
Kemerapuan kali ni diadaptasi dari kehidupan dan pengalaman.
Ada orang tak faham.
Muzik itu ada.
Muzik itu jiwa.
Satu nadi yang menghidupkan jari jemari untuk berkarya.
Kami,pemain muzik tak sama dengan anda.
Emosi seorang kekasih.
...
Dia tekup muka di meja.
Tunggu aku.
Dia buka jendela.
Selalu aku ada.
Tidak hari ini pula.
Oh!
Dia tahu.!
Hari ini pasti aku bertemu janji lagi dengan si irama.
Kamu ini bosan,katanya.
Ah?pendapat kamu sedemikian rupa?.
Dia kata pula lagi.
Apa yang seronoknya?
Bergelumang dengan bunyi dan nada.
Memetik kayu papan yang berbentuk badan wanita.
Bila dah mula ,
Terus hanyut.
Terus hilang.
Terus lupa.
Terus leka.
Tidak ingat dunia!
Dia?
Selalu ditinggal seorang sahaja.
Mungkin bermain mata dengan boneka.
Pengganti diri aku yang setia.
Seperti biasa.
Maaf kepada Cinta.
Dari si Pemain Band.
Berikan aku kertas itu.
Aku mahu karang lagu.
Menulis nota-nota muzik aku.
Buat lagu bukan macam potong kuku.
Kena tulus.
Kena halus.
Nak cipta hikayat baru.
Bukan senang.
Bukan mudah.
Bukan macam ahli fizik jawab soalan matematik.
Bukan!
Ilham.
Idea.
Bukan boleh dipaksa.
Bukan macam nombor.
Sedia diguna.
Jawapan memang sedia ada.
Aku berlagak.
Tulis lagu cinta.
Padahal tak sedar terdedah muka aku *hiposta.
Aku bodoh sombong.
Mengagungkan cinta dalam karya.
Padahal aku tak faham apa-apa.
Aku hidup macam ini.
Aku harap kau jangan peduli.
Cukup sampai di sini.
Aku tahu sakitkan hati.
Aku tak tahu rasa sakit itu rasa mati.
Maaf.
Jelas di sini.
Aku tak tahu menjaga hati!
Itu lah aku sayang,..
Pandai petik tali gitar ini sahaja.
Sayu.
Kerana cinta kedua,
Aku terpisah dari keindahan cinta pertama.
nota jari kelingking herot : hiposta itu *hipokrit+pendusta.sekian.

by Yon Yusuff
2:39 a.m - 3:03 a.m.
ditemani cicak dan cengkerik.
Kenapa poetic sangat sejak akhir-akhir ni?
sinikal pun ada.
sapa ni?
memang sy ini begini.
ini cabang kepada kemerapuan saya.