Suara itu.
Dialah yang mengajar aku berdiri dengan kaki.
Kerana dulunya aku seperti bayi.
Fizikal seorang dewasa mental anak tadika.
Dia yang mengajar memahami jahatnya dunia.
Kehadirannya..
Buat aku fikir.
Perlukah aku memiliki dunia jika aku dah ada dia?.
Saat aku butuh kehadiran seseorang untuk curhat.
Dia ada.
Genggam tangan aku tak pernah lepaskan.
Menyeka air mata bila hormon aku mengalahkan ego yang aku bangga.
Beri aku udara bila aku tak tahu bernafas untuk hidup.
Namun segalanya berubah bila..
Dia bukan dia lagi.
Aku juga bukan aku lagi.
Sedih,derita,seksa.
Aku dan juga dia.
Hati ini tak rela..
Arghh!Argh!

Dia tak tukar nama.
Bukan hilang dari dunia.
Mungkin sampai waktu dia ingin selesa.
Tangan ini dia lepaskan.
Dan tidak dia toleh lagi ke aku.
Tidak hadir lagi bila aku perlu.
Aku sendiri kini.
Dikelilingi kawan tapi hilang seorang teman.
Aku menggagau mencari kasih yang diculik.
Mengumpul kata-kata pujukan sebagai tebusan.
Menukar kerisauan kepada perlakuan.
Jadi gila untuk sementara.
Mengejar dia.
Mencari dia.
Merayu dia.
Lalu dituduhnya aku gombal seantero dunia.
Apa?

Bila aku jujur.
Bila aku ikhlas.
Kau pula tak mahu bagi kerjasama.
Kau tak akan kembali?
Hati ini tak pernah rela.
Kau nak pergi?
Hati ini tak pernah cuba memahaminya.
Lebih senang nak faham soalan kimia daripada dia!
Aku dah mati.
Khayal tentang kita juga tidak lagi.
Selamat tinggal dunia..seperti tajuk album Butterfingers.
Selamat tinggal dia.
Bukan aku terhenti nyawa.
Tapi aku sudah mati dalam hidup dia.
Tiada nama.
Tiada kenangan dalam jiwa.
.........................................
Tulus datang dari hati :
Maaf.Maaf untuk segala.Untuk airmata.Untuk kenangan kita.Untuk saat gembira.Untuk saat hiba.
Aku dah cuba.Kita dah cuba.
Kita bukan untuk Kita.

by Yon Yusuff.
petik gitar untuk dia.nada bergomol dengan irama.
weyh.. tok sape nih??
khas ditujukan tok sesape ekh???
urm...
oh?tidak..saja.imaginasi sja.aku kan JIWANG.hahaha~
hahaah..yon2..jiwang2
hehe.pengalaman bicara ttg segalanya.
eceh.