Tajuk macam haram. Hahahah.
Keeksaitedan aku bagi menulis entri ini sungguhlah gedik, melebihi tahap melihat Fasha Sandha memakai bikini. (Dah dua kali ni dok menyebut nama wanita ini, hahaha. Jangan salah erti, aku tak suka dia. XD) Mungkin aku memang sengaja menjadikan tabiat menyebut nama dia bagi menerangkan kegedikan terlampau aku. (Waterhek?)
Masa on the way nak sampai Johor tadi, kami berenti makan dengan semayang kejap kat R&R. Nak dijadikan cerita (ayat baku der), perut ini teringin nak makan sizzling mee. Oh panjangnya barisan...teringat masa sekolah rendah dulu masa beli Nasi Ayam/ Nasi Ikan. Brr..mungkin kerana mee ni cina suka makan. Ya lah nama pun Yee Mee. Memang mee depa pun. Dan sekarang ramai cina bertempiaran kerana hari ni cina raya. Dong dong chiaa dong dong chia. Anyway, sewaktu panjang berbaris dengan perasaan sabar menunggu giliran, seorang wanita India bertanyakan aku ;
Perbualan kami seperti berikut :
W.I = Wanita India
Aku = Aku la.
W.I : Where do we have to pay for this?
Aku bermonolog : Eh?Apsal dia cakap omputeh dengan aku ni? Muka aku memang stok Yon Cruise ke?
W.I : Excuse me?
Aku : *Kalut*Ahaa..yep. I think we can pay for the mee here. If not, there lah. *pointing to the counter*
W.I : Oh OK thanks.
Then she keeps on asking and asking, asking..ask ask ask..pasal banyak benda. In English, ok.. Terkebil jugak aku jawab. Biasa la Melayu tulen...omputeh tak power der.
Ada dia tanya kenapa panggil benda ni "Sizzling Mee". Dia tanya pulak sizzling tu apa. Hahhh...punggah la. Jawapan aku konpem2 la merapu kan.
Ala-ala macam ni la bunyinya ; Sizzling..aa..sizzling..you know the sound when the noodle is boiling? Yeah we call that sizzling. Mee, mee is noodle la.
Haha reaksi muka dia masa tu macam aku tengah buat lawak pulak. Eh main-main ye. Aku serius tu explain. Brrr....~
Macam aku pekerja kedai tu pun ada. Dia dok interbiu aku harga benda alah tu berapa la..ayam dah habis ke?,tinggal cendawan saja ke?, kalau tak bubuh cabai boleh mintak ke?...and semua tu, in English.
Aku punya agak la..dia ni tourist. Taktau cakap melayu. Seriously...nasib baik mood aku nala punya baik. Ini macam punya senyum
^_______________________________^
Hehe. ok sudah la pasai W.I ~
Tu mukadimah je.
Yang penting nak cerita yang ni ha! Wahahaha. Eksaited dah datang kembali..
Disebabkan nak order mi tu punya la lambat, so tinggal aku dengan mak je la yang tak makan lagi. Sebab aku kongsi dengan mak. Kenyang der. Muka abah macam muka paksa makan, so makan jugak la bagi menjaga hatinya. Gendang gendut mengalas perut.
Sebaik sahaja aku menoleh ke arah meja kami, aku mendapati ibu sedang bersalaman dengan seorang makcik yang ditemani oleh seorang gadis muda yang aku kira mungkin cucu atau anaknya. Mesra macam kenal dari tadika nampak gayanya. Kenal ke? Hati aku bercakap sendiri. (Macam tulis ayat novel remaja. Hahahaha. XD)
Aku pun angkat lah tray mi tersebut dan duduk di sebelah mak. Sambil memoyokan diri aku dengan senyuman terhebat, aku bersalam dengan 'tetamu' meja kami itu. Rupanya mak tak kenal pun mereka berdua tu, cuma tempat duduk dah penuh jadi mak offer duduk situ sekali. Entah aku pun kurang pasti samada mak yang pelawa, atau makcik tu yang bertanyakan kekosongan seat itu.
Makcik tu peramah betul. Banyak bercerita. Cucu dia kat tepi senyap je. Senyum-senyum. Nampak macam remaja, awal belasan tahun mungkin. Ketawa nenek tu bila kami berbual bersama. Oh alangkah gembira jika nenek aku masih lagi hidup di dunia ini. Rindunya pada dia.
Bersopan santun betul cucu dia kat tepi tu, gelak pun tersipu-sipu. Nasib baik keluaq jugak suara..kalau tidak aku ingat dia bisu. Simptom semua dah ada.(Tohmahan yang kurang ajar.)
Tengah bersembang-sembang, datang lagi seorang gadis ke meja itu. Kakak gadis yang seorang lagi, aku tebak. Yang ini mungkin di awal 20-an..sebaya dengan aku. Penuh sopan-santun juga tapi lebih peramah berbanding yang seorang itu. Sempat dia memberitahu dia merupakan pelajar di kolej swasta Masterskill, bahagian X-Ray. Oh bidang perubatan rupanya. Mungkin umurnya sama dengan aku. Kerana dia nampak begitu eksaited jugak bila mengetahui bahawa aku pelajar Sains Komputer semester 4 di UiTM. Hmm...
Siap suap-suap der~
Emm..mak nampak macam dah kenal makcik ni lama. Wau. Kagum dengan skil komunikasi mak~ . Dan makcik tu jugak sangat cakap banyak. Macam-macam dia cerita. Padahal baru saja kenal. Cara dia tu membuatkan orang yang baru kenal pun senang dengan kehadiran dia.
Wanita berumur yang aku panggil 'makcik' itu sudah mempunyai rangkaian cucu yang sungguh ramai. Tapi tak nampak tua pun? Padan la boleh ngam dengan mak, dia pun awet muda (bagi aku la :P)
Cucu dia yang pertama dah berumur 25 tahun. Tapi dia nampak macam baru 60 lebih. Wau.
Tak lupa jugak 'kecomelan' cara dia menegur aku minum air kopi 'o' ais. Macam orang tua, katanya. Tersedak aku. Uhuk. Selamber dek sahaja makcik ini mempertikaikan kegemaran aku. Hanya mampu tersenyum dan berkata, "Uh..saya suka...err..minum :)".
Jangan ingat aku tak nampak, cucunya yang berdua itu asyik ketawa sahaja. Mak pun sama. Bukan nak back up aku. Malah dijoinnya kumpulan mentertawakan anak sendiri.
Aish. Nasib baik mereka berdua itu kategori segak.
Dalam kepala aku masa tu cuma pikiaq "Cepatlah habis makan." dan ianya berulang-ulang seperti kaset rosak.
Selepas beberapa minit.........
..yang membahagiakan ke?-tetapi-menyeksakan, selesai dah makan. Phew~ Lega azabku.
Kerana aku adalah manusia yang mempunyai tatatertib, maka aku pun mengikut jejak tangan mak bersalam-salaman dengan mereka.
Muka cucunya yang berdua itu masih tersenyum malu dan aku hampir saja menggigilkan tangan sendiri ketika bersalaman dengan mereka.
Oh sungguh memalukan, nasib baik aku sudah terer mengontrol diri.
Hahaha LOL~
Kan dah kata, aku alergi dengan perempuan yang baru dikenali.
Simptomnya dah menjadi kebiasaan yang dapat aku tangani. PEACE! (tiada motif)
OK sudah-sudah la bercakap dengan diri sendiri. Mari bergerak sembahyang.
*Hampir sahaja belahak masa rakaat terakhir.*
------------------------------------------------
Sepanjang perjalanan aku asyik menoleh ke tingkap ; mana tahu, kan? Tapi lepas saja simpang Batu Pahat, aku kembali menyambung pembacaanku. Tersenyum dengan diri aku yang mempercayai pengharapan yang tidak ada objektif.
by Yon Yusuff.
sebenarnyaeksaitedjumpaorangsegak.
hii i see what u did there ;P
expressing feelings with gif FTW~ YAY! :DD
hehehe~
dh lama x fiddle dgn gif kat blogger~XD