Di luar aku nampak bersedia.Teguh dan tegap packing segala.
Di dalam masih ada secubit kerisauan.Perit menahan kekedutan memikirkan..
Esok tetap akan datang..Aku tetap akan berjumpa dengan esok.
Jadi aku berusaha untuk sedia.Dan aku yakin aku sedia.
27 Jun 2009.
8.30 a.m hingga 4.30 p.m kot.
I'm up early tomorrow.
Pagi terakhir sebelum berambus ke UiTM..(pagi 26 Jun),aku "ter"bangun awal.
Sempat berjalan-jalan sekeliling rumah.Berjogging juga sebentar.
Kerja hanya dua jam hari ini.Hari terakhir bergelar seorang buruh dunia siber.
Ahh..tiada lagi wayar-wayar meyelingkar leher lepas ni.Tiada lagi screwdriver yang menggantikan bantal peluk menemani aku tidur.Tiada lagi bersengkang mata memerah otak meyiapkan rekaan yang memutuskan urat-urat kepala utama.Tiada lagi lenguh tangan menggerakkan mouse yang penuh daki jari.Tiada lagi kebas kuku memetik keyboard menaip urusan kerja.Tiada sudah..buat sementara.Hehehe..
Lagipun Computer Science memerlukan aku setia kepada dunia perkomputeran.Aku akan balik seperti sediakala dalam masa yang terdekat.
Tapi bukan seminggu dua.Mungkin sedikit lama.
Kerana Laptopku = Romeo akan ditinggalkan dahulu di rumah.
Maafkan aku kerana tak dapat menjalankan tanggungjawab aku sebagai tuanmu seberapa detik ini,Romeo.Tapi, I'll be back!Mwahahahaha..
Currently aku tengah dengar lagu "The Last Concert".
Tusuk dalam.
Perit cari lagu ni tak jumpa.
Last sekali dapat jugak mp3 dia.
Old file.Jadi ada sound crack sikit.Takpe..tak kisah asalkan dapat menikmati jua.
Oh!aku dah siapkan design request Khairul Anam untuk tujuan assignmentnya.
Oleh kerana aku dihimpit beberapa kerja lain,maka ala kadar sahajalah designnya.
Hehehe.Boleh laa..

He's writing about Fazura VS Paris I think..I dont have any ideas actually,dia pun tak bagi syarat2 tertentu.So aku gabungkan biasa-biasa je gambar ketiga-tiganya.Sekian.
Oh..ayah sudah memekik memerintahkan aku untuk tidur.
Tidur dengan indah.Mimpi yang bahagia..
Ahh..
Mesti akan rindukan suasana bangun lewat.
Selamat Tinggal Dunia juga Selamat Berjumpa Dunia.

by Yon Yusuff.
ready for anything.here i come.lebarnya senyuman.