hanya mampu tersenyum dan berkata, "Uh..saya suka...err..minum :)".
Jangan ingat aku tak nampak, cucunya yang berdua itu asyik ketawa sahaja. Mak pun sama. Bukan nak back up aku. Malah dijoinnya kumpulan mentertawakan anak sendiri.
Aish. Nasib baik mereka berdua itu kategori segak.


Reaksi aku. =.=

Dalam kepala aku masa tu cuma pikiaq "Cepatlah habis makan." dan ianya berulang-ulang seperti kaset rosak.

Selepas beberapa minit.........
..yang membahagiakan ke?-tetapi-menyeksakan, selesai dah makan. Phew~ Lega azabku.

Kerana aku adalah manusia yang mempunyai tatatertib, maka aku pun mengikut jejak tangan mak bersalam-salaman dengan mereka.
Muka cucunya yang berdua itu masih tersenyum malu dan aku hampir saja menggigilkan tangan sendiri ketika bersalaman dengan mereka.
Oh sungguh memalukan, nasib baik aku sudah terer mengontrol diri.



Hahaha LOL~

Kan dah kata, aku alergi dengan perempuan yang baru dikenali.
Simptomnya dah menjadi kebiasaan yang dapat aku tangani. PEACE! (tiada motif)
OK sudah-sudah la bercakap dengan diri sendiri. Mari bergerak sembahyang.


*Hampir sahaja belahak masa rakaat terakhir.*
------------------------------------------------


Sepanjang perjalanan aku asyik menoleh ke tingkap ; mana tahu, kan? Tapi lepas saja simpang Batu Pahat, aku kembali menyambung pembacaanku. Tersenyum dengan diri aku yang mempercayai pengharapan yang tidak ada objektif.


by Yon Yusuff.
sebenarnyaeksaitedjumpaorangsegak.

Huargh 123.

February 02, 2011 § 0



Aku dan Pantai ; Tarikan Magnet.


Hihi tu tajuk entri seterusnya. Sekarang ni, fokus untuk ke Ipoh dulu. Yeay~
Then malam Khamis ke Johor..

Anis Najwa Mudzaffar ajak bertemu. Aku cuba usahakan. :)

Aku suka jalan jauh naik kereta. Sebab boleh berangan lama-lama. XD

Kemarin merupakan hari yang...membahagiakan. Sebab aku dan kawan-kawan menghabiskan masa bersama-sama...dan itu sudah hampir perfek bagi aku. Kerana adanya mereka, segalanya boleh buat aku ketawa berdekah (versi setan gonjeng)..meskipun isu itu adalah taik yang terlekat di bumbung kereta. Hanyalah...taik. Tapi itu pun jadi isu. Kesian taik tu... XD

Mintak maap ye kalau anda tengah makan masa baca. Banyak kali la pulak ulang pkataan taik. *Dui bu qi..* I am an insolent person at times. Takpa kan?Kan?


OK Bye.
Dah nak bertolak. Vroooom......... VRRROOOOM!


by Yon Yusuff.
kena ketuk kepala sebab masih online.

Kawan ; Kau Kena Kuat.

February 01, 2011 § 4


tolong tekan untuk previu lebih jelas.



Sesungguhnya semua orang sedang kalut dengan isu Egypt, banjir dan sebagainya. Namun, satu situasi yang bisa membuat hati Yon Yusuff bergelodak hari ini ialah ; kemalangan yang menimpa Hafiza Mohamad dan keluarganya.

Beliau..adalah salah seorang kawan aku. Memori terawal dengan insan ini adalah ; dia rakan satu section Trumpet dengan aku. Seperjuangan semasa di dalam pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma. Keluar bersama
dengan kawan-kawan lain oh entahlah sudah berapa puluh ribu kali. Dan beliau pernah melanjutkan pelajaran di UiTM Merbok dan itulah yang menemukan kami kembali.

Entah aku tak tahu apa nak tulis... Penat aku menahan ge
nangan air mata aku sekarang ni. Semuanya berlaku macam kilat, cepat sungguh sampai tak sempat aku melakukan apa-apa. Ya, pertama kali aku dengar berita itu aku jadi BLUR. Fully blur. Right after mesej Aini Athirah Shabudin sampai, aku terus call dia. Tapi engaged. Mungkin ada orang lain tengah cakap dengan dia. Jadi aku biarkan dulu..

Sampai ke hari seterusnya, aku terlupa nak follow up dengan content mesej tu, dimana aku juga tak pasti apa sebenarnya yang berlaku. Hairannya, tak
pulak aku terlintas dalam hati nak berhubung dengan Nurul Nabila Nasir, Nur Amizah Abd Wahab atau rakan-rakan lain. Entah apa yang bermain di minda aku pun, aku sendiri tak dapat nak recall. Yang pastinya aku sangat blur.

Cuma tadi baru aku konfemkan dengan Aini Athirah Shabu
din mengenai hal yang sebenarnya.

Keluarganya kemalangan. Neneknya meninggal, Ayah dan Mak Su beliau cedera parah, adik beliau masih di wad. Yang lain dalam keadaan tidak membimbangkan tapi kesan trauma itu ada. Betapa bersalahnya aku rasa apabila aku mengetahui keadaan sebenar sekarang. Ya, aku salahkan diri aku kenapa tak cari tau lebih awal pasal ni. Dengan kekalutan keluarga aku sendiri yang akan ke Johor minggu ni juga, aku tak dapat cari masa untuk pergi melawat keluarga Hafiza Mohamad.


Tapi aku janji, doa aku ada untuk mereka. Sedih sekali, itu saja yang aku boleh bantu buat masa sekarang. Seandainya aku pergi melawat sekalipun, mungkin aku akan rasa lebih bersalah kerana ianya tetap sama ; aku tak boleh buat apa-apa. Tuhan yang Maha Kuasa. Dia yang ada hak menentukan semua benda yang terja
di dalam dunia ciptaan-Nya ini.

Itu kisah Hafiza Mohamad.
Ini mengenai Maisarah Zaini pula.

Beliau juga adalah rakan seperjuangan yang dikenali melalui pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma.
Kini melanjutkan pelajaran di Moscow, Russia.

Mengenai di mana dia berada sekarang...

Pada akhir Disember lepas, beliau bersama teman-teman di Russia telah pergi bercuti ke Egypt. Ya, EGYPT.
Anda tak salah baca.

Dan sehingga sekarang status beliau tak dapat disahkan berada di mana. Aku sangatlah risau untuk keselamatannya kerana sekarang di Egypt sedang b
erlaku rusuhan untuk menggulingkan Hosni Al Mobarak. Kenapalah waktu ini yang dipilih untuk buat revolusi sebegitu.. Kenapa? Kawan aku..kawan aku.. ya Allah.
Dari apa yang dapat aku baca, flight details pun masih samar-samar di airport. Bagaimana ni? Beliau perlu keluar dari negara itu, secepat mungkin. T
idak ada jaminan bahawa sesiapa akan selamat jika terus berada di situ. Keadaan separa stabil. Entah stabil, entah tidak.

Berulang-ulang kali dalam hati aku "Ya Allah selamatkanlah dia dan umat manusia lain di sana.Pulangkanlah kawan aku dalam keadaan yang selamat dan terpelihara"
Itulah saja yang aku dapat lakukan. Berdoa.
Doa. Sejujur mungkin, seikhlas mungkin.


Amal Hayati... risaukan mereka. Beliau di Australia. Pelajar jurusan undang-undang di sana. Juga rakan seperjuangan pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma. Tadi sempat aku chat dengan beliau di Facebook. Di mana isi kandungan perbualan kami berkisar mengenai kerisauan akan Hafiza Mohamad dan Maisarah Zaini. (serta beberapa topik sensitif lain).. Oh janganlah kamu berfikir terlalu banyak. Sesungguhnya kamu membuat aku risau sekali..Tenang, ya..

Dan aku akan sentiasa menjadi teman untuk mendengarmu.

Pesan aku kepada mereka, dari jauh ; jagalah diri. jangan lupa tanggungjawab kita kepada Pencipta, ibu bapa, dan keluarga. itu
sahaja. Ini mungkin ujian.






*edit latest : ayah kawan aku Encik Muhammad sudah kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lepas. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah untuk beliau.

by Yon Yusuff.
mengharapkan semuanya akan berakhir dengan nafas lega.