Sesungguhnya semua orang sedang kalut dengan isu Egypt, banjir dan sebagainya. Namun, satu situasi yang bisa membuat hati Yon Yusuff bergelodak hari ini ialah ; kemalangan yang menimpa Hafiza Mohamad dan keluarganya.
Beliau..adalah salah seorang kawan aku. Memori terawal dengan insan ini adalah ; dia rakan satu section Trumpet dengan aku. Seperjuangan semasa di dalam pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma. Keluar bersama dengan kawan-kawan lain oh entahlah sudah berapa puluh ribu kali. Dan beliau pernah melanjutkan pelajaran di UiTM Merbok dan itulah yang menemukan kami kembali.
Entah aku tak tahu apa nak tulis... Penat aku menahan genangan air mata aku sekarang ni. Semuanya berlaku macam kilat, cepat sungguh sampai tak sempat aku melakukan apa-apa. Ya, pertama kali aku dengar berita itu aku jadi BLUR. Fully blur. Right after mesej Aini Athirah Shabudin sampai, aku terus call dia. Tapi engaged. Mungkin ada orang lain tengah cakap dengan dia. Jadi aku biarkan dulu..
Sampai ke hari seterusnya, aku terlupa nak follow up dengan content mesej tu, dimana aku juga tak pasti apa sebenarnya yang berlaku. Hairannya, tak pulak aku terlintas dalam hati nak berhubung dengan Nurul Nabila Nasir, Nur Amizah Abd Wahab atau rakan-rakan lain. Entah apa yang bermain di minda aku pun, aku sendiri tak dapat nak recall. Yang pastinya aku sangat blur.
Cuma tadi baru aku konfemkan dengan Aini Athirah Shabudin mengenai hal yang sebenarnya.
Keluarganya kemalangan. Neneknya meninggal, Ayah dan Mak Su beliau cedera parah, adik beliau masih di wad. Yang lain dalam keadaan tidak membimbangkan tapi kesan trauma itu ada. Betapa bersalahnya aku rasa apabila aku mengetahui keadaan sebenar sekarang. Ya, aku salahkan diri aku kenapa tak cari tau lebih awal pasal ni. Dengan kekalutan keluarga aku sendiri yang akan ke Johor minggu ni juga, aku tak dapat cari masa untuk pergi melawat keluarga Hafiza Mohamad.
Tapi aku janji, doa aku ada untuk mereka. Sedih sekali, itu saja yang aku boleh bantu buat masa sekarang. Seandainya aku pergi melawat sekalipun, mungkin aku akan rasa lebih bersalah kerana ianya tetap sama ; aku tak boleh buat apa-apa. Tuhan yang Maha Kuasa. Dia yang ada hak menentukan semua benda yang terjadi dalam dunia ciptaan-Nya ini.
Itu kisah Hafiza Mohamad.
Ini mengenai Maisarah Zaini pula.
Beliau juga adalah rakan seperjuangan yang dikenali melalui pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma.
Kini melanjutkan pelajaran di Moscow, Russia.
Mengenai di mana dia berada sekarang...
Pada akhir Disember lepas, beliau bersama teman-teman di Russia telah pergi bercuti ke Egypt. Ya, EGYPT.
Anda tak salah baca.
Dan sehingga sekarang status beliau tak dapat disahkan berada di mana. Aku sangatlah risau untuk keselamatannya kerana sekarang di Egypt sedang berlaku rusuhan untuk menggulingkan Hosni Al Mobarak. Kenapalah waktu ini yang dipilih untuk buat revolusi sebegitu.. Kenapa? Kawan aku..kawan aku.. ya Allah.
Dari apa yang dapat aku baca, flight details pun masih samar-samar di airport. Bagaimana ni? Beliau perlu keluar dari negara itu, secepat mungkin. Tidak ada jaminan bahawa sesiapa akan selamat jika terus berada di situ. Keadaan separa stabil. Entah stabil, entah tidak.
Berulang-ulang kali dalam hati aku "Ya Allah selamatkanlah dia dan umat manusia lain di sana.Pulangkanlah kawan aku dalam keadaan yang selamat dan terpelihara"
Itulah saja yang aku dapat lakukan. Berdoa.
Doa. Sejujur mungkin, seikhlas mungkin.
Amal Hayati... risaukan mereka. Beliau di Australia. Pelajar jurusan undang-undang di sana. Juga rakan seperjuangan pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma. Tadi sempat aku chat dengan beliau di Facebook. Di mana isi kandungan perbualan kami berkisar mengenai kerisauan akan Hafiza Mohamad dan Maisarah Zaini. (serta beberapa topik sensitif lain).. Oh janganlah kamu berfikir terlalu banyak. Sesungguhnya kamu membuat aku risau sekali..Tenang, ya..
Dan aku akan sentiasa menjadi teman untuk mendengarmu.
Pesan aku kepada mereka, dari jauh ; jagalah diri. jangan lupa tanggungjawab kita kepada Pencipta, ibu bapa, dan keluarga. itu sahaja. Ini mungkin ujian.
*edit latest : ayah kawan aku Encik Muhammad sudah kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lepas. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah untuk beliau.
by Yon Yusuff.
mengharapkan semuanya akan berakhir dengan nafas lega.


ak tumpang sedih..
bergejolak semuanya. tapi takpa kena positif.. hidup mesti ON jugak. :)
menangis aku dengan berita2 ni yg mai serentak. SubhanAllah dugaan Allah tu datang dalam banyak bentuk. Doa kan yg terbaik utk kawan2 kita. Aku sayang semua.
nyny ; sama lah. aku pun sayang semua. mungkin ujian tu untuk jadikan mereka lebih kuat. :)