masa, sementara masih ada dengan mereka.

July 21, 2011 § 0


aku tak kisah kalau masa hidupku banyak dihabiskan dengan keluarga, kembara lah kau sejauh mana mungkin. tetapi sampai detik itu kau sedar sebanyak mana kau mengenali ibu bapa mu. sebanyak mana kau berbakti untuk mereka. sebanyak mana kau derhakakan mereka. sebanyak mana lagi masa yang tinggal untuk kau menatap kedua wajah orang tua itu.

ya, aku orang yang mindanya kampung. aku dikatakan kampung kerana masih mementingkan orang tua berdua itu yang membesarkan aku dengan penuh kasih dan cinta dari kecil. aku fikir aku tak salah kerana mahu berada di samping mereka. walau tiada sebarang ucapan yang dikongsi bersama, namun aku tahu mereka senang apabila aku ada.

umur mereka bukannya muda.


dua puluh tahun, hidup. entah besar galaksi mana dosa aku dengan mereka berdua.
entah separah mana hati seorang ibu terguris dengan perbuatan anaknya.
entah seremuk mana hati seorang bapa kecewa dengan kelakuan anaknya.

aku adalah anak contoh untuk kategori "terhebat melawan arus".
anak yang pantang ditegur, ada sahaja mahu melawan. idea syaitan, biasalah.
tidaklah melawan dengan kekerasan, aku bukan peninju tomoi.
barangkali aku suka menyampaikan apa yang aku rasa dalam hati supaya orang tahu, aku tak suka itu, dan aku suka ini. (lebih kurang, macam tu)
aku nak orang tahu aku berdiri untuk apa.


untuk usia muda (atau orang kedah kata "mangkaq" ) ini, aku rasa aku sudah sangat dewasa. aku sahaja yang fikir begitu. mungkin orang lain ketawa mendengarnya.
biarlah kau nak buat apa pun. sesungguhnya aku bukan tak kisah, tapi aku ajar diri aku supaya tak kisah.
jangan tutup telinga bila orang kata. dengar, tutup mata, dan rasa.
belajar jadi kuat dari kesakitan.


biar, terima semuanya. Tuhan memang suka uji kita.


orang kata apa?mereka kata apa?
aku dengar, dan aku boleh senyum kepada mereka.
bukan sebab aku gila. kau fikirlah kenapa.



mak, abah, abang, dan aku.
ini keluarga aku.

kemudian ditambah lagi dengan tokwan, tok, kakak ipar, anak menakan, pak menakan, mak menakan, sepupu dan semua pupu yang ada.


tak boleh tahan senyum.






by Yon Yusuff
entah. tiba-tiba.


What's this?

You are currently reading masa, sementara masih ada dengan mereka. at Yon Yusuff.

meta