Tinggi..
Perkataan yang memberi maksud kepada sesuatu yang sangat aku tak puas hati.
Yang ada pada orang lain.
Kenapa aku tertarik dengan perkataan yang agak-agak macam bagus ni?
Kenapa aku tak cuba huraikan perkataan lain yang lebih layak?
Sebab aku rasa sangat dekat dengan "tinggi".
Wahai pembaca..jangan cepat membuat konklusi.
Ia tak ada kaitan dgn fizikal penulis ini.
Aku hanya mahu menarik kepala,mata,dan telinga anda untuk cuba letakkan perkataan "tinggi" ini sebagai satu perkataan yg lebih subjektif.
Sepertimana dari sudut pandangan aku ini.
Lebih menyimpang kepada personaliti.
Ya...
Sebelum otak ini mula lemas dalam meng'elaborasi".
Aku nak kata, ini bukan satu PROVOKASI.
mempersembahkan..
"MENINGGIKAN TINGGI"
Sesuatu yang tinggi,
Tinggi setinggi tinggi yang bisa kita katakan.."Ya, ia tinggi !"
Aku melaung dengan muka bangsat-ku..
Ada apa dengan tinggi?Hah??!
Adakah aku bangang?
Sebab aku sesuka aku mempersoalkan ketinggian tinggi?
Perlukah aku menampar wajahku sendiri.
Sampai-sampainya hancur teres gigi aku sendiri?
Perlu ke?
Hey..
Ke mana aku dah pergi..
Kembali !
Kembali ke dimensi realiti !
Pijakkan tapak kaki !
Lega..mujur lagi aku ada disini.
Tinggi..harapan
Tinggi....impian
Tinggi.....angan-angan
Terbang tinggi-lah selalu itu pari-pari.
Mencari erti mencari apa lagi.
Aku mau tau.
Kenapa perlu ia menyendiri?
Memeluk tubuh kecil itu sendiri.
Apa pula ertinya peran ia sebagai pari-pari?
Panggillah aku.
kenapa tidak aku?
......apa?
alasan-mu kerna aku tak tinggi?

Si pari-pari..
Kau tolak aku ke tepi?
Salah apa sampai aku,
kau perkotak-katikkan sebegini?
Berani-beraninya kau tonyoh-tonyoh..kau tunjal-tunjal kepalaku ini?
HEY!dasar pendusta gombal si pari-pari!
Aku tidak kepingin mengemis padamu lagi!
Sekarang aku keras!
Guna!gunalah!..
Guna sakti-mu itu meninggikan diri ini !
Aku ingin tinggi.
Perlu apa aku supaya kau akhirnya merasakan rasa ini!
Heh..
Dungu sekali aku..
Bodoh ya..
Merayu pada pari?
Diri...
aku dah jatuh lagi.
......!!!
Nanti..
Bukankah sebenarnya aku sudahpun tinggi?
Buat apa aku terjerit-jerit meminta macam orang yang tak punya insaniti?
Mana pergi ketinggian emosi yang aku bangga selama ini?
Mana?
Sedih lagi aku bila ego-ku pula kau humban ke lautan api!
Apa perlu itu pari-pari !
Sampai giliranku pula menghempas dia jauh ke sisi tadi,
hahahahahhh!!!!
Aku memang tongong sampai-sampai aku tak menyedari,
Aku sudah punya yang aku ingini!
AKU SUDAH TINGGI.
Ya..cuba raba dalam karung jiwa.
akan faham apa yang aku sedang bicara.
Tingginya aku itu dizahirkan aku sebagai sesuatu yang suci,
Sesuatu yang hanya aku mengerti.
Lantaklah!
Setinggi mana tubuh kamu itu.
Setinggi mana lagakmu denganku.
Setinggi itu-lah balasan tuhan kepadamu.

©Yon Yusuff
overall. : aku boring yang melampau+akibat terlalu sendiri.
lahirlah blogpost ini!
Aku bukan-lah penyair atau pendeta.
Aku hanya insan yang suka mengintai sukaduka yang aku ada.
yang akhirnya punya kekuatan untuk memuntahkan kata-kata.
Aku bukan seorang yang suka baca kamus dewan bahasa dan pustaka.
sebab perkataan yg aku guna pun entah apa-apa.
Jangan-lah menjadikan karya-ku yang dusta ini sebagai sesuatu yang serius belaka.
Tapi kalau nak kata aku ni gila..
Ha.itu yang kita tak tau (curi ayat amran los&faun)
sekiaaaaann.tadadadantadaaaa~
by Yon Yusuff.
28 December 2008.lepasan SPM yang tak ketahuan.
bukan dah penah post kt myspace ke yg ni?
-ini musz.
ouh.hai musz~
er..yep.
dah penah post.
kan ada tulis bwh tu tarikhnya.
28th of Dec 2008.
saja post kembali.
ada tukar sikit2.
ada tukar kat mana?
yg kat myspace punya ada lagi tak?
krisis tinggi ke?eheheheh..
btw,best!
kat myspace ada lg.yg ni lain sket.ada la ubah beberapa perkataan..
cik kalut : er..haha.no komen.
hai.
sy ptama kali bca blog awk.
puitis orgnya ya..
puitis bila bersendirian.
bacalah blog ini utk kedua kali dan seterusnya ya?..hehe~